Kisah lanjut buaya dan ulamak di
http://waghih.blogspot.com/2010/05/3000-buaya-di-pantai-melaka-dan-ulama.html
‘Pengawal pintu’ mati terdampar
27 Jan 2014
Bangkai seekor buaya tembaga dipercayai
berusia hampir 100 tahun digelar ‘Pengawal Pintu Sempadan Sungai’
ditemui terdampar di tebing sungai Kuala Linggi di Kota Simpang,
Lubok Cina, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, buaya tembaga dengan ukur
lilit hampir tiga meter dan berat tiga tan itu digelar pengawal pintu
sempadan Negeri Sembilan - Melaka berikutan sering menonjolkan diri
setiap kali nelayan turun ke sungai untuk menjaring udang galah dan
ikan.
Kejadian disedari seorang nelayan
sungai Zainal Md Ali, 63, kira-kira jam 9.30 pagi ketika menjaring
udang selepas terhidu bau busuk dari tebing sungai sebelum menemui
bangkai buaya tembaga sepanjang tujuh meter.
Menurut Zainal, dia terpandang reptilia
terbabit dipenuhi lumpur lalu mendekatinya sebelum menyedari ia tidak
bergerak dan dipercayai mati tiga hari lalu dalam keadaan dihurung
lalat selain tubuhnya dicarik biawak.
“Kepala buaya berkenaan menghala ke
tebing sungai dan saya lihat seluruh badannya dipenuhi lumpur
dipercayai tidak berupaya bergerak kerana sudah tua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan