Sedihnya, begitu teruk hubungan
persaudaraan di kalangan orang Melayu kita
Lelaki Melayu lumpuh dibantu rumah
kebajikan bukan Islam
4 Januari 2014
MELAKA – Masalah kekurangan tempat
penjagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyebabkan
seorang lelaki Melayu beragama Islam yang lumpuh separuh badan akibat
angin ahmar terpaksa menumpang di rumah kebajikan swasta kendalian
bukan Islam sejak Oktober lalu.
Lelaki berusia 54 tahun itu dihantar
Hospital Jasin ke pusat kebajikan yang beroperasi di Taman Mayfair,
Klebang Besar selepas dikatakan keluarganya enggan menjaganya.
Pengurus pusat kebajikan berkenaan, M
Sehgar berkata, dia menerima lelaki terbabit yang turut menghidap
Hepatatis B untuk tinggal di rumah kebajikan kendaliannya, kira-kira
6.30 petang pada 9 Oktober lalu.
“Saya telefon anak dia, tetapi tidak
ambil peduli. Saya mengadu di JKM tetapi katanya, tempat tidak ada
kosong. Sudah dua bulan saya tunggu JKM datang ambil, tapi sampai
sekarang tidak datang juga," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan