KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110126

Taman Anjing Liar di Senawang, PERCUMA, Jom Ziarah





Banyak betul anjing-anjing liar sekarang ini. Siapa nak tengok anjing-anjing liar dengan anak-anak anjing yang comel-comel bolehlah datang ke Padang Permainan Taman Alamanda, Senawang waktu petang hingga subuh setiap hari. PERCUMA, tanpa sebarang bayaran. Tapi AWAS, anjing-anjing ini anjing liar. Menurut cerita, beberapa penduduk dan kanak-kanak telah dikejar anjing ini, tapi belum ada yang cedera atau meninggal dunia setakat ini.

Pengerusi Taman telah pun membuat aduan secara online sebulan yang lalu, tetapi belum ada tindakan pihak berkuasa dan semakin banyak pula anjing-anjing ini melepak di padang tersebut.

Apa yang merisaukan ibu bapa ialah taman tersebut ialah tempat permainan anak-anak mereka terletak berhampiran dengan KAFA dan surau tempat anak-anak mereka mengaji.

Tak tahulah jabatan mana atau kementerian mana yang patut ambil tindakan. Mungkin Malaysia belum cukup peralatan dan kakitangan untuk menangkap anjing agaknya, yang ada hanya senapang patah.

Entahlah, mungkin semua pihak tunggu ada yang menjadi mangsa anjing-anjing liar ini baru nak ambil tindakan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tanggungjawab Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Jawaban standard yang akan diterima untuk masalah anjing liar ialah

1. waktu anjing berkeliaran ialah belum masuk waktu kerja, tiada permit untuk menembak anjing liar, lagipun kami belum masuk kerja ketika subuh

2. kami datang pada jam 10 pagi tetapi tiada anjing liar kelihatan

Tanpa Nama berkata...

Melayu hanya pandai gaduh dengan babi dan anjing. Selain itu pandai rasuah saja lah . Cakap agama mulut berbuih buih, nampak anjing cuba nak hapuskan... itu lah hati melayu yang penuh dengan benci . Nampak anjing rasa benci.... macam taliban nampak mat saleh.