KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140127

Buaya mengajar Quran kepada pembaca di Rusia


Pembaca buku di Rusia dikejutkan dengan satu lukisan kartun yang terdapat dalam buku kisah dongeng Rusia untuk pengajaran kepada anak-anak mengenai aspek kebersihan. Apa yang memeranjatkan dalam kartun tersebut sang buaya memegang sekeping kertas. Setelah dibuat kajian kertas tersebut ialah merupakan naskhah Al Quran dari surah Hijir , surah ke 15, ayat 1 hingga 15.

Pelukis yang melukis kartun tersebut sendiri tidak mengetahui bahawa gulungan kertas tersebut ialah dari Al Quran. Pelukis kartun tadi berkata dia membuat carian dalam internet dan mendapati gambar tersebut cantik dan amat sesuai untuk lukisannya tanpa mengetahui ianya adalah surah Al Quran.

SUBHANALLAH ! Buaya adalah makhluk ALLAH. Buaya-buaya amat menghormati ulamak-ulamak Islam di Negeri Sembilan pada zaman lampau. Buaya-buaya amat penting dalam menjaga kelangsungan ekosistem kita terutama dalam aspek kebersihan sungai dan laut.

Crocodile taught Quran to Russian readers

The tale is of educational nature and depicts value of cleanliness and its maintenance.

The tale is of educational nature and depicts value of cleanliness and its maintenance. But why is the page from the Quran in the hand of the crocodile that supposedly teaches cleanliness to the boy? The tales publisher contacted the artist who worked on book illustration and received no concrete answer as to why she decided to use the Quranic page. Apparently the artist had no idea as to what text was written on the page of a picture she found on the Internet and her search for suitable colors ended on that particular picture.

Surah Al-Hijr

1. Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.
2. Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.
3. Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).
4. Dan tiadalah Kami binasakan (penduduk) sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum.
5. Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya.
6. Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila".
7. "Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu), jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
8. Tiadalah Kami menurunkan Malaikat melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan pada ketika itu mereka (yang ingkar) tidak akan diberi tempoh lagi.
9. Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
10. Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu.
11. Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.
12. (Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).
13. Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu (yang mendustakan Rasul-rasulnya).
14. Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):
15. Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)". (Al-Hijr 15:15)

3000 buaya sepatutnya menjadi tarikan pelancong ke Rembau dan N.Sembilan

Lebih 3000 ekor buaya yang terdapat di Sg Linggi dan Rembau sepatutnya menjadi tarikan pelancongan Islam ke sini kerana buaya-buaya di sini dikatakan telah menurut kata-kata ulamak silam di Negeri Sembilan dengan izin Allah yang hingga ke hari ini tidak mengganggu kehidupan manusia di sini.


‘Pengawal pintu’ mati terdampar
27 Jan 2014

Bangkai seekor buaya tembaga dipercayai berusia hampir 100 tahun digelar ‘Pengawal Pintu Sempadan Sungai’ ditemui terdampar di tebing sungai Kuala Linggi di Kota Simpang, Lubok Cina, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, buaya tembaga dengan ukur lilit hampir tiga meter dan berat tiga tan itu digelar pengawal pintu sempadan Negeri Sembilan - Melaka berikutan sering menonjolkan diri setiap kali nelayan turun ke sungai untuk menjaring udang galah dan ikan.

Kejadian disedari seorang nelayan sungai Zainal Md Ali, 63, kira-kira jam 9.30 pagi ketika menjaring udang selepas terhidu bau busuk dari tebing sungai sebelum menemui bangkai buaya tembaga sepanjang tujuh meter.

Menurut Zainal, dia terpandang reptilia terbabit dipenuhi lumpur lalu mendekatinya sebelum menyedari ia tidak bergerak dan dipercayai mati tiga hari lalu dalam keadaan dihurung lalat selain tubuhnya dicarik biawak.

“Kepala buaya berkenaan menghala ke tebing sungai dan saya lihat seluruh badannya dipenuhi lumpur dipercayai tidak berupaya bergerak kerana sudah tua.

Fenomena angin sejuk yang dikirim ALLAH


Cuaca sejuk yang melanda negara seharusnya mengingatkan kita kepada kiamat. ALLAH Maha Berkuasa untuk mengarahkan angin terbang ke mana-mana sudut di dunia ini. Adakah masjid dan surau di Malaysia bertambah bilangan jemaahnya solat 5 waktu dan hadir ceramah selepas Fenomena Angin Sejuk ini?

“KIAMAT”

Pada satu riwayat yang lain:"Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk dan nyaman yang datang nya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun terdapat dalam hatinya seberat zarrah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu". Nabi s.a.w bersabda lagi:"maka tinggallah sahaja orang-orang yang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan seperti burung terbang, dan yang menceroboh dan menzalimi satu sama lain seperti binatang buas , mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya:" Tidak mahukah kamu meninggalkan diri mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakan ku? Maka mereka bertanya: "jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri kepada tuhan, mereka menerima ajakan syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah kemudian di tiup sangkakala yang pertama yang mematikan segala yang bernyawa"

(Hadis riwayat Muslim)

20140123

AIR PANEH CHONGKAU , AIR PANEH RAKYAT



Kok den kayo, den boli tanah kek Kg Lado ni den bosa an tompek ni, lotak tompek lotak keto seleso sikit, bia sonang oghang nak mandi, beghubek kek sini hilangkan longah badan dan lain-lain penyakit insyaAllah. Lopeh tu oghang kampung pun boleh meniago ghuti canai, nasi lomak, lomang sopanjang jalan kek sini.

Kok den ado kuasa, den sughuh Majlis Daerah boli tanah kek Kg Lado ni, bosa an tompek ni, lotak tompek lotak keto seleso sikit, bia sonang oghang nak mandi, beghubek kek sini hilangkan longah badan dan lain-lain penyakit insyaAllah. Lopeh tu oghang kampung pun boleh meniago ghuti canai, nasi lomak, lomang sopanjang jalan kek sini.

Den tak kayo duit, den tak ada kuaso pentadbiran. Jadi den mandi yolah air paneh kek ghumah, kek Melako ko yang pechumo.

20140115

Mana nak beli belimbing lazat dan manis serta murah?


Mana lagi, kalau bukan Belimbing Rembau, di Kg. Sg Layang.

Memang susah nak cari belimbing yang lazat, manis, tidak berulat, yang penting murah. Setakat ini yang saya jumpa dijual ditepi jalan utama Rembau-Tampin iaitu di gerai buah depan Sekolah Kebangsaan Salak Nama.

Kualiti belimbing Denan (pemilik ladang belimbing) memang power, kualiti eksport.

Setiap kali balik Rembau mesti singgah punya. Beli RM10 penuh beg plastik yang besar.

Selamat melawat Rembau, sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Pucuk paku pun dah mahal sekarang


Rugilah siapa yang kahwin dengan orang N.Sembilan, tak belajar masak lomak cili api. Masakan yang paling sonang nak masak, tak payah pakai rempah, kunyit dengan cili api yo, tapi paling sodap. Ingat lagi uwan onyang kita masak gulai ikan puyu dalam periuk tanah, dapur kayu api, bukan main sodap lai. Masterchef pun tak boleh masak macam uwan onyang kito.

Hari ni isteri saya yang bukan orang N.Sembilan masak lagi gulai lemak cili api. Kali ini gulai pucuk paku. Di Senawang ni bukannya boleh main petik je pucuk paku macam di kampung. Kenalah beli. Sekarang ni pun pucuk paku dah main timbang. Saya ambil 4 ikat kecil harganya RM7.30. Tak tahulah harga dah turun atau belum macam kangkung.

Zaman semua harga barang naik ni, elok sangatlah belajar masak tumis air, masak singgang dan masak lomak cili api.

Hampir semua pucuk, semua sayur, semua cendawan boleh masak lomak cili api.

Tapi saya belum pernah dengar orang masak kangkung lomak cili api.

Mana nak beli burger murah dan sedap di N.Sembilan?


