KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20071022

Peluang Ibadah Korban & Aqiqah di Kemboja 1428 H

Tawaran untuk ibadah korban dan aqiqah di Kemboja adalah dibuka sekarang ini. Ianya adalah sebahagian dari misi Yayasan Amal Malaysia ke Kemboja untuk tahun 2007 pada 19 hingga 24 Disember 2007.

Satu bahagian korban ialah RM 200 dan aqiqah RM 350. Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Dr Hj Abd Rani 019-3422151


******************************

MISI KEMANUSIAAN KE KEMBOJA 1427 H: PROGRAM QURBAN,AQIQAH, BERKHATAN DAN RAWATAN PERUBATAN

Bandar Baru Bangi (AMAL): Yayasan Amal Malaysia (AMAL) telah menganjurkan program Qurban, Aqiqah, Berkhatan, dan Rawatan Perubatan di Kemboja sempena Hari Raya Aidil Adha yang lalu. Seramai 55 orang telah menyertai rombongan tersebut terdiri daripada Jawatankuasa AMAL Pusat, Negeri, Pegawai Perubatan dan sukarelawan. Mereka berangkat ke Kemboja pada 30 Disember 2006 dan selamat kembali pada 4 Januari 2007.

Rombongan diketuai oleh Dato’ (Kemboja) Dr Rani Osman dan Sdr Jamuluddin Elias. AMAL kali ini berkerjasama dengan Madrasah Ad-Diniah Kampung Batu 10 Cheras yang diketuai oleh Utz. Zakaria bagi menyempurnakan ibadah Qurban dan Aqiqah di beberapa buah kampung di Kemboja. Antaranya ialah di Kampung Phom Roka dan Kampung Telmol. Sebanyak 135 ekor lembu telah disembelih bagi tujuan tersebut.

Pada masa yang sama, rombongan telah memberikan rawatan perubatan secara percuma di setiap kampung yang dilawati. Dianggarkan antara 70 orang hingga 150 orang telah dirawat di setiap kampung yang dilawati. Program berkhatan dilakukan di Kampung Phom Roka dan Kampung Tehmol. Seramai 23 orang remaja dan kanak-kanak telah dapat dikhatankan.

Maklumat dan pengalaman berada di Kemboja sempena program ini mungkin dapat dikongsi bersama setelah penulis menyediakan diari perjalanan ke Komboja. Wartawan jemputan yang turut hadir dan peserta juga mungkin dapat menghantarkan artikal dan foto yang mereka ambil masing-masing.

Cikguman.