KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20071008

Salam Idil Fitri dari kami sekeluarga

Assalamualaikum wrt wbt,

Kami ingin mengucapkan Eid Mubarak, Selamat Hari Raya Idil Fitri , Maaf Zahir dan Batin buat saudara mara, sahabat-sahabat serta teman-teman semua sekeluarga. Semoga amal ibadah kita sepanjang Ramadhan ini diberkati dan diredhai Allah swt. Masih ada tinggal beberapa hari lagi Ramadhan ini. Sama-sama kita ingat mengingati, bantu membantu, memperbanyakkan amal ibadah kita kepada Allah, mempereratkan silaturrahim sesama kita, maaf bermaafan adalah lebih baik di bulan Ramadhan ini dan disepanjang masa, tidak semestinya menunggu hari lebaran.

Sama-sama kita yang serba lemah ini, serba pelupa ini, menjadi pembantu serta penyokong antara satu sama lain agar kita menjadi ummat yang kuat, ummat yang lebih berkasih sayang, ummat yang lebih bantu membantu, ummat yang sering ingat memperingati untuk meneruskan saki baki sisa hidup kita di dunia yang fana ini yang sentiasa mengasyikkan.

Selamat bergembira di hari lebaran bersama keluarga tersayang. Jemput datang rumah di Kg Bongek , Rembau Raya Pertama hingga ke 4 insyaAllah. Selepas itu di Taman Alamanda, Senawang, insyaAllah.

Memandulah dengan tenang dan aman sambil menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi.

Dpd :
Rozmal bin Malakan & Raja Siti Noor binti Raja Ali
Serta Mohd Kauhtar, Ahmad Fauzan, Fathin Amirah, Amirul Mukmin dan Muhammad Firdaus