Harian Metro 12 Nov
Edisi Tengah: 300 angkut air ikut tangga
Oleh Nor Aziah Othman
am@hmetro.com.my
PORT DICKSON: Sambutan Deepavali dan Aidilfitri tahun ini kurang bermakna bagi 300 penghuni Blok Mawar, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, dekat sini, berikutan ketiadaan bekalan air di rumah mereka sebelum dan selepas sambutan perayaan itu.
Tinjauan Harian Metro di flat 10 tingkat itu mendapati penghuni terpaksa mengambil air di tingkat bawah untuk keperluan harian.
Kesengsaraan penghuni juga ketara apabila lif di flet itu kerap rosak walaupun sudah diperbaiki berulang kali.
Kelihatan juga kanak-kanak berusia lima hingga 10 tahun membantu ibu bapa mengangkat air dengan menggunakan baldi dan bekas air.
Seorang penghuni yang mahu dikenali sebagai Jali, 35, berkata dia kesal dengan pihak berkuasa di flet berkenaan membiarkan mereka hidup tanpa keperluan asas yang mencukupi.
Katanya, dia tidak dapat bersama saudara- mara yang datang beraya di kediamannya kerana terpaksa berulang-alik dari tingkat sembilan ke bahagian bawah flet itu sejak beberapa hari lalu.
“Kami sudah beberapa kali mengadu masalah ini kepada pihak terbabit tetapi setiap kali diadukan masalah itu kami dimaklumkan masalah itu sudah diambil tindakan,” katanya.
Bagaimanapun, Jali berkata, setiap kali diadukan masalah itu, pihak terbabit memberi alasan itu adalah cabaran dan mereka harus bersabar.
Seorang kanak-kanak, Nurul Zainal, 9, berkata Aidilfitri kali ini tidak seronok kerana terpaksa membantu ibu bapa mengangkat air dari bahagian bawah hingga ke rumahnya di tingkat enam flet itu.
“Saya juga tidak dapat lama berbual-bual dengan rakan yang berkunjung
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Setempat/20051111101332/Article/indexm_html