KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100408

Orang Cina pun marah pemabuk arak

Kalau tak tahu guna kemudahan awam. Baik dirobohkan saja tempat riadah , pondok dan wakaf yang Pihak Berkuasa Tempatan buat. Lebih banyak buruk dari baiknya.

Laporan Sinar Harian di bawah menyatakan kemarahan orang Cina di N.Sembilan orang minum arak yang menyalahgunakan kemudahan awam.

Sebelum ini pun saya ada tulis perkara sama di http://waghih.blogspot.com/2008/10/taman-kanak-kanak-tempat-pesta-arak-di.html

Juga beberapa artikel lain mengenai barah arak di Malaysia :
Ramai remaja belasan tahun ketagih arak di N.Sembilan http://waghih.blogspot.com/2009/12/ramai-remaja-belasan-tahun-ketagih-arak.html
Arak pemusnah bangsa dan keluarga 1Malaysia http://waghih.blogspot.com/2009/12/arak-pemusnah-bangsa-dan-keluarga.html
SOKONGLAH Gerakan 1Malaysia Bebas Arak dan Judi di laman Blog http://pmbaj.blogspot.com/
Kerajaan tak serius tangani remaja Melayu mabuk http://waghih.blogspot.com/2009/11/kerajaan-tak-serius-tangani-remaja.html
Saintis bukan Islam kata merotan ubat ketagihan arak, dadah http://waghih.blogspot.com/2009/08/saintis-bukan-islam-kata-merotan-ubat.html

*************************
Pondok riadah jadi syurga kaki botol
Sinar Harian 8 April 2010

TAMPIN – Pondok riadah didirikan bersebelahan sungai di jalan masuk utama Taman Clonlee, di sini, bagaikan syurga buat kaki botol.

Setiap hari, siang dan malam lokasi tersebut menjadi tempat melepaskan ketagihan kaki botol.

Pengerusi Keadilan Tampin Sentral, Jeffery Young berkata, beliau sudah beberapa kali menerima aduan penduduk taman berkenaan yang bimbang terhadap tahap keselamatan terutamanya anak gadis yang pulang bekerja di waktu senja.

Menurutnya, beliau sendiri sudah beberapa kali menyaksikan pergaduhan kecil di lokasi berkenaan membabitkan kaki botol yang mabuk dan bertindak liar sehingga menyebabkan membaling botol arak antara satu sama lain.

“Oleh itu, saya menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera memastikan lokasi riadah ini tidak menjadi sarang kaki botol melepaskan ketagihan.

“Malah, sekiranya tiada kaedah mampu membendung masalah ini, kita usulkan agar dirobohkan pondok riadah ini supaya tidak menjadi tumpuan kaki botol,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sekitar lokasi tersebut.

Sementara itu, Jeffery berkata, perkara itu sudah berlanjutan sejak setahun lalu, namun beliau berasa kesal kerana lokasi itu semakin menjadi tumpuan kaki botol tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Menurutnya, beliau berasa malu melihat perkara itu berlaku di hadapan mata lebih-lebih lagi apabila kaki mabuk bertindak di luar dugaan.

“Kita cadangkan supaya isu ini dibawa ke PBT, namun kita memilih mendedahkannya terlebih dahulu melalui Sinar Harian kerana percaya isu ini turut berlaku di lokasi lain di daerah ini.

“Malah, kita harap isu seumpama ini dapat diselesaikan sebaik mungkin bagi memastikan tiada perkara buruk berlaku kepada masyarakat setempat terutamanya penghuni Taman Clonlee,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7537370.asp

Tiada ulasan: