15 Jan 2014 - BARU-BARU ini, saya
bersama-sama keluarga telah mengunjungi Muzium Lukut, berhampiran
Port Dickson, Negeri Sembilan.
Apabila hampir sampai ke muzium itu,
saya melihat tiada promosi atau tanda arah menunjukkan arah muzium
tersebut.
Hanya pada jarak 100 meter atau kurang
baru ada menunjukkan lokasinya. Itupun masih tanda arah lama dahulu.
Setelah sampai, saya melihat lokasi dan pemandangan yang sama di
dalam kawasan muzium.
Saya melihat landskap pemandangan
muzium dicacatkan dengan padang permainan yang rosak dan membahayakan
pengguna terutamanya kanak-kanak.
Selepas itu, saya memasuki bangunan
melihat sejarah Lukut dan sejarah Raja Jumaat yang sedikit sebanyak
menyumbang sejarah di situ.
Saya dapati masih sama susun atur dan
tidak banyak berubah. Terdapat kesan air akibat hujan kerana bumbung
muzium bocor.
Entah apa sudah jadi dengan muzium ini.
Saya malu dengan pelancong luar yang mengunjungi muzium tersebut.
Ada yang merungut pameran yang sama,
keadaan selengaraan muzium yang tidak baik, tiada tarikan yang
istimewa dan yang pasti pihak Jabatan Muzium seperti melupakan muzium
ini.
RIFF HUSSAIN
Wangsa Maju
Tiada ulasan:
Catat Ulasan