Semalam solat Jumaat di sebuah masjid
di Senawang habis sekitar jam 2.15 ptg. Selesai saja imam beri salam
kedua, ramai jemaah yang tak sempat doa pun, terus angkat punggung
bergegas keluar masjid. Ada diantara para jemaah datang solat Jumaat
dengan pakaian seragam kilang. Terdapat banyak kilang di Senawang,
dan ada kilang yang waktu rehat pada hari Jumaat antara 12.45 tgh ke
2.30 ptg.
Memang terkejar-kejar dan ramai jemaah
yang resah bila khatib belum habis membaca khutbah.
Masa dalam perjalanan ke masjid sebelum
Jumaat, saya perhatikan ramai pelajar lelaki berbaju sekolah Melayu
lengkap sedang menunggu bas untuk ke sekolah. Tak pastilah samada
ribuan pelajar lelaki yang senasib dengan mereka ini.
Negeri Sembilan mempunyai hubungan
kerajaan yang amat rapat dengan Johor sejak zaman selepas kejatuhan
kerajaan Islam Melaka. Bermula tahun 2014, Johor cuti hari Jumaat
untuk memudahkan umat Islam menunaikan solat Jumaat.
Negeri Sembilan perlu ikut langkah
Johor untuk mengisythiharkan cuti pada hari Jumaat.
Tak apa gunanya kata-kata sejarah yang
begitu terkenal di Negeri Sembilan yang semakin dilupai oleh orang
yang mengaku Melayu di Negeri Sembilan ini iaitu “Beraja ke Johor,
bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau”, apa maksud kata-kata
ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan