KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100413

Ibu bapa sekarang tak kisah anak melepak


Artikel saya sebelum ini : Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html

Masyarakat kita , terutama orang Melayu macam dah tak kisah masalah remaja, gejala sosial, dadah, seks bebas di sekeliling mereka.

Orang Melayu kita hanya pandai menuding jari. Itu kerja polis, itu kerja guru, itu kerja Jabatan Agama, itu kerja menteri , dan itu dan itu.

Sampai bila tak akan selesai bermacam-macam masalah sekarang ini.

Buatlah apa-apa kempen sekali pun, selagi kita mengambil sikap tunggu dan lihat, kita menuju kehancuran.

Setidak-tidaknya buatlah perkara berikut untuk mengurangkan pelbagai masalah sekarang :

1. MOTOSIKAL – Tolonglah jangan beri anak berlegar-legar dengan motosikal kalau tiada lesen atas alasan nak beli beras dan sebagainya. Motosikal inilah punca utama pelbagai masalah di kalangan anak-anak. Kalau semua ibu bapa dapat kawal penggunaaan motosikal, ianya separuh dari masalah melepak, pergi cyber cafe main game atau judi, pergi hidu gam, merempit dsbnya.

2. SUKARELAWAN – Libatkanlah diri kita dengan kerja sukarela samada di surau, masjid, kampung, taman perumahan atau NGO, Pemadam http://www.pemadam.org.my/ , Bulan Sabit Merah dsbnya.

3. MASJID DAN SURAU – Makmurkan masjid dan surau di tempat kita dengan solat jemaah lima waktu. Apalah guna kita mengadakan bermacam-macam kempen, tapi perkara yang paling asas, iaitu sembahyang kita ambil mudah.

4. ROKOK – Pada mereka yang tidak dapat berhenti rokok, cuba jangan merokok di hadapan anak-anak , apatah lagi anak-anak kita sendiri. Kajian mendapati bahawa mereka yang terlibat dengan dadah bermula dari merokok. Tapi bukan semua orang yang merokok terlibat dengan dadah.

5. SPOT CHECK – Selalu buat spot check atau pemeriksaan mengejut terhadap anak-anak kita. Kalau hari sekolah, cuba balik rumah pukul 9 pagi, kalau suami isteri bekerja. Jangan terkejut ada anak-anak yang ponteng sekolah , balik rumah, membawa rakan-rakan ponteng sekolah mereka.

Di atas sebahagian peranan kita sebagai ibu bapa.

Peranan kerajaan, peranan agensi kerajaan , mana yang lemah kita tegur.

Tapi apa peranan kita ? Tunggu dan lihat ? Tak apa, Bukan anak kita ?

Tiada ulasan: