KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100525

Melayu di Kelantan pula bunuh diri


Gejala bunuh diri di Malasyia sudah tidak terkawal. Kali ini di Kelantan pula. Di Malaysia purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit jantung.

Sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi.

Artikel Makin ramai orang, remaja 1Malaysia bunuh diri pada pautan berikut. http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

******************************
LELAKI KECEWA MATI TERGANTUNG

Berita Harian 26 Mei 2010

Mangsa luah perasaan kepada rakan melalui SMS kerana isteri minta cerai

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang juga bapa kepada tiga anak, ditemui mati tergantung akibat kecewa dengan tindakan isterinya menuntut cerai di Kampung Limau Kasturi Dua di sini, pagi semalam.

Mangsa berusia 27 tahun, ditemui tergantung dalam tandas bilik tidur rumahnya kira-kira jam jam 11 pagi oleh rakannya, Saiful Nazim Nawang, 21, selepas bergegas ke tempat kejadian apabila mengetahui mangsa tidak keluar dari bilik sejak Khamis lalu. Saiful Nazim berkata, bapa mangsa meminta bantuannya untuk memujuk lelaki terbabit keluar dari bilik kerana kebiasaan hanya dia seorang yang mampu berbuat demikian ekoran hubungan rapat mereka sejak kecil. “Saya memanggilnya berulang kali tetapi tidak dijawab dan ketika mengintai menerusi lubang tingkap di luar bilik tidurnya, saya terdengar bunyi lalat menyebabkan saya mengesyaki sesuatu berlaku.

“Saya memecah tingkap masuk ke dalam bilik dan terjumpa mayatnya tergantung dalam bilik air dalam keadaan sudah berbau,” katanya ketika ditemui, semalam.

Saiful Nazim berkata, kira-kira jam 6 petang Khamis lalu, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada mangsa yang meluahkan kekecewaan kerana isterinya membuat keputusan untuk bercerai.

Beliau berkata, sejurus menerima SMS itu, dia bimbang perkara buruk berlaku dan menghubungi rakannya itu untuk memberi nasihat dan memintanya solat.
Katanya, mangsa tidak keluar dari bilik tidurnya sejak Khamis lalu selepas isterinya bersama tiga anak pulang ke rumah mentuanya di Kampung Limau Kasturi Satu tidak jauh dari situ.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakikecewamatitergantung/Article

Paintbal AMAL 20 Jun 2010 Kuala Pilah


PAINTBALL AMAL 2010
Tarikh : 20 Jun 2010
Hari : Ahad
Tempat : YKSNS Paintball Jungle Park, Kuala Pilah

BUTIRAN PROGRAM
- Yuran penyertaan RM 500 setiap kumpulan
- 1 kumpulan terdiri dari 7 orang
- Permainan kalah mati
- Makanan disediakan

OBJEKTIF PROGAM
- Mengumpul dana pembelian Rumah Perlindungan
- Mendekatkan masyarakat dengan institusi dakwah dan kebajikan
- Membentuk masyarakat yang prihatin, bekerjasama dan sihat

Hubungi :
Ustaz Bukhari Safian 019-2373541
E-mel : maayks@gmail.com , dynamic_bukhari@yahoo.com
Laman web : http://yksn9.blogspot.com/

Pusat Latihan Pembangunan Insan
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
22A, Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-4810092

Borang Penyertaan dan maklumat lanjut di :
http://ykspbjunglepark.blogspot.com/2010/05/blog-post_24.html
http://ykspbjunglepark.blogspot.com/2010/05/blog-post.html

Pusat Jualan HPA Baru di Seremban


PUSAT JUALAN HPA
No.15 , Bangunan PKNNS
Jalan Seremban - Kuala Pilah
Ampangan , 70400 Seremban
(kedai lot tepi)

Waktu Operasi :
Hari : Setiap hari
Masa : 9 pagi ke 5 petang

Hubungi : Ruzaidah / A.Rashid
Tel : 06-7626770

Pelbagai Produk Keluaran HPA
- Produk Penjagaan Kesihatan
- Produk Keperluan Harian
- Pelbagai Makanan Sejuk Beku
- Ayam Organik

Peta lokasi dan gambar Pusat Jualan HPA Bangunan PKNNS di http://usahawann9.blogspot.com/2010/05/pusat-jualan-hpa-baru-di-seremban.html

20100524

Barack Obama dan Islam

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui cerita sebenar

Gejala buang bayi berpunca dari adat perkahwinan


Zaman cinta Romeo dan Juliet atau Uda dan Dara berpantun seloka sudah lama tamat. Zaman Facebook, SMS dan MMS ini kenal-mengenal dengan pantas, bercinta dengan pantas, berkahwin pun serba pantas, tetapi hutang kahwin keliling pinggang, akibatnya pergaduhan sering berlaku antara pasangan kerana masalah kewangan.

Formula mudah menangani gejala buang bayi pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html

***********************
KAHWIN PUN SUSAH
Berita Harian 24 Mei 2010

HARI ini jika sesiapa hendak berkahwin akan berfikir semasak-masaknya daripada soal jodoh, modal dan masa depan. Agak keterlaluan jika kita katakan apa guna berkahwin dan hidup bersama isteri yang dikahwini dengan kos ribuan ringgit tapi tidak dapat menyesuaikan diri dengan kemampuan kewangan untuk hidup berkeluarga.

Zaman cinta Romeo dan Juliet atau Uda dan Dara berpantun seloka sudah lama tamat. Zaman Facebook, SMS dan MMS ini kenal-mengenal dengan pantas, bercinta dengan pantas, berkahwin pun serba pantas, tetapi hutang kahwin keliling pinggang, akibatnya pergaduhan sering berlaku antara pasangan kerana masalah kewangan.

Maka bercerai pun pantas, lalu ramai yang menuding jari kepada segala faktor menjadi punca dan akhirnya institusi perkahwinan menjadi sesuatu yang terlalu formal dan sebagai satu projek dan bukan perkara yang disunatkan dalam Islam dan digalakkan dalam masyarakat timur.

Perkahwinan adalah mulia dan perceraian akibat masalah kewangan bukan perkara yang ganjil, malah itulah faktor utama. Remaja zaman ini yang bercinta seawal usia belasan tahun akan menganggap perkahwinan sebagai destinasi terlalu sempurna dan ingin dizahirkan serba mewah.

Akibatnya perkahwinan yang dibuat tanpa sokongan ibu bapa akan berakhir dengan pasangan pengantin berhutang dulu bersakit membayar kemudian. Hutang kad kredit, hutang kawan, pak cik dan mak cik dan hutang along yang dibuat untuk berkahwin bukan boleh dilangsaikan setahun dua.

Ada yang berhutang sampai bermasam muka dan bermusuh dengan pemberi pinjam. Putus saudara dan sahabat malah putus nyawa akibat berhutang along.

Bila hati ingin kahwin kosnya pula tinggi. Hantaran paling kecil RM6,000, cincin seribu lebih, mas kahwin RM300 di Selangor, belum masuk kenduri menyambut menantu perempuan RM6,000, bunga telur, beg cenderahati, kugiran atau karaoke memeriahkan suasana dan menggugat poket harus difikirkan.

Kos RM20,000 dalam tangan di bandar Kuala Lumpur untuk golongan pertengahan, baru layak bercakap soal kahwin kalau duit tidak cukup jangan mimpi hendak bersalam dengan tok kadi.

Nafsu pula gagal ditenangkan akhirnya perkahwinan jadi angan-angan dan bukan cita-cita. Maka berlakulah maksiat dan asmara yang gagal dibendung. Bagi yang pandai mencegah hamil, maka selamatlah dirinya daripada mengandung.

Sebaiknya masyarakat negara ini tidak kira Melayu, Cina dan India melakukan upacara perkahwinan secara sederhana tanpa kos beribu-ribu ringgit kerana perkahwinan bukan sehari dua tetapi selamanya jika diizinkan Tuhan. Seks bebas menjadi-jadi kerana institusi perkahwinan dijadikan visi yang terlalu jauh hendak dicapai kerana memerlukan kos tinggi.

