KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110113

Menteri kita hantar ke tak anak ke Kelas Agama?


Menteri-menteri kita kat Malaysia ni, bila buat sesuatu dasar tu, turun padang ke tidak, tengok keberkesanan dasar baru? Tuan-tuan dan puan-puan yang ada anak sekolah rendah dan hantar anak ke Kelas Agama Petang atau KAFA perasan ke tidak anak-anak kita sekarang ni pergi sekolah jam 6.30 pagi, balik rumah jam 6 petang. Yang naik bas mungkin ada yang balik Maghrib, pergi sebelum Subuh.

Jangan nanti ada ibu bapa dan pelajar tidak hantar anak ke KAFA sebab dah terlalu lama masa di sekolah. Bila masa nak buat kerja sekolah di rumah? Bila masa nak ulangkaji? Bila masa nak bawa anak berjemaah Maghrib dan Isya di Surau? Bila masa nak ajar anak kemas baju, kemas tempat tidur? Bila masa aktiviti Koko di sekolah, atau cukup minum air koko je?

Apa menteri kita, terutama menteri yang jaga JAKIM tu, ada anak atau cucu yang pergi KAFA?

ELAUN TIDAK PADAN DENGAN BEBAN GURU KAFA
Utusan Malaysia 12 Jan 2011

Bermula tahun ini, elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) telah dinaikkan kepada RM800 daripada RM500 sebelum ini.

Namun apa yang amat dikesali oleh semua guru KAFA adalah sebelum tahun 2011, kelas KAFA hanya diadakan selama dua jam sehari dan tiga hari seminggu. Jumlah seminggu adalah enam jam.

Tetapi pada tahun ini, kelas KAFA telah dilanjutkan selama tiga jam sehari dan kelas diadakan selama lima hari seminggu.

Dengan itu, tempoh waktu mengajar untuk seminggu adalah 15 jam.

Elaun dinaikkan sebanyak RM300 sahaja, sedangkan masa mengajar meningkat lebih sekali ganda.

Persoalannya, adakah elaun guru KAFA yang dinaikkan kepada RM800 itu memadai.

Apa yang nyata elaun itu menunjukkan bahawa semua guru KAFA masih berada di bawah paras kemiskinan. Ini jelas jika dibandingkan dengan harga barangan yang telah meningkat berkali ganda sejak awal tahun 2011.

Saya yang mewakili suara guru KAFA menggesa pihak kerajaan agar lebih prihatin dan dapat menambah lagi elaun guru KAFA agar berbaloi dengan peningkatan tempoh mengajar daripada enam jam kepada 15 jam seminggu.

Semoga harapan kami untuk mendidik anak bangsa tidak akan luntur selama-lamanya.

GURU KAFA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

8 ulasan:

KERETA SEWA ZAILIN MELAKA/NS berkata...

Dulu takde sekolah agama petang, bising nak sekolah agama..tak islamik la..macam2..sekarang bila dah ada bising jugak lagi..ntah bila kau ni nak senyap agaknya..
Pilihan kat tangan kau..nak hantar ke tidak? anak2 aku tiap hari gi sekolah agama petang rilek je..tak mengeluh pun psl beg berat! kerja rumah siap! Tiap kali peksa skor no.1! sebenarnya kau yang tak gheti urus masa diorang..budak kalau dibiarkan memang hancur laa..mak bapak (macam kau) sibuk membangkang siang malam..memang anak kau hancur!!!

Tanpa Nama berkata...

anak kau g skola agama petang .tgh hari blek pkol satu .gelabah tolla .anak kw nombo 1 sbb IQ dye tggy .kw pk sume org kt m'sia ny pndai cam anak kw ke .kw x pk ke budak skola yg kene naek bas tuh .kw pk tggu bas 1 minit 2 minit ke .byk kw lha .nk solat asar solat maghrib ble pulak .nk ckp mk bpk org ta rety jge anak beagak siked .

Tanpa Nama berkata...

betul tu zack...dorang ni cite byk.. komplen byk... ada je yg x kena.. x puas hati... nti kalau dtetapkn 3 hari kata x cukup pulak..mcm2 tuduhan kuar.. tgklah kalau x caye.. gaji 800 tu dah tinggi sgt!! ajar x seberapa... buku pun x abis buat... ni ke keje guru kafa... sibuk sembang n bpolitik...!! kita gak kt umah yg kena bantu guide ank2 kita..

Tanpa Nama berkata...

lagi satu xpyh sibuk nk fkr ank mteri sek agama ke dak... punya pasal dialah... ni jenis manusia suka sebuk hal org yg susah... settle anak sndiri dulu... !!!

Tanpa Nama berkata...

Astagfirullah .... bahasa!!!

me berkata...

kalau kita bagus, kita bantu orang lain, bukannya kalau kita bagus, kita memperlekehkan orang lain, kalau kita ada budi pekerti, kita tak akan memperlekehkan orang lain.

bersangka baiklah sesama Islam

Tanpa Nama berkata...

anak2 skrg sudh mcm robot..

Tanpa Nama berkata...

aku anta anak aku kat sek ren agama bersepadu lagi senang.sek mula kul 8pg abis kul 3ptg.semua ada mkn pg,ngaji,kafa,solat, mkn tgh akademik,ko-ko cuma bayar yuran rm170/bln.balik umah dah boleh rehat & buat ulangkaji.tak pening kepala ambik anto ambik anto