KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20071212

Yapp Syau Yin bukan juruterbang wanita MiG-29 pertama dunia

Majalah NONA keluaran Januari 2008 telah memaparkan cerita berkenaan Yapp Syau Yin sebagai juruterbang wanita MiG-29 pertama dunia.

Akhbar KOSMO pula dalam laman utama Ekstra! keluaran 2 Disember telah memaparkan rencana berkenaan Yapp Syau Yin sebagai juruterbang wanita MiG-29.

Sehubungan itu, Space Tourism Society Malaysia Chapter mencadangkan agar NONA dan KOSMO membetulkan kenyataan salah berkenaan dalam keluaran berikutnya.

Pembetulan ini adalah penting kerana cerita dan rencana yang salah berkenaan Yapp Syau Yin ini mungkin digunakan oleh pembaca sebagai bahan rujukan dalam menghasilkan kertas kerja dalam bidang aeroangkasa tempatan, memungkinkan terhasilnya kertas kerja yang salah dan tidak bernilai.

Artikel lanjut di http://ikam-space.blogspot.com/2007/12/yapp-syau-yin-bukan-juruterbang-wanita.html