Sedangkan hubungan luar nikah haram di sisi Islam dan lain agama. Kita perlu menjadikan perkahwinan satu proses kehidupan mudah dan murah, tetapi tinggi nilai agama dan moral. Mungkin ia mampu menjadikan pembuangan bayi lebih minimum dan terus jadi sifar.

ABDUL RAZAK IDRIS,
Kuala Kangsar, Perak.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/e-melanda_Kahwinpunsusah/Article

Lagi cubaan bunuh diri di Terengganu

Gadis 17 tahun ditahan cuba membunuh diri di Kuala Terengganu pada 22 Mei 2010. Sebelum itu pada 6 Mei 2010 seorang lelaki telah membunuh diri juga di Kuala Terengganu kerana hidup susah. Bunuh diri ialah penyebab kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung.

Kisah lelaki Melayu bunuh diri di Terengganu sebab susah di http://waghih.blogspot.com/2010/05/melayu-bunuh-diri-di-terengganu-sebab.html

Kisah semakin ramai rakyat Malaysia bunuh diri di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

**************************
22 Mei 2010
GADIS 17 TAHUN DITAHAN CUBA MEMBUNUH DIRI

KUALA TERENGGANU – Seorang suspek ditahan di tingkat empat sebuah rumah kedai di Jalan Banggol disini semalam, setelah cuba untuk membunuh diri.

Sumber polis Kuala Terengganu memberitahu remaja perempuan berusia 17 tahun itu cuba terjun dari bahagian belakang bangunan tersebut pada kira-kira jam 11.30 malam


(Gambar - suspek yang belum didedahkan identitinya, dibawa turun oleh pihak polis dan bomba dari atas bangunan)

”Gadis tersebut cuba terjun dari tingkat empat bahagian belakang bangunan, dengan bantuan pihak polis dan bomba, dia sempa ditarik dan diselamatkan,”kata sumber itu.

Katanya, suspek berbuat demikian kerana kecewa dalam percintaan dan kini di tahan untuk disoal siasat.

”Kekasih gadis tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan dibalai polis,”kata sumber itu lagi.

Membunuh diri dan Cubaan bunuh diri kerana ‘kecewa’ seolah-olah menjadi satu trend, di negeri Terengganu sejak kebelakangan ini

Pada 18 Mei lalu, dilaporkan, seorang bapa kepada tiga anak yang ‘kecewa’ akibat ditinggalkan keluarganya dari Kampung Pela, Ajil, cuba membunuh diri dengan menjerut lehernya dengan tali nilon.

Sebelum itu, pada 6 Mei, seorang lelaki berusia 41 tahun di Flet Sri Kolam dekat sini telah bertindak membunuh diri dengan menikam dadanya.

Khairudin Wazir Khan dilaporkan bertidak menamatkan hidupnya apabila ‘kecewa’ tidak dapat menahan tekanan kemiskinan kerana kehilangan pekerjaan

Sumber : http://buletinonline.blogspot.com/2010/05/gadis-17-tahun-ditahan-cuba-membunuh.html

Kem Imam Bilal Muda 16 dan 17 Jun Seremban


KEM IMAM & BILAL MUDA 2010

Tarikh : 16 & 17 Jun 2010 (Rabu & Khamis)
Masa : 8 pagi – 5 petang
Tempat : Masjid Kariah Panchor Jaya , Seremban

Yuran : RM 70 (termasuk fail, bahan kursus, makan minum dan sijil)
Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 17 tahun

Hubungi Ustaz Arif 016-3733607 , En Mohd Noor 013-2006840
E-mel infitahtraining@yahoo.com

Daftar sebelum 10 Jun 2010

Aktiviti :
- Kepimpinan melalui solat
- Isu-isu solat berjemaah
- Solat is Simple
- Aplikasi azan dalam kehidupan
- Aksesori Solat

Maklumat lanjut di http://surautamanjasmin.blogspot.com/2010/05/kem-imam-bilal-muda-2010.html

Bengkel Anak Soleh 5 dan 6 Jun Senawang

BENGKEL ASAS FARDU AIN DAN MOTIVASI ANAK SOLEH

Tarikh : 5 dan 6 Jun 2010 ( Sabtu dan Ahad)
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Yuran : RM 95 (termasuk kertas kerja dan makan minum)
Terhad 50 orang peserta sahaja

Hubungi : Ustaz Anas 012-6670927 , Ustazah Maizatul 012-6417664

Anjuran : Pengajian Annas dengan kerjasama Masjid Bandar Baru Senawang

Pengisian Bengkel :
- Pengisian Rohani
- Kembara Mengenal ALLAH
- Qiamullail
- Iman, Islam, Ihsan
- Amali Wuduk dan Kelebihannya
- Solat dan Pengertiannya
- Bacaan Dalam Solat
- Amali Solat
- Klinik Al Fatihah
- Hafalan Surah Lazim dan Doa Pilihan
- Permainan Islami
- Motivasi Anak Soleh Beserta Ibu bapa

20100522

Suami polis belasah isteri polis di Malaysia


Ini kisah bukan di Amerika Syarikat, bukan di Iraq, bukan di Palestin, bukan di Zimbabwe atau Mongolia tapi di Malaysia. Seorang anggota polis wanita yang sarat mengandung tujuh bulan cedera dibelasah suaminya yang juga seorang anggota polis.

Kes sebegini sudah menjadi lumrah sekarang. Bukan keluarga polis sahaja ada kes gaduh suami isteri. Keluarga tentera pun ada belasah suami isteri . Keluarga UMNO pun ada belasah suami isteri. Keluarga PAS pun ada belasah suami isteri. Keluarga PKR pun ada belasah suami isteri. Keluarga Jabatan Agama pun ada belasah suami isteri.

Janganlah nak salahkan sesiapa, kerana masyarakat kita sudah hilang punca. Solat jemaah di masjid dan surau bukan jadi keutamaan. Al Quran dan Hadith bukan jadi panduan. Ulamak yang zuhud bukan jadi rujukan.

Biarkanlah polis melakukan tugas mereka secara professional. Ahli politik , ahli perniagaan dan sebagainya, janganlah guna polis ini untuk kepentingan peribadi dan kuasa. Polis banyak kerja lain nak buat, yang penting sekali mencegah jenayah.

Sama-samalah kita ingat mengingati.

Baca juga kisah Masyarakat perlu bantu polis pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/03/masyarakat-perlu-bantu-polis.html

Makin ramai orang, remaja 1Malaysia bunuh diri pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Apa dah jadi dengan Polis di Seremban ni ? pada pautan berikut
http://amkns.blogspot.com/2009/04/apa-dah-jadi-dengan-polis-di-seremban.html

***********************

SUAMI BELASAH ISTERI SARAT
Harian Metro 22 Mei 2010

Pasangan polis hadapi krisis rumah tangga gaduh di restoran

ALOR SETAR: Seorang anggota polis wanita yang sarat mengandung tujuh bulan cedera dibelasah suaminya yang juga seorang anggota polis dalam satu pergaduhan dipercayai bermotifkan cemburu di Simpang Empat, dekat sini, Isnin lalu. Sumber berkata, pergaduhan itu berlaku apabila mangsa yang berusia lingkungan 20-an terserempak dengan suaminya yang juga anggota pasukan pancaragam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) bersama seorang wanita di sebuah kedai makan di pekan itu. “Mangsa yang berang memarahi suaminya menyebabkan beliau memukulnya bertubi-tubi tanpa belas kasihan.

“Akibat kejadian itu mangsa cedera di beberapa bahagian badan, termasuk muka, tangan dan kaki. Seluar mangsa juga terkoyak di bahagian lutut dipercayai terjatuh ketika mereka bergaduh.

“Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), " katanya di sini, semalam.

Katanya, pasangan suami isteri itu dipercayai tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu berikutan mempunyai masalah rumah tangga dan sering bergaduh.
Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Abdul Ghaffar Rajab ketika dihubungi mengesahkan mangsa membuat laporan polis pada keesokannya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Suamibelasahisterisarat/Article

Dato beli nombor ekor kena cekup ?


Datuk ke Dato yang kena cekup ni ?

Buat demo judi bolasepak, mereka beli judi ekor. Serbu judi laga ayam, mereka beli Sport Toto berlesen tapi tetap haram sampai bila-bila. Melayu yang ketagih judi, sama teruk dengan Melayu ketagih arak, seks, dadah dan rasuah.

Banyakkanlah usaha dakwah kita, seimbangkan dengan usaha siasah.

Sebelum itu baca juga kisah Judi Bolasepak , Hipokritnya kita ? pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/05/judi-bolasepak-hipokritnya-kita.html

***********************

DATUK BELI NOMBOR EKOR KENA CEKUP

Harian Metro 22 Mei 2010

MELAKA: Usianya menjangkau 61 tahun dan layak digelar datuk, tetapi masih meneruskan tabiat buruknya iaitu membeli nombor ekor.

Warga emas terbabit antara tujuh lelaki yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kerana didapati membeli serta berada di dalam premis menjual nombor ekor di bandar ini, petang kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani, berkata semua mereka yang berusia 29 tahun hingga 61 tahun ditahan di lapan premis nombor ekor yang diserbu pihaknya.

“Kebanyakan pesalah syariah yang ditahan itu tidak melawan sebaliknya akur kesalahan dilakukan kecuali seorang lelaki berusia 40-an yang cuba lari ketika diminta pengenalan dirinya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit dicekup Jaim selepas melarikan diri beberapa meter,” katanya di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Datukbelinomborekorkenacekup/Article

Miskinnya rakyat Malaysia, beg sekolah pun kongsi


Susah betul keluarga di bawah ini. Sampaikan anak pergi sekolah pun berkongsi beg. Sudah pasti ramai lagi keluarga di serata Malaysia yang mengalami nasib serupa atau mungkin lebih daif lagi.
Sebelum itu baca juga kisah Kehidupan rakyat 1Malaysia makin susah, tertekan pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/03/kehidupan-rakyat-1malaysia-makin-susah.html

**********************

ANAK KONGSI BEG SEKOLAH

Harian Metro 22 Mei 2010

KUCHING: Ikatan yang dibina atas dasar cinta berakhir dalam keperitan bagi seorang ibu tunggal apabila dia kini bersendirian membesarkan empat anak yang masih kecil selepas ditinggalkan suami sejak dua tahun lalu.

Bagi Kartini Ahmad, 27, dia perlu meneruskan hidup walaupun tanpa suami yang sebelum ini pernah berjanji sehidup semati demi memastikan masa depan anak mereka terbela.

“Dengan gaji RM450 sebulan sebagai pembantu kedai kopi, ia jauh daripada mencukupi untuk kami lima beranak. Tapi apakan daya, semua itu mesti saya harungi kerana tak mahu memperjudikan masa depan anak yang sedang membesar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Midin, Semeriang, di sini, semalam.

Menurut Kartini, dia kini tinggal di sebuah rumah pondok yang dibina bapa tirinya, Yaacob Naraie, 55, di atas tanah milik kerajaan kerana tidak mampu menyewa.

“Sejak suami menghilangkan diri, hidup saya berubah kerana perlu memikul dua tanggungjawab sebagai seorang ayah yang sepatutnya mencari rezeki dan menjaga anak yang masih kecil,” katanya.

“Pendapatan bulanan yang tidak pernah mencukupi, kami lima beranak terpaksa hidup dalam serba kekurangan,” katanya.

Anak sulung Kartini, Mohd Izamri Samadi, 11, dan adiknya, Nor Arina, 9, bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Semerah Padi, di sini, manakala Nor Diana, 5, dan Nor Fiana, 2, dijaga ibunya ketika dia keluar bekerja.

Menurutnya, kerana kesempitan hidup, pakaian sekolah dua anaknya tidak dapat disediakan, malah mereka terpaksa berkongsi beg untuk ke sekolah.

“Kadang-kadang mereka tidak ke sekolah kerana tiada wang belanja, malah yuran sekolah pun saya belum jelaskan lagi,” katanya.

Lebih memeritkan buat Kartini, Nor Diana dan Nor Fiana turut menghidap penyakit asma dan keadaan mereka menjadi lebih teruk ketika demam menyebabkannya terpaksa menyimpan sebahagian daripada pendapatan untuk membeli ubat mereka.

Kartini berharap nasib dirinya diringankan dengan bantuan dalam bentuk tempat tinggal yang lebih selesa supaya anaknya dapat belajar dengan lebih baik.

“Rumah yang kami diami sekarang sering bocor apabila hujan.

“Selagi mampu, saya akan pastikan anak mendapat pendidikan sempurna kerana saya sedar hanya ilmu mampu mengubah nasib kami sekeluarga pada masa depan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Anakkongsibegsekolah/Article

20100520

Judi Bolasepak , Hipokritnya kita ?


Judi adalah haram , samada berlesen atau tidak.

Umat Islam di Malaysia ini yang majoritinya orang Melayu ramai yang ketagih judi , samada yang berlesen atau tidak.

Kenapa semua pihak baik kerajaan , mahupun pembangkang juga NGO dan polis beria-ia untuk menjadi juara membanteras judi bolasepak baik yang berlesen atau tidak ?

Berlesen atau tidak , judi tetap haram. Ramai orang Melayu dah ketagih judi. Kalau musim piala dunia , boleh dikatakan mana-mana tempat kerja , ada saja orang tengah yang buat betting, kalau tak menggunakan sindiket terancang, mereka buat sendiri betting di tempat kerja sesama akan sekerja.

Memang ya, judi perlu dibanteras di kalangan umat Islam. TAK PERLU KELUARKAN LESEN JUDI. Biarlah orang bukan Islam nak anjur judi macamana cara sekalipun asalkan tidak melibatkan orang Islam , tidak ditempat terbuka dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Yang penting sekarang ialah BETAPA KURANGNYA usaha untuk menyelamatkan umat Islam yang tahi judi ini.

Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik edar risalah di kedai ekor kepada umat Islam supaya jauhi najis judi, sayangi keluarga ?

Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik tubuh pusat khidmat kaunseling untuk kaki judi agar mereka tidak ketagih judi ?

Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik melawat isteri-isteri dan anak-anak kaki judi ini yang hidup melarat ?

Ada kita tengok mana-mana pihak mendesak akhbar Melayu tidak menyiarkan iklan dan keputusan judi ?

Cuba tanya diri kita yang ingin menjadi juara membanteras judi bolasepak piala dunia ini baik berlesen atau tidak , hipokritkah kita ?

Jangan kita jadi bahan tertawa kaki-kaki judi Melayu. Pada mereka berlesen atau tidak, mereka akan tetap berjudi, tidak ada siapa yang peduli nasib mereka. Mereka tahu mereka tak akan jadi kaya kerana judi, yang kaya raya ialah taukeh-taukeh, apa boleh buat mereka sudah ketagih.

****************************
GPMS SELANGOR PULA BANTAH LESEN JUDI PIALA DUNIA 2010
PETALING JAYA: Isu pemberian lesen judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 terus mendapat kecaman pelbagai pihak, kali ini Gabungan Pelajar Semenanjung Selangor (GPMS) pula menggesa kerajaan menarik semula lesen judi berkenaan.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/20/mstar_berita/20100519203007&sec=mstar_berita

PDRM AKAN PERANGI HABIS-HABISAN JUDI PIALA DUNIA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal bulan depan di Afrika Selatan.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/20/mstar_berita/20100519194536&sec=mstar_berita

************************
BANTERAS PERJUDIAN INTERNET
SEREMBAN 12 Mei – Kerajaan negeri hari ini melancarkan perang habis-habisan ke atas pengusaha kafe siber yang menjadikan premis mereka sebagai lokasi perjudian Internet.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Motivasi Santai, Selamba, Sempoi 7 Jun Seremban


SEMINAR PECUTAN AKHIR PMR-SPM 2010
Tarikh : 7 Jun 2010 (Isnin)
Tempat : Lecture Theatre I, Kolej MARA, Seremban
Bersama : Abg Badr http://www.badrulsani.com/
Terbuka kepada pelajar tingkatan 3-5
Yuran : RM 25 sahaja (termasuk bahan seminar, makan & sijil)

Kandungan Seminar :
- Kaedah Memanfaatkan Kekuatan dan Kelemahan Diri
- Teknik Bijak , Pelajar Pintar
- Rahsia Brilliant Students

Anjuran : Kelab Remaja ISMA (KRIM)

Hubungi :
Helmi , Pengarah KRIM NS
0192445736
ibnujamil@yahoo.com , anaksemut2003@yahoo.co.uk

Maklumat lanjut dan borang penyertaan seminar di http://krimns.wordpress.com/2010/05/13/program-cuti-sekolah-seminar-pecutan-akhir-pmr-spm-2010/#more-593


PROFIL MOTIVATOR

Ahmad Badrul Sani bin Baharudin dilahirkan pada tanggal 25hb Februari 1983 di Pulau Pinang. Mendapat pendidikan awal di SK Seberang Jaya II dan SMKA Al-Irshad Pulau Pinang, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang.

Beliau mula berkecimpung sebagai motivator sejak berusia 17 tahun selepas menjuarai Pertandingan Syarahan Peringkat Kebangsaan. Berbekalkan secebis pengalaman dan kemahiran, beliau kini berjuang dalam membangunkan modal insan di seluruh negara. Dari melatih pelajar sekolah rendah sehinggalah C.E.O. syarikat terkemuka, Saudara Badrul Sani melakar kecemerlangannya tersendiri dengan memimpin masyarakat dalam menguasai kekuatan minda, motivasi dan seni berbicara.

Beliau juga popular dengan tulisannya yang kini memenuhi rak-rak jualan di kedai-kedai buku utama negara. BIJAK BERBICARA MENCUIT RASA merupakan buku sulungnya yang telah berjasa kepada ribuan pembaca dalam memahami dan mempraktikkan seni bicara yang cemerlang.

Saudara Badrul Sani juga menghasilkan produk-produk ilmiah yang lain seperti e-book, booklet dan VCD yang membimbing semua lapisan masyarakat dalam mencorakkan kejayaan dalam hidup mereka.

Saudara Badrul Sani juga merupakan seorang Professional Member untuk MAPS (Malaysian Association of Professional Speakers) dan pernah dilantik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai jurulatih dalam seni komunikasi dan pidato. Beliau turut dijemput sebagai jurulatih untuk latihan pidato dan forum bagi Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Seremban.

Beliau juga sering diundang untuk mengendalikan majlis raksasa seperti Rapat Umum Selamatkan Gaza di Stadium Malawati Shah Alam dan Stadium Seksyen 15 Bandar baru Bangi. Dan juga memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli korporat di seluruh negara. Antaranya memberikan ceramah kerohanian dan motivasi kepada Pegawai Tadbir Diplomat di INTAN, Bukit Kiara dan berkongsi tips dan panduan bersama para guru, kaunselor dan guru besar daerah Hulu Langat.

Wajah dan cerita beliau juga pernah dipaparkan di dada-dada akhbar.

Dan beliau juga menggunakan kesempatan yang ada untuk mencurahkan khidmat menerusi laman blog dan juga akhbar bagi berkongsi kaedah untuk berjaya dalam pelbagai aspek.

Laman blognya dilawati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Pelajar sekolah rendah, menengah, IPT, sehinggalah ke ahli-ahli korporat dan pegawai tinggi kerajaan.

Walaupun beliau tidak kerap muncul di kaca TV, tapi Saudara Badrul Sani begitu digemari kerana sikapnya yang selamba, santai dan sempoi. Beliau mampu membuatkan audiens ketawa dan kemudiannya menangis. Beliau mampu membuatkan audiens bermotivasi, terinspirasi dan bersemangat untuk berubah. Satu anugerah untuk membangunkan potensi ummah. Sejak Januari 2007 sehingga Oktober 2009 ini, seramai 32,500 orang telah menyertai seminar/program dan menerima sentuhan motivasi beliau tanpa mengira batasan umur, bangsa dan agama!

Terengganu Paling Ramai Penagih Dadah Di Malaysia


Terengganu mencatatkan angka penagih dadah yang tertinggi di Malaysia dengan 10,000 tangkapan dilakukan tahun lepas diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Kisah Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah di http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html

Terengganu Catat Jumlah Penagih Paling Tinggi Di Malaysia

KUALA TERENGGANU, 19 Mei (Bernama)-- Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

"Hasil mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh negara yang diadakan di Bukit Aman awal bulan ini mendapati Terengganu mencatatkan angka penagih dadah yang tertinggi di Malaysia dengan 10,000 tangkapan dilakukan tahun lepas diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

"Angka itu menunjukkan masalah penagihan dadah di negeri ini dalam keadaan yang amat serius dan memerlukan perhatian pihak berkuasa dan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini Rabu.

Katanya, rekod tangkapan pelbagai kesalahan dadah di negeri ini bagi tahun ini dari Januari hingga semalam ialah 3,791 orang, meningkat sebanyak 31 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Malah, katanya jumlah tangkapan pengedar dan pembekal dadah pada tahun ini juga meningkat 11 peratus dengan 97 tangkapan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata analisis dan kajian yang dijalankan oleh polis mendapati, kebanyakan penagih dadah di negeri ini terdiri daripada mereka yang berumur lewat 20-an hingga 40-an dan mereka merupakan penagih tegar yang sukar untuk dipulihkan walaupun pelbagai program pemulihan telah dilakukan.

"Mereka kini menjadikan kawasan di luar bandar terutama di kawasan Felda sebagai pusat baru... termasuk di kawasan segitiga emas iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu."

Beliau berkata akhir-akhir ini polis mendapati semakin banyak heroin bermutu tinggi masuk ke negeri ini dari negara jiran berikutan permintaan yang tinggi.

"Kebanyakan heroin yang masuk ke negeri ini adalah heroin no 4 yang lebih bermutu tinggi berbanding negeri pantai barat yang lebih banyak menggunakan dadah sintetik dan heroin no 3 " katanya

Roslan berkata polis akan menggiatkan operasi bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah daripada berleluasa di negeri ini.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=499503

20100518

Rayuan Rumah Perlindungan Saudara Baru


Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) adalah merupakan NGO yang ditubuhkan pada tahun 2003 dalam usaha membantu saudara baru dan juga golongan yang memerlukan. Untuk tujuan itu YKSNS telah membeli sebuah rumah di Taman Cemerlang, Kuala Pilah yang telah dijadikan rumah perlindungan dan juga tempat menjalankan aktiviti-aktiviti YKSNS.

Sumbangan untuk 1 kaki persegi ialah RM 143.85

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN Akaun Bank Islam 05030010135487

Untuk pertanyaan hubungi
Ustaz Bukhari Safian 019-2373541
E-mel : maayks@gmail.com , dynamic_bukhari@yahoo.com
Laman web : http://yksn9.blogspot.com/
Alamat :
Pengarah Tabung Aset YKSNS
KOMPLEKS TOK MUAR (Rumah Perlindungan)
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
22A, Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-4810092

Maklumat lanjut di http://yksn9.blogspot.com/2010/04/blog-post.html#links

YKSNS juga akan menganjurkan MALAM NUR INSPIRASI YKS 2010 di Kompleks Tok Muar YKSNS pada 24 Julai 2010 pada jam 8 malam hingga 11 malam.

