KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20071024

Seminar Kepimpinan Belia N.Sembilan Nov/Dis 07

Sukacitanya dimaklumkan, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Sembilan akan mengadakan satu Seminar Kepimpinan Belia di Port Dickson dan keterangan adalah seperti berikut :

Tujuan:
1.Memupuk perpaduan dan hubungan erat antara pemimpin NGO belia dan semua lapisan masyarakat
2. Mendapatkan input-input berkaitan dengan keberkesanan pelaksaanaan program pembangunan belia daripada pelbagai pihak dalam merangka perancangan yang lebih strategik dan bersepadu ke arah penyelesaian isu-isu dan permasalahan belia/ remaja masa kini.

Kumpulan sasar:
1. Umur- 18-40 tahun
2. Tempoh: 3 hari 2 malam
3. Tempat: GSV Port Dickson
4.Tarikh: 02-04 November 2007 (kumpulan 1) , 30-02 Disember 2007 ( kumpulan 2- cadangan)
5. Sasaran: Pemimpin NGO, pemimpin IPTA/S, individu yang berminat.
6. Seminar adalah PERCUMA.
7. Pengangkutan boleh disediakan.

Pembentangan kertas kerja mengenai isu:

1. Isu-isu belia/ remaja
2. Isu keberkesanan pelaksanaan program belia
3. Isu pengupayaan dan peranan pertubuhan belia
4. Statistik masalah belia masa kini.

Kepada sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan diri dengan menghubungi Sekretariat ABIM N. Sembilan: 06-7630789.

Setiap kumpulan hanya terhad kepada 150 orang sahaja.

Ingin mengetahui lebih lanjut sila hubungi: 012-6117205 / 013-6248024 Hj Shamsul Azhar Hj Yahya , Yang Di Pertua ABIM Negeri Sembilan.