Cukup-cukuplah cerita pasal kangkung tu. Mari kita cerita yang boleh beri faedah sikit pada kita semua. Seperti, mana nak dapat makanan yang murah, sedap dan bersih seperti burger. Burger yang paling murah dan sedap sepengetahuan saya ialah di Warung Aboi, pekan Chengkau.

Saya beli 2 burger ayam dengan keju, 1 burger ayam special dan 1 banjo kesemuanya baru RM10.30.

Mana pula nak dapatkan burger bawang goreng, yang jarang rasanya kita jumpa? Setakat ini yang saya jumpa di Warung Zairul, Taman Alamanda, Senawang. Saya beli 3 burger ayam dan 1 banjo baru RM9.50.

Ada satu tempat lain di Senawang, sedap juga tapi lebih sikit harganya. Saya beli 2 burger ayam dengan keju dan 1 burger ayam special, semuanya RM12.80.

Ada baiknya dalam media sosial ini kita promosi tempat makan yang murah, sedap dan yang paling penting bersih.

Kerana setakat ini tiada usaha bersungguh-sungguh pihak yang bertanggungjawab untuk mempromosi tempat makan dan minum di N.Sembilan dengan pelbagai masakan Nogoghinya sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di media sosial.

Apa dia masakan yang paling mudah tapi sedap sehingga menjilat pinggan?

Masak lomak cili api ! Dengan daging salainya, sembilang salainya, pucuk ibu, pucuk paku, rebung, rebung pekasam, cendawan kangki dan macam-macam lagi.

Muzium di N.Sembilan lesu sempena Tahun Melawat Malaysia 2014


15 Jan 2014 - BARU-BARU ini, saya bersama-sama keluarga telah mengunjungi Muzium Lukut, berhampiran Port Dickson, Negeri Sembilan.

Apabila hampir sampai ke muzium itu, saya melihat tiada promosi atau tanda arah menunjukkan arah muzium tersebut.

Hanya pada jarak 100 meter atau kurang baru ada menunjukkan lokasinya. Itupun masih tanda arah lama dahulu. Setelah sampai, saya melihat lokasi dan pemandangan yang sama di dalam kawasan muzium.

Saya melihat landskap pemandangan muzium dicacatkan dengan padang permainan yang rosak dan membahayakan pengguna terutamanya kanak-kanak.

Selepas itu, saya memasuki bangunan melihat sejarah Lukut dan sejarah Raja Jumaat yang sedikit sebanyak menyumbang sejarah di situ.

Saya dapati masih sama susun atur dan tidak banyak berubah. Terdapat kesan air akibat hujan kerana bumbung muzium bocor.

Entah apa sudah jadi dengan muzium ini. Saya malu dengan pelancong luar yang mengunjungi muzium tersebut.

Ada yang merungut pameran yang sama, keadaan selengaraan muzium yang tidak baik, tiada tarikan yang istimewa dan yang pasti pihak Jabatan Muzium seperti melupakan muzium ini.

RIFF HUSSAIN
Wangsa Maju

20140114

Tawaran Wakaf Bangunan Maahad Tahfiz di N.Sembilan


Sumbangan amat dialu-alukan daripada mereka yang budiman untuk pembinaan 2 unit kelas hafazan, 8 unit tandas serta 2 unit kolah untuk mengambil wuduk di Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
Nama akaun : Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
No akaun : Maybank 555108301296.


atau hubungi ;

Ustaz Mohd Zawawi bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649

MUHASABAH GERAKAN ISLAM SERANTAU


"Muhasabah Gerakan ISLAM Serantau ; Solidariti Buat Ummah"
Tarikh : 18 Jan 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Raya, Hotel One Garden, Senawang
Anjuran : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) N.Sembilan
Yuran : RM15

Ucaptama : Tuan Haji Azmi Abdul Hamid@ Cikgu Azmi (Presiden MAPIM)

Moderator : Ustaz Azrul Azlan Iskandar (USIM)