VISI YKSNS : Membina masyarakat yang berkasih saying dan hubungan kemanusiaan yang tinggi

MISI YKSNS : Menjadi pertubuhan yang membangunkan aqidah, pendidikan, ekonomi serta memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat

AKTIVITI & PERKHIDMATAN :
1. Program Modal Insan
2. Urusan Penjagaan Saudara Baru Dalam Tempoh Perlindungan
3. Urusan Penjagaan Anak-Anak Terabai
4. Masalah Sosial Remaja
5. Kelas Pengajian Agama
6. Menyalurkan Bantuan
7. Program Jalinan Ukhuwwah Saudara Kita

GOLONGAN YANG DILINDUNGI :
1. Saudara baru
2. Golongan yang layak menerima zakat
3. Ibu tunggal

20100517

Cina menang di Sibu, bukan Pakatan Rakyat


Tahniah diucapkan kepada orang Cina di Sibu. Kempen pilihanraya yang paling bersih. Tak macam di Semenanjung. Siap kena kejar dengan parang semasa kempen , poster kena cabut, kain rentang di bakar , bergaduh sesama Melayu. Masjid di politikkan.

Bersih sebersihnya kempen pilihanraya di Sibu. Pandai orang Cina. Kemenangan untuk Cina di Sibu. Tak ada repot polis kes gaduh, baling botol, kena tinju dan sebagainya.

Orang Melayu dalam UMNO, PAS, PKR dan PERKASA , kena menuntut ilmu politik dari Cina di Sibu. Macamana boleh berkempen pilihanraya dengan perasaan muhibbah.

Walaupun DAP menang, hakikatnya yang menang ialah rakyat di Sibu. Baik yang Cina , ataupun bukan Cina.

Politik Melayu masih di tahap lompat parti dan bakar jambatan.

Melayu bukannya pandai politik, tapi pak pandir politik. Menang sorak, kampung tergadai.

Analisis politik di Sibu di
http://amkns.blogspot.com/2010/05/cina-menang-di-sibu-bukan-pakatan.html
http://amkns.blogspot.com/2010/05/bn-tak-dengar-cakap-spr-di-sibu-daftar.html

Remaja Melayu bebas minum arak di Seremban

Melayu – Menang Sorak Kampung Tergadai !

Melayu dah Pekak , Buta dan Bisu http://waghih.blogspot.com/2010/05/pandu-bawah-umur-melayu-dah-pekak-buta.html

Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html

ANAK TEGUK ‘AIR SETAN’
Harian Metro 2010/05/14

SEREMBAN: Kebiasaannya ibu bapa bimbang pembabitan anak-anak mereka dalam penagihan dadah, namun keadaan sebaliknya berlaku di Senawang, dekat sini, apabila segelintir remaja dikesan aktif meneguk ‘air setan’.

Ini berikutan, ada di kalangan ibu bapa terbabit menemui beberapa botol arak yang baru digunakan di kawasan rumah tinggal sekitar kawasan perumahan yang dipercayai diminum remaja Islam.

Sebelum ini, aktiviti meminum arak itu tidak berlaku di kawasan berkenaan, tetapi penemuan beberapa botol arak di kawasan perumahan itu meresahkan ramai pihak terutama ibu bapa kerana dikhuatiri kegiatan itu turut membabitkan ahli keluarga mereka.

Malah, kegiatan tidak sihat itu kemungkinan akan terus berleluasa jika tiada tindakan tegas.

Penduduk, Wan Ahmad Arshad, 43, berkata pihaknya menemui lebih 10 botol arak pelbagai jenama berselerak di kawasan rumah tinggal di Taman Tasik Jaya, Senawang, yang dipercayai digunakan segelintir remaja dan belia pada sebelah malam terutama hujung minggu.

Beliau berkata, pihaknya percaya kawasan rumah tinggal itu dijadikan tempat mereka melepak pada malam hari terutama hujung minggu sambil meneguk minuman keras.
Sementara itu, Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharuddin, berkata kegiatan minum arak yang dilakukan remaja dikesan di kebanyakan tempat di Senawang sejak kebelakangan ini.

Katanya, antara lokasi yang sering menjadi tumpuan ialah Taman Komersial Senawang, Taman Cempaka dan Dataran Senawang.

“Tindakan proaktif pihak berkuasa agama perlu bagi memastikan kegiatan ini tidak terus berleluasa kerana kebanyakannya membabitkan belia Melayu,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Khuatiranakteguk__8216_airsetan__8217_/Article

20100516

Buaya buaya menyerang pantai Malaysia ?



Saksikan Video buaya berenang di pantai PD dan Kronologi Kemunculan Buaya di Melaka dan N.Sembilan di http://waghih.blogspot.com/2010/05/video-buaya-sedang-berenang-di-pantai.html

Lagi kisah buaya-buaya kelihatan di pantai-pantai di Malaysia terutama di Melaka dan Negeri Sembilan.

Sebelum ini buaya-buaya telah kelihatan atau didakwa kelihatan di pantai Port Dickson dan Kuala Sungai Baru. Kisah-kisah buaya-buaya yang kelihatan dan di “khabar angin” menyerang pengunjung pantai sebelum ini pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/buaya-di-pantai-melaka-pula.html

Apakah punca buaya-buaya ini semakin berani ke pantai ? Apakah buaya-buaya ini sudah terdesak ? Apakah habitat buaya-buaya ini di sungai dan muara sungai telah diganggu oleh pembangunan manusia yang tidak terancang ?

Siapakah atau agensi manakah yang akan menyiasat dan membongkar rahsia buaya-buaya ini yang sudah mula berani bersantai di pantai-pantai Malaysia sekarang ini ?

*******************************
Pengunjung gempar jumpa buaya
Sinar Harian 16 Mei 2010

MELAKA - Hasrat satu keluarga bergembira sempena hari keluarga tahunan di pantai peranginan Pengkalan Balak tidak kesampaian apabila mereka terserempak dengan dua ekor buaya di pantai berkenaan, petang semalam.

Kejadian mengemparkan itu berlaku jam 2.45 petang, sekali gus membantutkan hasrat keluarga berkenaan yang berasal dari Kampung Umbai, di sini, meneruskan aktiviti dirancang

Salah seorang peserta program berkenaan, Norfadilah Mohd Baroldin, 22, berkata, salah satu buaya yang dilihatnya itu bersaiz dalam anggaran hampir empat meter panjang.

Menurutnya, penemuan mencemaskan itu sempat dirakamkannya menerusi telefon bimbit berkamera miliknya sebelum buaya itu turun semula ke laut.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7695295.asp

20100513

Pandu bawah umur, Melayu dah pekak, buta, bisu


Murid 12 Tahun Maut Apabila Motosikalnya Dirempuh Kereta Di Lipis

KUANTAN, 13 Mei 2010 (Bernama) -- Seorang murid Darjah Enam maut apabila motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di KM 12, Jalan Lipis-Merapoh, Lipis pada Rabu.

Menurut Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, kejadian dilaporkan berlaku pada 6 petang, apabila mangsa Mohammad Soliqim Ab Hamid, 12, dari Kampung Bapong, Kuala Lipis cuba membelok ke kanan jalan tetapi motosikalnya dirempuh sebuah kereta yang datang arah bertentangan.

