Menarik. Siapa tak kenal Frederic Kanoute, pemain bolasepak professional yang terkenal , berasal dari negara Mali, bermain untuk Kelab Seville di Sepanyol. Dia telah membayar hampir RM 3 juta untuk menyelamatkan sebuah masjid di Sepanyol. Bukan itu saja, dia juga menubuhkan Yayasan Anak Yatim di Mali sejak 10 tahun dulu. Semasa bermain dalam Liga Sepanyol dalam bulan Ramadhan beliau tetap berpuasa. Malah menjadi penjaring terbanyak , mengalahkan bintang Brazil Ronaldinho. Tidak meninggalkan solat, beliau akan menunaikan solat di bilik persalinan. Tidak memakai baju jersi yang ada logo arak atau judi.
Kalaulah pemain bolasepak Malaysia boleh mengikut jejak langkah Kanoute, cemerlang dunia, cemerlang akhirat. Bukan setakat pemain, malah peminat sekali perlu mengikut jejak langkah beliau.
Berita lanjut di link-link berikut :
http://www.islamonline.com/news/newsfull.php?newid=68272
http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2007/12/15/sports/19773103&sec=sports
http://pasns.blogspot.com/2007/12/pemain-bolasepak-terkenal-selamatkan.html