KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20071030

Summer Camp Special Nov 2007 Rembau , NS

Sesi Pertama : 18 - 25 Nov 2007 (Terbuka kepada pelajar baru atau kali pertama menyertai program ini , umur 11 – 14 tahun, lelaki dan perempuan)
Sesi Kedua : 8-16 Dis 2007 (Terbuka kepada semua pelajar , lelaki dan perempuan , umur antara 15 - 18 tahun)

Yuran RM 220 (termasuk pendaftaran, buku-buku, alat tulis, kos penginapan dan makanan, sijil penyertaan )

Tempat : Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Km 35 Jalan Seremban-Tampin , 71350 Kota , NS.

Sila hubungi: 019-6637785 Ust. Hanif , 013-6417777 Ust. Saiful. Tel/Fax: 06-4450363
http://yayasansofa.blogsome.com email: maahadassofa@yahoo.com yayasansofa@gmail.com

(Yayasan Sofa terletak di kawasan perkampungan Melayu. Antara tempat lain yang menarik sekitar Rembau ialah Kolam Air Panas Percuma Kg Chengkau, Gunung Datuk, Lubuk Petai, Muzium Astana Raja, Ladang Rusa dan banyak lagi)

PENGENALAN :
Program Tafaqquh Fi al Din, ala Summer Camp ini, diagendakan khusus bagi mengisi musim cuti persekolahan para pelajar dengan pengisian yang bercorak keagamaan dengan mengaplikasikan kaedah pengajian secara tradisi ulama’.

Dalam hasrat untuk memantapkan kefahaman golongan remaja, para pesertadiberikan pendedahan juga mempelajari ilmu-ilmu agama dengan berpandukan kitab-kitab turath. Di samping itu, para peserta diwajibkan menghafaz matan-matan di dalam kitab.

Program ini, menitik beratkan pengetahuan dan kefahaman peserta tentang aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah yang sebenarnya. Diharapkan dengan menyertai proram ini ianya dapat mengisi musim cuti persekolahan pelajar dengan perkara-perkara yang bermanfaat sebagai persiapan bagi menghadapi cabaran dan arus perdana zaman ini.

OBJEKTIF :
- Memupuk pemuda/i Islam agar mencintai Allah dan Rasul Nya.
- Melahirkan pelajar yang bersedia mendukung warisan peninggalan Rasulullah saw.
- Membina ikatan yang kuat antara hamba dan Pencipta.
- Memantapkan aqidah ahli sunnah wal Jamaah dan asas agama yang tulin.
- Melahirkan insan bersahsiah/jatidiri yang bertaqwa dalam era globalisasi.

PENGISIAN :
· Pengajian Asas Fardhu Ain
· Pengajian Kitab-kitab Turath
· Kulian Umum beserta Amali/Praktikal
· Pengajian al Quran / Kaedah Tajuid
· Pengajian Selawat dan Nasyid / Madaih