"Mangsa yang tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu cedera parah di kepala dan badan.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Lipis, tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 8.45 malam Rabu," katanya.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=497862

Kisah-kisah remaja bawah umur memandu tanpa lesen sebelum ini :

Remaja 15 tahun langgar mati warga emas
http://waghih.blogspot.com/2010/05/remaja-15-tahun-langgar-mati-warga-emas.html

Pelajar 13 tahun tiada lesen maut kemalangan
http://waghih.blogspot.com/2010/05/pelajar-13-tahun-tiada-lesen-maut.html

Malaysia dah jadi negara KOBOI
http://waghih.blogspot.com/2010/04/malaysia-dah-jadi-negara-koboi.html

Undang undang bahan ketawa remaja kita
http://waghih.blogspot.com/2010/05/undang-undang-bahan-ketawa-remaja-kita.html

Bersama Kita Bangunkan Surau di N.Sembilan

TABUNG PEMBINAAN SURAU
Taman Matahari Indah dan Senawang Indah 2

Mereka yang ingin turut serta mengambil bahagian dalam saham pembinaan surau ini sila hubungi :
En Kamaruddin Ishak 012-3280446 , Pengerusi
En Md Nordin Abu Bakar 019-6434634 , Setiausaha
En Azizal Sulaiman 019-2800678 , Bendahari

Sumbangan boleh disalurkan melalui :
Nama Akaun : Persatuan Penduduk Taman Matahari Indah dan Senawang Indah 2
No Akaun : 05100-29-00065176-7
Bank : Bank Simpanan Nasional (Cawangan Seremban)

Maklumat lanjut , surat edaran sumbangan, surat kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan pelan surau pada pautan berikut http://masjidsenawang.blogspot.com/2010/05/bersama-kita-bangunkan-surau-di.html

Maklumat pembinaan :
Bilangan penduduk 1000 orang
Anggaran kos RM 160,000.00
Dana terkumpul RM 15,000.00 (setakat 29 Mac 2010)

Khutbah Malapetaka Umat Islam


KHUTBAH
SEMPENA 62 TAHUN PERISTIWA
AN-NAKBAH (MALAPETAKA BESAR PALESTIN)

Bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 62. Peristiwa Nakbah atau ‘Malapetaka besar’ merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’

Maka peristiwa Nakbah merujuk kepada pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari rumah dan kampong halaman mereka lalu mencari perlindungan di wilayah sempadan Syria,. Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini enam puluh satu tahun peristiwa Nakbah berlalu, namun penderitaan yang ditanggung oleh 800,000 pelarian asal kini diwarisi pula oleh tidak kurang 5 juta anak-anak dan cucu-cucu mereka.

Sehubungan itu pihak AQSA SYARIF amat berharap kiranya semua pihak dapat terlibat sama dengan membacakan Khutbah Palestin di semua masjid.

Teks khutbah di
http://masjidsenawang.blogspot.com/2010/05/khutbah-sempena-62-tahun-peristiwa.html

Tawaran Pembelian Kenderaan Akhirat


Macamanalah rupa bentuk kenderaan di akhirat nanti ? Berapa cc ? Berapa saat 0 – 100 km/j ?

Siapa nak beli kenderaan di akhirat ?

TABUNG PEMBELIAN BAS UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

Rumah Kasih Harmoni (RKH) merupakan sebuah rumah kebajikan yang menaungi seramai lebih 60 orang anak-anak yatim, anak fakir miskin, anak ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat dengan misi menyelamatkan iman dan menyempurnakan kasih sayang kepada anak yang telah kehilangan ibu/bapa atau penjaga dan golongan anak-anak asnaf zakat

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah keperluan sebuah kenderaan bagi tujuan pengangkutan anak-anak RKH pergi dan balik dari kelas. Bas ini adalah untuk menggantikan bas yang sedia ada (WY 7778 – keluaran tahun 1970an) yang keadaannya semakin uzur dan tenat.

Untuk tujuan itu pihak RKH membuka peluang kepada semua untuk menyumbang khusus kepada Tabung Pembelian Bas melalui :

Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Kesihatan Malaysia (YKPPM)
1-1, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, 48000, Rawang, Selangor
Tel/ Fax: 03-6733 1759.

Nama akaun : RUMAH KASIH HARMONI:
MAYBANK: 5121- 8313- 4032
CIMB BANK: 1435-0004917-25-8

Jumlah kutipan ke Tabung Pembelian Bas untuk RKH ini akan disiarkan perkembangannya di laman web www.rumahamal.org/tabung_bas.htm.

Tarikh akhir untuk Tabung Pembelian Bas bagi Rumah Kasih Harmoni ditetapkan pada 15 Disember 2010

Keutamaan yang akan diberikan kepada tabung pembelian bas ialah:
Membeli sebuah bas baru/terpakai 40 penumpang yang benilai kurang lebih RM.160,000.00.

Maklumat lanjut hubungi Unit Kewangan YKPPM, Puan Fauziah bt. Che Hashim. No. Hp: 013-2575244 atau e-mel info@ykppm.org.my

Maklumat lanjut di laman web http://www.rumahamal.org/bas.htm.

Kubur pun orang Melayu tak boleh jaga


Ini adalah hakikat Melayu sekarang ini. Memang macam cerita Bangau Oh Bangau.

Nak salahkan orang lain , kita pun sama. Melayu dah malas nak gotong royong bersih surau , bersih kubur. Kalau ada pun , bilangannya terlalu sedikit.

Bangau tak akan di soal siasat di akhirat. Kita pasti akan di soal siasat.

Sebelum kita nak salahkan MB, salahkan Jabatan Agama, salahkan Nazir masjid , salahkan UMNO, salahkan PAS, tanya diri kita sendiri dulu.

MB, Jabatan Agama, Nazir kalau tak buat kerja , mereka jawablah sendiri di akhirat. Kita ?

Selamat Menyambut 13 Mei. Hidup Melayu. Mati ?

Siapalah yang minat kerja bersih kubur, gali kubur, urus jenazah ni ?

Yang penting Mentor , AF, konsert , lompat parti , konsert 12 jam , skor 9A SPM , mengangkasakan Melayu , Melayu glokal , world cup.

******************************
Anjing ‘penunggu’ kubur terbiar
Sinar Harian 13 Mei 2010

TELOK KEMANG – Keadaan Tanah Perkuburan Islam Kariah Telok Kemang yang dipenuhi lalang bukan sahaja menyakitkan mata, malah timbul persoalan sejauh mana usaha untuk membersihkannya.

Bukan saja kelihatan uzur, malah kurangnya pemantauan menyebabkan kadangkala tanah perkuburan itu dicerobohi anjing liar.

Tinjauan Sinar Harian mendapati keadaan semak memenuhi kawasan hampir menenggelamkan kebanyakan kubur yang terdapat di situ, melainkan beberapa kubur masih bersih kerana dijaga ahli keluarga yang sering berziarah.

Kawasan perkuburan Islam Khariah Telok Kemang mempunyai kira-kira 2,000 kubur baru dan lama yang menempatkan jenazah penduduk kampung di seluruh kawasan itu sejak hampir 100 tahun lalu.

Tanah perkuburan itu menjadi tumpuan apabila mana-mana jenazah dari Hospital Port Dickson yang tidak dituntut waris akan dikebumikan di situ.

Tidak terurus

Penggali kubur, Mohd Yusof Abd Jalil, 60, berkata tanah perkuburan di situ seperti dilupakan penduduk termasuk pihak sepa-tutnya bertanggungjawab atas permasalahan ini.

“Kita sedih mengenangkan keadaan tanah perkuburan yang tidak terurus ini. Sehingga kita sukar untuk masuk ke beberapa kawasan kubur. Ada juga kubur yang tidak dapat dikesan keluarga kerana terlalu semak.

“Tanah perkuburan yang terletak betul-betul bersebelahan jalan utama pantai peranginan ini menimbulkan banyak aduan dan cerita buruk daripada pengunjung yang mempersoalkan mengapa tanah perkuburan ini tidak diuruskan dengan baik,” katanya.

Menurutnya, apabila ti-ba waktu hujung minggu, jalan itu akan sesak dan memberi peluang kepada pengunjung memerhatikan kawasan kubur.

“Lokasi kubur ini bukanlah terletak jauh dari kawasan penempatan tetapi hakikatnya ia hanya berada di tepi laluan utama Batu 7 Jalan Pantai Port Dickson.

“Akibat tidak diseleng-gara, ada batu nisan yang sudah tenggelam dalam rimbunan semak-samun dan lalang,” katanya.

Kawasan dicemari najis haiwan

Mohd Yusof berkata, kerosakan pada pintu masuk dan pagar yang roboh pula bukan sekadar menambah kedaifan kawasan itu tetapi menyakitkan hati terutama waris si mati yang bersemadi di situ.