Panelis :
Ustaz Nor Azman Mohamad (Ketua Pemuda PAS N.Sembilan)
Prof Madya Dr Badlishah Sham Baharin (YDP IKRAM N.Sembilan)
Ustaz Hasri Harun (Naib Presiden ABIM Pusat)

Objektif Program :
1. Mengetahui situasi terkini gerakan dan umat Islam serantau di negara masing-masing (Rohingya, Bangladesh, Selatan Thai dll)
2. Mendalami isu yang melanda gerakan Islam di Bangladesh (kes As-Syahid Abdul Quader Mullah)
3. Merangka kesatuan gerak kerja gerakan Islam di Malaysia dalam menangani isu dan konflik yang melanda umat Islam
4. Melahirkan solidariti kepada seluruh isu yang menimpa umat Islam di rantau ini
5. Merancang satu persidangan antarabangsa untuk gerakan dakwah di negara minoriti Muslim seperti Myanmar, Laos, Kemboja dll.

Pertanyaan sila hubungi ; Mohamad Hashby 0139293370 atau melalui mapimns@gmail.com
Sekretariat MAPIM N.Sembilan

Hari Jumaat , hari kebesaran umat Islam


Apabila Kerajaan Johor Darul Takzim mengumumkan hari Jumaat sebagai cuti mingguan, ia memberi isyarat bahawa ianya bukan lagi isu politik, tetapi isu sejagat khususnya umat Islam di Malaysia termasuk di Negeri Sembilan. Oleh yang demikian, 10,000 tandatangan akan dipersembahkan kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus untuk mempertimbangkan cuti mingguan pada hari Jumaat.


Mohon like page ini www.facebook.com/n9.cutijumaat

Mohon kerjasama semua untuk menandatangani petisyen ini dan like page FB.

Mohon Jasa Baik Sebarkan

20140110

Jumaat untuk kita, orang Melayu, orang Islam


Rasulullah saw. bersabda: "Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia), tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu dari kita, sedangkan kita sesudah mereka. Lalu mereka berselisih, kemudian Allah memberikan petunjuk kepada kita, yakni kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, sedangkan Allah telah menunjukkannya kepada kita."

Beliau bersabda lagi: "Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Esok (hari Sabtu) untuk kaum Yahudi, dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani." (MUSLIM - 1413)

20140109

SEMINAR MAULIDURRASUL 1435 H




Seminar Maulidurrasul 1435 H
“ Rahmat Dalam Syariat ”
Tarikh : 15 Januari 2014 ( Rabu )
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tgh
Tempat : Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng, Ampangan, Jalan Seremban - Jelebu

Pembentang :
Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ( Rahmat Dalam Hukum Jinayat )
Ustaz Dr Azrul Azlan Iskandar Mirza ( Rahmat Dalam Hukum Muamalat )

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir

20140108

MUHASABAH GERAKAN ISLAM SERANTAU

"Muhasabah Gerakan ISLAM Serantau ; Solidariti Buat Ummah"
Tarikh : 18 Jan 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Raya, Hotel One Garden, Senawang
Anjuran : Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) N.Sembilan
Yuran : RM15

Ucaptama : Tuan Haji Azmi Abdul Hamid@ Cikgu Azmi (Presiden MAPIM)

Moderator : Ustaz Azrul Azlan Iskandar (USIM)

Panelis :
Ustaz Nor Azman Mohamad (Ketua Pemuda PAS N.Sembilan)
Prof Madya Dr Badlishah Sham Baharin (YDP IKRAM N.Sembilan)
Ustaz Hasri Harun (Naib Presiden ABIM Pusat)

Objektif Program :
1. Mengetahui situasi terkini gerakan dan umat Islam serantau di negara masing-masing (Rohingya, Bangladesh, Selatan Thai dll)
2. Mendalami isu yang melanda gerakan Islam di Bangladesh (kes As-Syahid Abdul Quader Mullah)
3. Merangka kesatuan gerak kerja gerakan Islam di Malaysia dalam menangani isu dan konflik yang melanda umat Islam
4. Melahirkan solidariti kepada seluruh isu yang menimpa umat Islam di rantau ini
5. Merancang satu persidangan antarabangsa untuk gerakan dakwah di negara minoriti Muslim seperti Myanmar, Laos, Kemboja dll.

