KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20051124

Adakah kita kenal ulamak silam di N.Sembilan ?

Selama ini kita sering mendengar negeri-negeri seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan melahirkan ramai ulamak di Malaysia. Tahukah kita N.Sembilan juga telah melahirkan ramai golongan ulamak ?

Untuk menyusuri kisah ulamak silam Negeri Sembilan untuk dijadikan panduan generasi kini sila ke laman web TOKOH ULAMA NEGERI ADAT PERPATIH http://afdhal2004.blogdrive.com/

Disediakan riwayat hidup para ulama silam dari Negeri Adat Perpatih. Penyusun laman web tersebut merakamkan jazakAllahu khairan kathira khusus untuk Ust Nawawi Haji Indek yang terlebih dahulu berusaha menjejaki para alim ulama terdahulu dan Ust Haji Azraie Haji Omar yang sudi menghulurkan tangan untuk membantu penyusun.

Para pembaca yang sempat melihat laman yang disediakan ini, diharapkan dapat memberi komen membina atau pembetulan maklumat bagi mengemaskinikan rencana ini. Sila hubungi penyusun di alamat akram_nb@hotmail.com

Apalah kiranya jika saudara/i dapat sedekahkan al Fatihah untuk para ulama ini, guru-guru, ibubapa, nenek moyang dan saudara-saudara kita yang telah mendahului kita. Tanpa mereka siapalah kita, khusus juga untuk Allahyarham bapa penyusun Baharuddin Muhamad dan kerabatnya. Al Fatihah.

Antara kisah para ulamak N.Sembilan yang terdapat dalam laman ini ialah :

1. Haji Hassan Basir ( 1915 – 1978)
2. Haji Abdul Ghani Mohd Nor ( 1887 – 1937 )
3. Haji Abdul Majid Abdul Karim ( 1906 – 1978)
4. Haji Muhamad Haji Mustaffa ( 1900 – 1950)
5. Haji Muhamad Haji Itam ( 1886 – 1969)
6. Haji Muhamad Haji Daud ( 1887 – 1969)
7. Haji Dahat Haji Muhamad Nor ( 1844 – 1937 )
8. Haji Mohd Yatim Bin Zainal Abidin ( 1903 – 1979)
9. Haji Luna Bin Haji Sidek ( 1880 – 1953)
10. Haji Idris Bin Dato’ Udin ( 1860 – 1935)
11. Lebai Muhamadiah Bin Muhamad Zain
12. Dato’ Haji Tan Ahmad Bin Muhamad Zain
13. Sheikh Ahmad Sheikh Ibrahim ( 1887 – 1989)
14. Maulana Lebai Maadah Bin Layang ( 1895 – 1943)
15. Haji Zakaria Mohd Kari ( 1890 – 1953)
16. Haji Darun Haji Ibrahim ( 1840 – 1949)
17. Tuan Tulis @ Ismail Jaaman ( 1840 - 1923)
18. Haji Abdul Majid Haji Ibrahim ( 1850 – 1909)
19. Haji Ahmad Zain Dagang ( 1866 – 1959)
20. Haji Ahmad Kepis ( 1926 – 2003 )
21. Sheikh Haji Jamaludin Haji Idris ( 1814– 1887 )
22. Sheikh Haji Muhamad Said Jamaluddin ( 1875 – 1926 )
23. Sheikh Haji Abdullah Haji Muhamad Said ( 1905 – 1956 )
24. Sheikh Haji Ahmad Haji Muhamad Said ( 1912 – 1964 )
25. LEBAI ABBAS ZAKARIA ( 1862 – 1926 )
26. HAJI MUSTAFA HAJI AHMAD ( 1866 – 1927 )
27. Sheikh Ahmad Mahktum ( 1400 - 1467 )
28. Haji Ali Bin Haji Musa ( 1926 – 1998 )