Menurutnya, ia bukan sahaja menyebabkan kawasan perkuburan itu mudah dimasuki anjing liar tetapi dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab.

“Akibatnya kawasan perkuburan itu dikotori dengan pelbagai najis haiwan sehingga mencemarkan kemuliaan tanah perkuburan itu sendiri. Selain itu, terdapat juga kesan tanah di kawasan itu dikorek dan digali anjing,” katanya.

Difahamkan, tanah perkuburan itu merupakan bekas tapak rumah kakitangan jabatan kesihatan dan kini diwakafkan menjadi tanah perkuburan.

Tiada sambutan

Sementara itu, pembersih kawasan kubur, Hamzah Mail, 53, yang secara kebetulan sedang menjalankan kerja pembersihan kubur menyifatkan keadaan kawasan perkuburan ini amat daif dan tidak terurus dengan baik.

“Saya sangat sedih melihat keadaan ini. Saya tidak sanggup membiarkan mereka yang sudah meninggal dunia bersemadi dalam keadaan begini.

“Tugas membersihkan kawasan kubur diletakkan seratus peratus di bahu saya tanpa tinjauan dan pemantauan pihak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, dia bekerja di negeri lain dan tidak menetap di situ sebaliknya pulang sekali sekala.

“Ketika berada di sini, saya akan menjalankan kerja-kerja itu. Saya hendak menolak tanggungjawab membersihkan kubur tetapi tidak ada pula individu sanggup memikul tanggungjawab seperti ini.

“Apabila kerja-kerja gotong royong diadakan amat mengecewakan kerana tidak mendapat sambutan :penduduk kampung dan pihak bertanggungjawab,” katanya.

Hamzah berkata, dia bukan sahaja sedih melihat persekitaran tanah perku-buran itu tetapi bimbang dengan kehadiran binatang berbisa seperti ular.

Sikap acuh tidak acuh

Hamzah berkata, pihak bertanggungjawab bersi-kap acuh tidak acuh terhadap masalah tanah perkuburan itu walaupun ada pihak datang mengadu.

Menurutnya, walaupun ada cadangan untuk mengadakan gotong-royong bagi membersihkan tanah perkuburan itu, pihak berkenaan tidak mengambilnya dengan serius.

“Sehingga ke hari ini, tiada apa-apa tindakan diambil. Sedangkan duit khairat kematian dikutip setiap bulan, tetapi mengapa wang itu tidak digunakan untuk menampung segala pengurusan dan kemudahan di tanah perkuburan ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata, setelah pelbagai usaha meminta pertolongan daripada pihak berkenaan menemui kegagalan dan harapan kini disandarkan kepada Jaba-tan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) supaya dapat melihat isu itu dengan lebih serius.

“Sama ada untuk melakukan kerja pembersihan atau pemantauan di kawasan ini, terpulang kepada pihak berkenaan.

“Di samping itu, kita mencadangkan seseorang ditugaskan menguruskan tanah perkuburan ini sepenuh masa supaya sentiasa bersih serta selesa diziarahi,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, pihaknya memohon mereka yang sudi memberikan bantuan dalam penyediaan peralatan menggali kubur kerana peralatan sedia ada sudah rosak.

“Malah keadaan khemah untuk menggali dan bacaan talkin ke atas jenazah sudah uzur,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7684155.asp

Produk dan Peluang Pekerjaan


Telemarketing, Sales dan Marketing diperlukan seluruh Negeri Sembilan
Berminat Hubungi Bistari Bin Berahim 0192526191

Blockbuster Deal Dari Telekom Malaysia Menawarkan Pemasangan Streamyx Dan Talian Telefon Dengan Kadar Menarik Buat Semua Rakyat Malaysia.

- Tiada Caj Pemasangan
- Tiada Caj Pengaktifan
- Tiada Sewa Bulanan Tel
- Penggunaan Internet Tanpa Had
- Percuma Panggilan Kemana -Mana Talian Tetap Seluruh Malaysia
- Kadar Rata Yang Tetap Panggilan Ke Tel Mudah Alih Serendah 10 Sen Per Minit
- Satu Kadar Internet Dan Panggilan
- Kadar Tetap Setiap Bulan
- Guna Dulu ,Bayar Kemudian
- Register Percuma.

Bagi Yang Berminat Hubungi Bistari Bin Berahim 0192526191 Seluruh Negeri Dalam Malaysia

20100512

Remaja 15 tahun langgar mati warga emas

Masih ingat tahun 2006 , seorang remaja 15 tahun tanpa lesen telah mengakibatkan kematian warga emas 70 tahun di Paroi ? Apa kesudahan kes ini ?

Masih ingat kes tahun 2004, Ketua Balai Polis Paroi berpangkat sarjan telah meninggal dunia akibat tembakan ? Apa kesudahan kes ini ?

Masih ingat tahun 2007 , seorang polis berpangkat Koperal telah di temui mati di Senawang ? Apa kesudahan kes ini ?

Dan masih segar di ingatan, tahun 2009, seorang polis berpangkat Sub Inspektor ditemui mati dengan kesan tembakan di Negeri Sembilan. Apa kesudahan kes ini ?

Melayu memang mudah lupa.

Pandanglah semua pihak , baik polis mahu pun orang awam, mahu pun Mat Rempit, dengan pandangan kasih sayang. Bukannya dengan pandangan kebencian.

Bantulah mereka yang zalim dan dizalimi.

1 dari 10 rakyat Malaysia menghidap sakit mental. Bunuh diri adalah punca kematian kedua tertinggi di Malaysia. Analisis isu masalah mental di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

**********************
Jumaat Ogos 25, 2006
Remaja langgar warga emas

SEREMBAN: Seorang warga emas maut apabila dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Jalan Tuk Dagang, Paroi di sini malam tadi.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/8/25/TERKINI/Mutakhir/Remaja_langgar_warga_emas&sec=mstar_berita

KUALA KLAWANG: Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor ditemui mati dengan kesan tembakan pada dada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, di sini, kelmarin.
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?action=printable&tid=453301

ARKIB : 06/12/2009
Polis mati tertembak diri sendiri
SEREMBAN 5 Dis. - Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh hari ini mengesahkan, kematian seorang anggota polis berpangkat sub inspektor di pejabat cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu semalam adalah akibat tertembak diri sendiri.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

SEREMBAN, Dec 15 (Bernama) -- The officer in charge of the Paroi police station, Sjn Mejar Ismail Mohamad, 50, was found dead with a gunshot wound in the chest in his office this morning.
http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-18248802_ITM

Saturday, October 06, 2007
Kematian koperal ada unsur jenayah
SEREMBAN: Laporan bedah siasat mendapati, kematian anggota polis berpangkat koperal di lorong belakang bangunan kedai di pusat perniagaan Lavender Heights, Senawang, dekat sini, pagi kelmarin, akibat dilanggar sebuah kenderaan.
http://dtecconan-isusemasa.blogspot.com/2007/10/kematian-koperal-ada-unsur-jenayah.html

Policeman found dead
The Star 5 Oct 2007. SEREMBAN: A policeman was found dead behind an uncompleted medical centre at the Lavender Heights Business Centre here.

A security guard making his rounds at 7.45am yesterday found Kpl Armizon Jaafar, 35, who was to be transferred from the state police contingent to the Seremban Two district station.
http://amkns.blogspot.com/2007/10/anggota-polis-dijumpai-mati-di-senawang.html

Adakah polis cukup jaket kalis peluru ?


Ketua Polis Negara menyatakan tiada cukup peruntukan untuk memasang kamera video pada kereta peronda polis ? Cerita lanjut di sini http://waghih.blogspot.com/2010/05/kereta-perisai-atau-kereta-polis-lagi.html

Bagaimana pula dengan jaket kalis peluru (JKP) untuk anggota polis ? Kalau kita perhatikan biasanya polis yang meronda jalan kaki, menggunakan motosikal kapcai atau menggunakan MPV kereta peronda , rasanya tak pernah kita nampak mereka menggunakan jaket kalis peluru.