Pertanyaan sila hubungi ; Mohamad Hashby 0139293370 atau melalui mapimns@gmail.com
Sekretariat MAPIM N.Sembilan

20140107

Sekelip mata Allah tarik nikmat melalui petir


Harta, takhta, wanita, semua itu adalah nikmat yang Allah beri pinjam kepada kita. Allah boleh ambil balik bila-bila masa, dimana jua. Takziah diucapkan kepada pemilik lembu ini, semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik. Malaysia adalah negara dengan kekerapan petir yang tertinggi di dunia. Koleksi kes petir di Malaysia di http://kilatmalaysia.blogspot.com

22 ekor lembu mati dipanah petir

ALOR GAJAH 7 Jan. 2014 - Tiga orang penternak kerugian kira-kira RM45,000 apabila 22 ekor lembu mereka ditemui mati bergelimpangan di dalam kandang dipercayai akibat disambar petir di Kampung Ramuan Cina.

Sabaruddin Abd. Majid, 54, berkata, beliau menyedari kejadian itu ketika hendak melepaskan 46 ekor lembunya dari dalam kandang kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

"Pada mulanya saya fikir semua lembu tersebut sedang tidur di bawah pokok buluh dalam kandang. Namun saya terkejut apabila melihat 22 daripadanya terbaring dan perut mereka kembung," katanya kepada pemberita. - BERNAMA



Cuba beritahu bank mana yang tak benarkan pekerja solat, senang kita nak boikot !


Malulah sikit dengan negara maju seperti Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat pun sekolahnya menggalakkan pelajar keluar solat semasa kelas terutamanya pelajar yang cemerlang dan mendapat keizinan ibu bapa. Guru sekolah kita galakkan tak pelajar solat bila masuk waktu?

Pekerja bank tak dibenarkan solat
7 Januari 2014

Sebuah bank komersial tempatan didakwa menafikan hak pekerjanya yang beragama Islam untuk mengerjakan solat di surau bank berkenaan sejak November tahun lalu.

Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen berkata, pihaknya kesal ekoran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.

Jadual Pengajian untuk tahun 2014 Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim



Jadual Pengajian untuk tahun 2014 di Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim , Rembau




 

20140105

CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULID NABI


CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULID NABI
“Layakkah Kita Mendapat Syafaat Nabi Di Akhirat Nanti?”
Oleh Ustaz Drs Nur Salam Abd Mutalib Al-Hafiz, Mudir Ma'ahad Tahfiz Darul Hufaz, Lampung, Sumatera
Tarikh : 17 Jan 2014, JUMAAT
Masa : 7.45 mlm
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang http://suraualamanda.blogspot.com

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Maklumat lanjut Ma'ahad Tahfiz Darul Hufaz di

HIMPUNAN MALAM MAHABBAH RASULULLAH S.A.W.


Dah tak ada ke Jabatan Kerajaan, GLC boleh ambil OKU pintar ni bekerja?


25 kali gagal temu duga
5 Jan 2014

Kuala Lumpur: "Sejak kecil saya cuba buktikan kecacatan saya bukan penghalang untuk berjaya. Begitupun, lain pula jadinya bila saya mahu cari kerja.

"Kebanyakan majikan yang menemuduga saya hanya melihat kecacatan dan bukan kemampuan saya," kata Kamairu Azman Daud, 26, pelajar kelainan upaya (OKU) bijak yang masih gagal mendapatkan pekerjaan meskipun menamatkan pengajian dengan cemerlang tahun lalu.

Dilahirkan cacat tangan kiri dan kudung kaki kiri, pelajar jurusan Ijazah Teknologi Sains Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam itu mendapatkan purata nilai gred (GPA) 4.00 untuk semester akhir iaitu praktikal dan tesis, sekali gus menamatkan pengajian dengan purata nilai gred terkumpul (CGPA) 3.57.

