KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20071212

Setiap hari pasti ada yang perlukan pertolongan

Saban hari semakin ramai orang sekeliling kita memerlukan bantuan. Terpulanglah samada kita buat tak tahu, menghulurkan bantuan sekadar mampu, memberi nasihat, berdoa atau menyalurkan maklumat tersebut kepada orang lain.

Semalam terima satu panggilan talipon , tanya ada tak kerja kosong , suami pemanggil perlukan kerja sangat. Saya kata buat sementara ni, tempat saya tak ada kerja kosong.

Makin mencabar kehidupan rakyat Malaysia, tambah nak naik sekolah ni. Minggu lepas kami sekeluarga melakukan operasi bersih. Membersih semua buku-buku , pakaian sekolah, beg sekolah dan kasut sekolah. Tengok mana yang masih boleh dipakai, mana yang perlu dibaiki, mana perlu ditampal, mana perlu dijahit. Kemudian barulah senaraikan apa yang perlu dibeli.

Hujung minggu lepas dimulakan operasi membeli baju sekolah. Walaupun dah cari pakaian lama, dan bajet betul-betul, setelah ditambah membeli pakaian sekolah untuk lima orang anak dah hampir RM 400. Nak tak nak kena beli, itu keperluan, bukannya kemewahan.

Itu belum yuran sekolah (atau tahun depan tak panggil yuran lagi, mungkin bayaran tambahan sekolah) yang jumlahnya semakin tahun semakin naik. Tak masuk beg, kasut sekolah untuk menggantikan yang rosak. Tak termasuk buku aktiviti, buku latihan, buku kerja walapun buku teks mungkin percuma. Dan lagi, dan lagi…..

Kalau saya, suami isteri bekerja pun dah menggeleng kepala memikirkan persekolahan anak-anak tahun 2008 nanti. Bagaimana mereka yang berpendapatan rendah, yang kais pagi makan pagi, petang tak dapat kais sebab hujan. Mungkin akan lebih ramai anak bangsa Malaysia, tak kiralah bangsa Melayu ke, Cina ke, India ke yang akan keciciran.

Balik pada tajuk asal yang setiap hari ada yang memohon pertolongan, mungkin tahun depan setiap jam ada yang mohon pertolongan (tidak mustahil).

Hari ini saya terima SMS dari sahabat saya Ustaz Nazri yang memerlukan RM600 untuk menjelaskan yuran pengajiannya di semester lima sebelum 15 Disember 2007. Dia mengambil pengajian Diploma Syariah di Kolej Darul Al Hikmah, akan tamat pengajian semester 6 pada Julai 2008 , insyaAllah. Mungkin RM600 itu pada sesetengah kita tak banyak, tapi bila dah ramai orang minta tolong, akhirnya kita mampu sumbang sedikit.

Kalau sorang beri RM5, 120 orang dapatlah RM600. Kalau sorang beri RM10, 60 orang dapatlah RM600. Begitulah seterusnya.

Kepada mereka yang ingin turut serta dalam skim pelaburan membantu mereka yang memerlukan bolehlah menghubungi terus Us Nazri 019-3457690 . Akaun bank Ustaz Nazri ialah Md Nazri Md Yusof , CIMB bank 05060082146527