Saya amat tertarik dengan kisah seorang OKU (Orang Kurang Upaya). Jangan memandang rendah OKU, walaupun mereka OKU, tetapi jiwa dan minda mereka bukan OKU. Malah mereka mempunyai jiwa dan minda yang lebih baik daripada mereka yang sempurna fizikal.
Mudah sahaja hendak bantu mereka ini, disamping kita membantu diri kita sendiri. Sila ke laman web ini http://pakngahebook.blogspot.com . Pemilik laman web ini ialah Abdul Malek bin Othman seorang OKU yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Ogos 1992 di lebuhraya Paloh Inai, Kuantan, Pahang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dari Universiti Teknologi Malaysia.
Beliau telah menulis sebuah e-buku bertajuk "Perjalananku" menceritakan pengalaman dan memoir beliau dalam mengharungi liku-liku hidup yang penuh mencabar sebagai manusia yang serba kekurangan berbanding orang lain.
Tak mahal cuma RM10, kalau malas nak baca, beli dan letak di perpustakaan, kedai kopi, masjid, surau dan sebagainya, semoga ianya menjadi pendorong kepada generasi muda yang tidak OKU agar menjadi insan yang berguna. Pastikan yang “original” , harap tidak mencetak rompak atau mengedarkannya tanpa izin penulis.