Kita ni kalau doktor cakap pasal penyakit pasti takut dan ikut nasihat doktor, nak panjang umurlah katakan, biar lambat mati.
Doktor kata jalan 10,000 langkah setiap hari untuk elak penyakit jantung, obesiti dan kencing manis.
Walhal Nabi Muhammad SAW dah cakap lebih 1400 tahun dulu, jalan setiap hari 5 waktu ke masjid.
Cuba kira 10,000 langkah bahagi 5 waktu ialah 2,000 langkah setiap waktu. 1000 langkah pergi masjid , 1000 langkah balik rumah. Katakan 1 langkah 0.8 meter, jadi 1,000 langkah ialah 800 meter. Maknanya kalau rumah kita dari masjid ialah 0.8 km, baiklah berjalan ke masjid, tak payah nak penat-penat jogging 30 minit setiap hari.
Jogging 5 waktu ke masjid , setiap langkah diangkat satu darjat, digugur satu dosa dan diberi satu pahala. Bermakna setiap hari naik 5,000 darjat, gugur 5,000 dosa, dapat 5,000 pahala.
Kalau jogging saja-saja dapat apa ? Dapatlah keluar peluh, kurangkan lemak.
Patutlah Guru Tasauf Tuan Haji Basiron menegur dalam ceramah dia, buat apa jogging-jogging, ada orang tengah jogging pun mati. Dia suruh kita banyakkan solat dan pergi masjid awal.
Jangan lupa kita ni tiap lebih kurang 20 minit malaikat Maut datang ziarah kita , tengok jadual mati kita dah sampai belum.

Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah). http://www.bicaraaddin.com/v3/index.php?option=com_kunena&Itemid=125&func=view&catid=6&id=3
*****************************
NEGERI SEMBILAN TERTINGGI OBESITI
Berita Harian 27 April 2010
PROGRAM BERJALAN KAKI 10,000 LANGKAH UBAH SIKAP MASYARAKAT SUPAYA RAJIN BERSENAM
SEREMBAN 2: Negeri Sembilan mencatatkan peratusan penduduk gemuk paling tinggi di negara ini dengan 18.6 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas dikategorikan sebagai gemuk dan 15.7 peratus mempunyai ukur lilit berlebihan. Malah hasil Kajian Mobiditi dan Kesihatan Kebangsaan pada 2006 mendapati kanak-kanak di negeri ini adalah yang ketiga tertinggi di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan. Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zailan Adnan, berkata keadaan itu membimbangkan berikutan gaya hidup masyarakat kini yang kurang bersenam, tekanan dan cenderung memilih yang `segera' termasuk dalam penyediaan makanan.
Katanya, kegemukan atau obesiti adalah antara punca menyebabkan peningkatan kes penyakit jantung dan diabetes.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan memperkenalkan Program Berjalan Kaki 10,000 Langkah bagi mengubah sikap masyarakat supaya lebih rajin bersenam, sekali gus mengurangkan masalah kegemukan, menjaga kesihatan jantung dan menurunkan berat badan.
“Program ini dipopularkan oleh masyarakat Jepun dan dipromosikan pelbagai organisasi dunia seperti Yayasan Jantung Britain kerana terbukti mampu mencegah serta mengawal hipertensi dan diabetes," katanya pada majlis pelancaran Hari Kesihatan Sedunia peringkat negeri di City Park, di sini.
Perasmian dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib.
Dr Zailan mengakui bukan mudah untuk mengira setiap langkah ketika berjalan kecuali mempunyai mesin pedometer, namun, amalan berjalan kaki kira-kira 30 minit sehari akan membuka jalan kepada mencapai matlamat berjalan 10,000 langkah setiap hari.
Sementara itu, katanya, sembilan daripada 12 kes keracunan makanan yang berlaku di negeri ini sepanjang tahun lalu membabitkan sekolah dan sejak Januari lalu hingga kini, sebanyak empat kes keracunan makanan berlaku di sekolah.
Berikutan itu, katanya, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran memperkenalkan program kendiri di sekolah, iaitu pengendali makanan dan sekolah memeriksa sendiri premis mereka dengan memberi penekanan kepada langkah proaktif yang mengurangkan kes keracunan makanan.
"Skim penggredan kantin dan dapur asrama sekolah juga diperkenalkan untuk memberi pengiktirafan kepada premis yang memenuhi standard kesihatan dan mendapat markah penggredan yang baik," katanya.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan juga mewartakan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan semua premis makanan, termasuk kantin dan dapur asrama sekolah perlu berdaftar dengan kementerian itu.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_NegeriSembilantertinggiobesiti/Article
Tiada ulasan:
Catat Ulasan