"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20100426
Makin ramai guru dan pensyarah sakit mental
Bunuh diri akan menjadi punca kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung.
2.6 juta rakyat Malaysia menghidap sakit mental. 50,000 kes cubaan bunuh diri di Malaysia setiap tahun. Analisis isu ini di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html
*************************************
Pensyarah perguruan mengadu penat, letih kerja
Utusan Malaysia 26 April 2010
PADA Sabtu, 10 April 2010, saya ada membaca sebuah artikel bertajuk Seksa jadi guru dan dalam laporan yang sama juga turut menyatakan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengkaji bebanan tugas guru.
Saya juga hendak mengucapkan syabas kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) atas keprihatinan persatuan itu terhadap bebanan guru sebagaimana dikongsi dalam ruangan pendapat pada 10 April 2010.
Saya akui cabaran berada dalam bidang pendidikan bukannya mudah kerana saya juga seorang pendidik walaupun bukan guru. Saya hendak menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bahagian Pendidikan Guru bahawa kami, pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) juga berhadapan dengan masalah yang sama.
Kemuncak kepada beban itu kami terpaksa tanggung dengan bekerja lebih masa setelah Maktab Perguruan di seluruh negara dinaikkan taraf kepada Institut Pendidikan Guru pada tahun 2008.
Untuk makluman, kerjaya pendidik tidak sama seperti kerjaya lain. Sebagai pensyarah, tugasan kami tidak selesai di pejabat, malah dibawa ke rumah.
Selain mengajar, kami terpaksa menyemak tugasan pelajar, menggubal kertas soalan, mencari bahan dan membuat power point untuk pengajaran pada keesokan hari, di samping melaksanakan pelbagai lagi tugasan dalam jawatankuasa di peringkat IPGM.
Lazimnya tugasan yang tidak sempat disiapkan di pejabat akan disiapkan di rumah. Bayangkan kami habis bekerja di IPGM pada pukul 5 petang setiap hari dan terpaksa pula melalui lebuh raya dalam keadaan jalan raya sesak pada waktu kemuncak, sehinggakan pukul 6.30 petang pun saya dan kebanyakan rakan sekerja belum tentu lagi dapat memijak tangga rumah.
Kami bertolak dari rumah ke pejabat seawal 6.30 pagi dan sampai ke rumah pula paling awal 7 malam. Inilah rutin yang terpaksa kami hadapi setiap hari.
Seperti yang telah saya katakan, masalah kami tidak banyak bezanya dengan guru di sekolah, malah mungkin lebih.
Paling menyedihkan, saya berasa seolah-olah tidak ada pihak yang berjuang atau prihatin dengan masalah kami, walaupun kami juga membentuk anak bangsa dan berada dalam bidang pendidikan sebagaimana guru yang nasibnya mendapat pembelaan Kesatuan Perkhidmatan Keguruan Kebangsaan (NUTP).
Kadang-kadang saya berasa terlalu tertekan apabila memikirkan rutin yang terpaksa saya lalui sehinggalah saya pencen kelak. Apa salahnya jika kami di IPGM dibenarkan pulang seperti sediakala pada jam 1.30 tengah hari?
Pulang pada waktu itu, bukan bermaksud kami boleh bergoyang kaki, tetapi supaya kami dapat menyegarkan diri dan menyambung semula tugasan dalam keselesaan suasana di rumah.
Ini kerana walaupun berada di IPGM sehingga jam 5 petang, sebaik sahaja matahari berada tegak di atas kepala, kami tidak lagi produktif dan hilang daya tumpuan. Buktinya ada yang mengambil masa rehat sesingkat satu jam dari jam 1 tengah hari hingga 2 petang untuk tidur.
Pada pendapat saya, lebih baik masa tersebut digunakan secara berkualiti dengan bekerja di rumah mengikut kesesuaian waktu kami sendiri.
Saya juga berharap agar masyarakat, kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dapat menunjukkan keprihatinan yang sama kepada kami, pensyarah di IPGM.
Besarlah harapan kami agar NUTP dapat menimbangkan untuk membawa pensyarah di seluruh negara berpayung di bawah kesatuan keguruan terbesar itu.
Ini kerana ramai juga dalam kalangan kami ketika menjadi guru, sebelum berkhidmat di IPGM, mendaftarkan diri dalam NUTP dengan harapan nasib kami yang berada dalam bidang pendidikan mendapat pembelaan sewajarnya.
PENSYARAH PENAT
Kota Bharu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
Beban tugas paksa pensyarah IPGM kerja lebih masa
2010/04/29
PADA Sabtu, 10 April lalu saya ada membaca artikel disiarkan di muka depan Berita Harian bertajuk ‘Seksa jadi guru’ dan dalam laporan sama juga menyatakan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengkaji bebanan guru.
Syabas diucapkan kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) atas keprihatinan terhadap bebanan guru sebagaimana dikongsi dalam surat pembaca Berita Harian, juga bertarikh 10 April 2010.
Saya akui cabaran berada dalam bidang pendidikan bukannya mudah kerana saya juga seorang pendidik. Oleh itu, saya hendak menarik perhatian Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) juga berdepan masalah sama.
Kemuncaknya apabila kami terpaksa bekerja lebih masa setelah Maktab Perguruan di seluruh negara dinaik taraf ke Institut Pendidikan Guru pada 2008. Untuk makluman, kerjaya pendidik tidak seperti kerjaya lain.
Sebagai pensyarah, tugasan kami tidak selesai di dewan kuliah malah bersambung di rumah pada sebelah malam. Selain mengajar, kami terpaksa mencari bahan untuk pengajaran pada keesokan hari, menyemak tugasan pelajar, menggubal kertas soalan di samping melaksanakan tugasan dalam jawatankuasa di IPGM termasuklah kerja perkeranian.
Kebanyakan tugas ini terpaksa dilakukan di rumah kerana waktu pejabat digunakan untuk membantu pelajar, penyeliaan praktikum, seminar, menguruskan acara di IPGM, latihan pembangunan staf, mesyuarat dan pelbagai lagi.
Kadang-kadang saya berasa tertekan apabila memikirkan rutin yang terpaksa saya lalui.
Sebagai pendidik, kami sedar tanggungjawab kami. Segala khidmat bakti dicurah dengan ikhlas demi melihat kejayaan anak bangsa.
Saya kira sudah tiba masanya pihak yang bertanggungjawab mengkaji kembali dasar kerja lebih masa yang dilaksanakan sama ada ia membantu meningkatkan kualiti kerja pensyarah di IPGM atau sebaliknya.
PENSYARAH PENAT,
Kuala Lumpur.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BebantugaspaksapensyarahIPGMkerjalebihmasa/Article
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
bukan sahaja pensyarah perguruan penat,tetapi saya sebagai pelajar di IPGM juga penat kerana dibebani dgn bermacam2 tugasan pembelajaran.
tetapi mungkin itulah hikmah untuk menjadi seorang guru.
tanpa usaha yang gigih,kejayaan tidak dapat dicapai.
Catat Ulasan