Pada bulan November 2007 rumah Mak Temah dan Pak Abu di Rasah, Seremban hampir runtuh akibat runtuh. Pak Abu dan Mak Temah adalah dari golongan keluarga miskin. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang menetap di Melaka dan anak perempuannya (surirumah) menetap dengan mereka , manakala menantu mereka hanya bekerja sebagai atendan pam minyak. Anggaran perbelanjaan membaiki rumah tersebut ialah sekitar RM 7000. Setakat ini sekitar RM 2000 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan mereka yang simpati dengan nasib Mak Temah dan Pak Abu. Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban membantu membaiki rumah Mak Temah dan Pak Abu bolehlah menghubungi sahabat karib saya Rizal 012-3535698 atau Azizi 012-3696474.