Sepanjang tempoh pengajian, anak kelahiran Kelantan ini juga menerima tiga Anugerah Dekan berikutan kecemerlangannya dalam akademik walaupun terpaksa berulang-alik ke kuliah menggunakan kaki palsu.

Menurut Kamalru, cita-cita untuk berjaya dalam bidang pelajaran kini tercapai, namun impian untuk berkerja seperti individu normal tetap terhalang kerana diskriminasi terhadap individu sepertinya.

20140104

Warga kilang di Senawang terkejar-kejar selepas solat Jumaat


Semalam solat Jumaat di sebuah masjid di Senawang habis sekitar jam 2.15 ptg. Selesai saja imam beri salam kedua, ramai jemaah yang tak sempat doa pun, terus angkat punggung bergegas keluar masjid. Ada diantara para jemaah datang solat Jumaat dengan pakaian seragam kilang. Terdapat banyak kilang di Senawang, dan ada kilang yang waktu rehat pada hari Jumaat antara 12.45 tgh ke 2.30 ptg.

Memang terkejar-kejar dan ramai jemaah yang resah bila khatib belum habis membaca khutbah.

Masa dalam perjalanan ke masjid sebelum Jumaat, saya perhatikan ramai pelajar lelaki berbaju sekolah Melayu lengkap sedang menunggu bas untuk ke sekolah. Tak pastilah samada ribuan pelajar lelaki yang senasib dengan mereka ini.

Negeri Sembilan mempunyai hubungan kerajaan yang amat rapat dengan Johor sejak zaman selepas kejatuhan kerajaan Islam Melaka. Bermula tahun 2014, Johor cuti hari Jumaat untuk memudahkan umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Negeri Sembilan perlu ikut langkah Johor untuk mengisythiharkan cuti pada hari Jumaat.

Tak apa gunanya kata-kata sejarah yang begitu terkenal di Negeri Sembilan yang semakin dilupai oleh orang yang mengaku Melayu di Negeri Sembilan ini iaitu “Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau”, apa maksud kata-kata ini?

Lelaki Melayu lumpuh dibantu rumah kebajikan bukan Islam

Sedihnya, begitu teruk hubungan persaudaraan di kalangan orang Melayu kita


Lelaki Melayu lumpuh dibantu rumah kebajikan bukan Islam
4 Januari 2014

MELAKA – Masalah kekurangan tempat penjagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyebabkan seorang lelaki Melayu beragama Islam yang lumpuh separuh badan akibat angin ahmar terpaksa menumpang di rumah kebajikan swasta kendalian bukan Islam sejak Oktober lalu.

Lelaki berusia 54 tahun itu dihantar Hospital Jasin ke pusat kebajikan yang beroperasi di Taman Mayfair, Klebang Besar selepas dikatakan keluarganya enggan menjaganya.

Pengurus pusat kebajikan berkenaan, M Sehgar berkata, dia menerima lelaki terbabit yang turut menghidap Hepatatis B untuk tinggal di rumah kebajikan kendaliannya, kira-kira 6.30 petang pada 9 Oktober lalu.

“Saya telefon anak dia, tetapi tidak ambil peduli. Saya mengadu di JKM tetapi katanya, tempat tidak ada kosong. Sudah dua bulan saya tunggu JKM datang ambil, tapi sampai sekarang tidak datang juga," katanya.


20140103

Selangor dan Terengganu kena belajar dari Melaka buat bot sampah


MPK POHON RM500,000 UNTUK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

KLANG, 31 JUL 2012 : Majlis Perbandaran Klang (MPK) berharap supaya permohonan bajet sejumlah RM500,000 yang dipohon kepada Kerajaan Negeri untuk membersihkan Sungai Klang dapat diluluskan segera. “Sekiranya bajet itu diluluskan, kita akan membeli lebih banyak sampan (bot) untuk membolehkan kesemua sampah itu dikutip dan Sungai Klang dibersihkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPK di sini, pagi tadi. Beliau berkata, sehingga kini sebanyak sepuluh bot dari persatuan nelayan sekitar kawasan ini telah menyertai gerak kerja pembersihan dengan mensasarkan kutipan satu tan sampah sehari bagi sebuah bot.

