KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20071204

Bantulah, keluarga ini, tiada makanan, di Senawang

Selepas Isya sebentar tadi , saya didatangi oleh seorang lelaki usia lewat 30an. Dia memperkenalkan diri dia sebagai Mohd Kasim. Dia bertanyakan di mana rumah ketua kampung, saya kata sini tiada ketua kampung yang ada Pengerusi Surau atau Taman. Saya tanya ada apa hal, dia kata dia perlukan sedikit bantuan makanan. Dia baru dapat kerja sebagai tukang sapu. Dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Di rumah dia cuma ada beras, jadi dia perlukan minyak masak dan lauk.

Dia tidak minta duit. Dia telah memohon pada Baitul Mal tetapi masih dalam proses. Dia juga ada cuba memohon di masjid serta surau berhampiran, tetapi mereka tiada peruntukan khusus untuk membantu keluarga yang kesusahan.

Jadi saya bawalah dia ke kedai runcit, beli minyak masak, sardin, telur, biskut. Dia tinggal bersama isterinya, surirumah sepenuh masa. Di samping itu dia perlu menyara dua orang anaknya dan mertua di kampung.

Katanya, di rumah dia tiada perabut, tilam dan katil pun tidak ada. Cuma tidur berlapik. Tetapi dia tidak meminta semua itu, cuma sekadar sedikit makanan dan duit minyak sementara menunggu dia dapat gaji hujung bulan.

Dia juga pernah memohon bantuan untuk berniaga, tetapi terlalu banyak karenah birokrasi. Sewa rumah mulanya RM 300, tetapi tuan rumah kesian tengok keadaannya, dia kurangkan ke RM 250.

Dia juga pernah menjalani pembedahan buasir, menyebabkan dia tidak dapat buat kerja berat. Sementara isterinya ada sedikit penyakit kencing manis dan mendapatkan rawatan di klinik kerajaan.

Kepada mereka yang sudi membantu, bolehlah melihat sendiri keadaan suami isteri ini di alamat berikut :

En Mohd Kasim
No 519, Lorong 1, Taman Senawang Jaya, Senawang (belakang kedai dan tapak pasar malam Taman Senawang Jaya)
Tel : 017-2193842