KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140103

Selangor dan Terengganu kena belajar dari Melaka buat bot sampah


MPK POHON RM500,000 UNTUK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

KLANG, 31 JUL 2012 : Majlis Perbandaran Klang (MPK) berharap supaya permohonan bajet sejumlah RM500,000 yang dipohon kepada Kerajaan Negeri untuk membersihkan Sungai Klang dapat diluluskan segera. “Sekiranya bajet itu diluluskan, kita akan membeli lebih banyak sampan (bot) untuk membolehkan kesemua sampah itu dikutip dan Sungai Klang dibersihkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPK di sini, pagi tadi. Beliau berkata, sehingga kini sebanyak sepuluh bot dari persatuan nelayan sekitar kawasan ini telah menyertai gerak kerja pembersihan dengan mensasarkan kutipan satu tan sampah sehari bagi sebuah bot.

BOT SAMPAH TERENGGANU RM300,000 SEBUAH UNTUK BERSIH SUNGAI

26 Februari 2010 - Kerajaan negeri akan mengadakan perkhidmatan bot sampah bagi membersih dan mengutip sampah yang terdapat di dalam sungai di negeri ini. Pengerusi Jawataankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, YB Toh Chin Yaw berkata, kertas kerja cadangan membeli bot beserta peralatan telah disiapkan. “Sebagai permulaan, kita mencadangkan untuk membeli dua buah bot dengan kos lebih RM300,000 sebuah,” katanya kepada pemberita pada majlis Penyerahan Peralatan dan Pengawasan Kualiti Air di bawah program satu sungai satu DUN (Dewan Undangan Negeri) di Wisma Darul Iman hari ini (23 Februari).

MELAKA CIPTA BOT KUTIP SAMPAH DENGAN KOS RM20,000 SEBUAH

2 Januari 2014 - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperkenalkan kaedah terbaik mengatasi masalah sampah sepanjang Sungai Melaka bagi menggantikan kaedah konvensional yang digunakan sejak hampir tujuh tahun lalu. Pengurus besarnya, Datuk Baharom Majid berkata, “Kos pembinaannya tidak sampai RM20,000 dan ia cuma dikendalikan oleh dua kakitangan sekali gus dapat menjimatkan masa serta belanja pengurusan sehingga 50 peratus,” katanya dalam sidang media, semalam.

Tiada ulasan: