Kemiskinan sifar adalah satu perkara yang mustahil di dunia ini. Kalau ada yang kaya , pasti ada yang miskin. Itulah ketentuan Ilahi, agar insan kasih mengasihi antara satu sama lain. Justeru itu semangat membantu mereka yang memerlukan harus diteruskan bukan hanya di bulan Ramadhan , malah hendaklah diperhebatkan sehinggalah Ramadhan yang akan datang. Yang pasti ramai mereka yang memerlukan, kalau kita mencari mereka, mereka yang susah pasti ada. Mungkin jiran kita, mungkin saudara kita, mungkin orang kampung kita, mungkin rakan sekerja kita.
Kalau kita tak mampu untuk membantu dari segi wang ringgit. Kita kumpulkan maklumat mereka ini dan kita salurkan kepada mereka yang bertanggungjawab, Jabatan Kebajikan, Baitul Mal, wakil rakyat, Jawatankuasa Masjid dan Surau, Bersama Mu TV3 serta orang ramai yang sudi membantu.
Jangan biarkan mereka makan nasi berlaukkan air dan garam. Jangan biarkan mereka makan nasi hanya seminggu sekali. Jangan biarkan anak-anak mereka tidak ke sekolah. Bantulah mereka dengan apa cara sekali pun.
Berikut adalah saluran bantuan yang boleh kita usahakan untuk dibuat permohonan bantuan bagi pihak mereka. Mereka yang daif tak mampu hendak menaip surat, mengisi borang, memanjat tangga jabatan-jabatan kerajaan untuk mendapatkan bantuan.
Kemiskinan Sifar Adalah Mustahil, Tetapi Tidak Mustahil Untuk Membantu Setiap Orang dan Setiap Keluarga Yang Memerlukan
Menteri Besar NS http://www.ns.gov.my/emel/mbns.pdf
EXCO N.Sembilan http://www.ns.gov.my/emel/exco.pdf
Unit Pengaduan Awam NS http://www.ns.gov.my/emel/aduan.pdf
Jabatan Kebajikan Masyarakat NS http://www.ns.gov.my/emel/kebajikan.pdf
Majlis Agama Islam NS http://www.ns.gov.my/emel/mains.pdf
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS http://www.ns.gov.my/emel/islam.pdf
Jabatan Mufti Kerajaan NS http://www.ns.gov.my/emel/mufti.pdf
Alamat, no tel dan faks Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Sembilan http://www.ns.gov.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=181&Itemid=182
Harap negeri lain di Malaysia ini mengambil inisiatif yang serupa.