KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140115

Mana nak beli burger murah dan sedap di N.Sembilan?


Cukup-cukuplah cerita pasal kangkung tu. Mari kita cerita yang boleh beri faedah sikit pada kita semua. Seperti, mana nak dapat makanan yang murah, sedap dan bersih seperti burger. Burger yang paling murah dan sedap sepengetahuan saya ialah di Warung Aboi, pekan Chengkau.

Saya beli 2 burger ayam dengan keju, 1 burger ayam special dan 1 banjo kesemuanya baru RM10.30.

Mana pula nak dapatkan burger bawang goreng, yang jarang rasanya kita jumpa? Setakat ini yang saya jumpa di Warung Zairul, Taman Alamanda, Senawang. Saya beli 3 burger ayam dan 1 banjo baru RM9.50.

Ada satu tempat lain di Senawang, sedap juga tapi lebih sikit harganya. Saya beli 2 burger ayam dengan keju dan 1 burger ayam special, semuanya RM12.80.

Ada baiknya dalam media sosial ini kita promosi tempat makan yang murah, sedap dan yang paling penting bersih.

Kerana setakat ini tiada usaha bersungguh-sungguh pihak yang bertanggungjawab untuk mempromosi tempat makan dan minum di N.Sembilan dengan pelbagai masakan Nogoghinya sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di media sosial.

Apa dia masakan yang paling mudah tapi sedap sehingga menjilat pinggan?

Masak lomak cili api ! Dengan daging salainya, sembilang salainya, pucuk ibu, pucuk paku, rebung, rebung pekasam, cendawan kangki dan macam-macam lagi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MASAK LOMAK CILI API,DAGING SALAI?!!!KEK MANO?!!!.