BOT SAMPAH TERENGGANU RM300,000 SEBUAH UNTUK BERSIH SUNGAI

26 Februari 2010 - Kerajaan negeri akan mengadakan perkhidmatan bot sampah bagi membersih dan mengutip sampah yang terdapat di dalam sungai di negeri ini. Pengerusi Jawataankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, YB Toh Chin Yaw berkata, kertas kerja cadangan membeli bot beserta peralatan telah disiapkan. “Sebagai permulaan, kita mencadangkan untuk membeli dua buah bot dengan kos lebih RM300,000 sebuah,” katanya kepada pemberita pada majlis Penyerahan Peralatan dan Pengawasan Kualiti Air di bawah program satu sungai satu DUN (Dewan Undangan Negeri) di Wisma Darul Iman hari ini (23 Februari).

MELAKA CIPTA BOT KUTIP SAMPAH DENGAN KOS RM20,000 SEBUAH

2 Januari 2014 - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperkenalkan kaedah terbaik mengatasi masalah sampah sepanjang Sungai Melaka bagi menggantikan kaedah konvensional yang digunakan sejak hampir tujuh tahun lalu. Pengurus besarnya, Datuk Baharom Majid berkata, “Kos pembinaannya tidak sampai RM20,000 dan ia cuma dikendalikan oleh dua kakitangan sekali gus dapat menjimatkan masa serta belanja pengurusan sehingga 50 peratus,” katanya dalam sidang media, semalam.

Remaja perempuan isytihar jihad agar kedai arak ditutup


Ini bukan berlaku di Malaysia dan bukan dilakukan oleh remaja perempuan Islam. Sebaliknya ianya berlaku di Tamil Nadu, India. Seorang remaja perempuan beragama Hindu telah memulakan mogok lapar dan mendesak agar semua kedai arak di Tamil Nadu ditutup. Saya sendiri tak mampu melakukan hingga tahap begini, hanya mampu berdoa dan menulis di internet.

Girl on crusade to close liquor shops in Tamil Nadu
2 Jan 2014

TAMIL Nesan reported that a 10-year-old girl held a public protest together with her father demanding a total prohibition of alcohol in the state of Tamil Nadu. Jothimani took part in a hunger strike with her father Mohanraj, 37, on Tuesday to ask for all liquor shops to be closed down.

Mohanraj, a labourer, has had a long history of struggling with alcohol addiction. He admitted that his family had suffered a lot and lost their social status due to his drinking habit, though he later successfully underwent rehabilitation to kick the habit.

Jothimani said that after the recovery of her father, she decided to preach the evils of liquor to the people, and hoped that this year would be a liquor-free year in Tamil Nadu.

20140102

Orang Islam walaupun tiada kerakyatan Malaysia patut dibantu


Persaudaraan Islam tidak mengenal batasan kerakyatan. Umat Islam yang menetap di Malaysia walaupun belum atau tidak mendapat kerakyatan Malaysia sepatutnya dibantu sama adilnya dengan rakyat tempatan sekiranya mereka ini miskin, daif dan memerlukan bantuan.

Sehubungan dengan itu Pertubuhan Anak Muda Islam (AMIR) sedang menjejaki keluarga yang miskin dan daif di Rembau termasuk mereka yang bukan rakyat tempatan, lebih-lebih lagi dengan harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat tahun 2014 ini.

AMIR telah menjejaki satu keluarga miskin yang mempunyai 3 orang anak yang tidak bersekolah kerana tiada kerakyatan di DUN Kota yang memerlukan bantuan. Juga terdapat ibu tunggal dengan empat orang anak yang memerlukan bantuan kita.

Mereka yang ingin menyumbang sila salurkan ke akaun CIMB : 05010004140204 Muhammad Allif (Presiden AMIR)

Untuk PM atau maklumat lanjut di www.facebook.com/mynameispaan