Hanya anggota polis dari unit tertentu sahaja yang dibekalkan jaket kalis peluru.

Diberitakan sebuah syarikat telah mendapat kontrak RM 82 Juta untuk membekalkan 30,000 jaket kalis peluru untuk Angkatan Tentera Malaysia. Adakah tentera memerlukan sampai 30,000 jaket kalis peluru ?

Sedangkan polis dibekalkan hanya 4,000 jaket kalis peluru. Adakah ianya mencukupi ?

Harga satu JKP ialah antara RM 1,000 ke RM 5,000 bergantung kepada Tahap Perlindungan JKP atau TP JKP.

Makin tinggi TP JKP makin berat dan makin mahal JKP tersebut.

TP I ialah untuk pertahanan dari peluru saiz .22 kaliber
TP IIA ialah untuk pertahanan dari peluru saiz 9mm pada kelajuan 332 m/s
TP II ialah untuk pertahanan dari peluru saiz 9mm pada kelajuan 358 m/s
TP IIIA untuk pertahanan dari peluru saiz 9mm pada kelajuan 427 m/s
TP III untuk pertahanan dari peluru saiz 7.62mm pada kelajuan 838 m/s
TP IV untuk pertahanan dari peluru saiz .30 kaliber pada kelajuan 869 m/s

JKP untuk polis kebiasaannya ialah TP II atau TP IIA dan untuk anggota tentera TP IIIA atau TP III sesuai untuk pertahanan dari AK-47.

Nak tahu lebih lanjut mengenai jaket kalis peluru kena tanya Pensyarah Baju Kebal di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

*********************************


Jaket kalis peluru penting bagi anggota polis

Di Malaysia, isu jaket kalis peluru mula mendapat perhatian apabila dua anggota polis ditembak mati oleh sekumpulan penjenayah dalam serbuan antidadah di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh pada 25 Oktober 2007.

Dua anggota polis yang terbunuh dan dua lagi yang cedera parah dikatakan tidak memakai jaket kalis peluru.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_02.htm

Tuesday, April 20, 2010

Now, upon checking the tender listing in MyProcurement portal, I note that KDI Garment Sdn Bhd has been awarded a contract to supply 30,000 pieces of bullet resistance vest for the army at the costs of RM82 million. (RM 2,733.33 satu)
http://mindnoevil.blogspot.com/2010/04/pakaian-saling-erti-most-favoured.html

Sabtu Oktober 27, 2007
Polis akan dapat 4,000 baju kalis peluru

Dalam kejadian tembakan di Jalan TS2 Taman Suria, Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, Khamis lepas, Lans Koperal J. Jayabalan, 30, dari Ibu Pejabat Polis Daerah
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2007/10/27/TERKINI/Mutakhir/Polis_akan_dapat_4000_baju_kalis_peluru&sec=mstar_berita

Feb 27, 2008
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama)
Pemangku Pengarah Jabatan Logistik PDRM Datuk Mashuri Zainal berkata tahap perlindungan jaket kalis peluru buatan tempatan mesti setara dengan yang diimport bagi menjamin keselamatan pemakainya.

Mahsuri berkata bahawa disebabkan jumlah jaket kalis peluru adalah terhad, ia hanya dikeluarkan kepada pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam operasi mencegah jenayah.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2007/11/16/TERKINI/Mutakhir/Polis_timbang_beli_jaket_kalis_peluru_buatan_tempatan&sec=mstar_berita

Military bulletproof vest IIIA
Regular price: $1,600.00 = RM 5,119.19
Sale price: $1,399.00
http://www.securityprousa.com/minave.html

Body armor light & conceal IIA
Regular price: $550.00 = RM 1,759.72
Sale price: $475.00
http://www.securityprousa.com/bodyarmor.html

Bulletproof Vests Definition Definitions for the Clothing & Textile Industry

Type I This armor protects against .22 caliber
Type IIA This armor protects against 9 mm maximum velocity of 332 m/s
Type II This armor protects against 9 mm maximum velocity of 358 m/s
Type IIIA This armor protects against 9 mm maximum velocity of 427 m/s
Type III This armor protects against 7.62 mm maximum velocity of 838 m/s
Type IV This armor protects against .30 caliber maximum velocity of 869 m/s

http://www.apparelsearch.com/Definitions/Clothing/bulletproof_vests.htm

Keadilan untuk polis yang terbunuh bertugas

Siapa tak kenal Koperal Abdul Majid. Dulu bertugas di Balai Polis Senawang. Seorang yang rajin dalam tugas kemasyarakatan dan gotong royong di Senawang.

Kematian beliau amat mengejutkan dan menyedihkan.

Kereta beliau berlanggar dengan sebuah forklift di kawasan industri di Seremban.

Macamana sebuah forklift boleh berada di atas jalanraya ?

Apa kesudahan kes tersebut ? Adakah pemandu forklift tersebut di dakwa ? Adakah pemilik industri atau pemilik kilang yang menggaji pemandu forklift tersebut di dakwa ? Kilang apa ? Siapa taukeh kilang tersebut ?

Adakah pemilik kilang tersebut meminta maaf kepada pihak polis, didakwa atau memberi pampasan kepada waris ?

Melayu mudah lupa.

Mana UMNO, PKR, PAS dan DAP ketika itu ?

******************************
Fatal crash: Cops looking for Indon forklift driver
The Malay Mail
February 1, 2005

SEREMBAN: An Indonesian forklift driver is being sought by police following the death of a policeman in an accident last Friday.

In the incident at the Oakland commercial square, Abdul Majid Abdul Jalil, 49, was killed when his car crashed into a nine-metre long steel bar that was transported by the forklift.

Surato Misiran, 36, was driving the forklift at the time of the crash about …

http://www.encyclopedia.com/doc/1P2-10406693.html

Yang menembak, kena tembak orang susah

Yang menembak orang Islam, yang kena tembak orang Islam.

Yang menembak dalam kesusahan, yang ditembak pun dalam kesusahan.

Yang laku ialah suratkhabar.

Kepada sesiapa yang sudi membantu, bantulah. Setidak-tidaknya doakanlah agar Malaysia ini kembali aman, pemimpin dan rakyatnya taat semua perintah Allah.


***********************
Koperal Jemain Subi

Syukur kepada Yang Maha Pengampun, sebentar tadi saya dapat bercakap dengan Cikgu Siti Noraniza, isteri kepada Koperal Jemain Subi yang didakwa membunuh Arwah Adik Aminurasyid Amzah.

Saya menyimpan hasrat untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan mencari wang ikat jamin yang berjumlah RM10,000 yang dikenakan oleh Mahkamah dua hari lepas. Saya dimaklumkan oleh isterinya bahawa wang itu telah dilunaskan menggunakan wang simpanan keluarga itu.

Saya berjanji akan menyumbangkan RM3,000 pada petang ini kepada keluarga Koperal Jemain Subi bagi menggantikan sebahagian wang simpanan mereka.

http://kickdefella.wordpress.com/2010/05/12/koperal-jemain-subi/

************************
Student shot by cop moved out of ICU

Aziz, a cook at a canteen at a factory in Senawang said his son was still being fed liquid diet after having undergone surgery in his abdomen.

"My wife has been looking after him ever since. She has taken leave from work till May 22," he said adding that his wife was working as a factory operator.

Aziz said he would have a tough time providing for his family as his wife had to take leave from work and his oldest son, who used to help him at his nasi ayam stall at a night market here, was hospitalised.

"I had borrowed some money from my relatives to make ends meet," said Aziz whose wife Juhaida Che Hasan earns about RM500 a month.

The couple have five other children aged between six and 15.

He said his sister-in-law had been looking after his children while their mother was at hospital.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/11/nation/20100511161910&sec=nation

Us Dzulkarnain Hamzah 27 Mei 2010 Seremban


FORUM PERDANA
Bersama :
Ustaz Dzulkarnain Hamzah ( Kalam Suci Astro Oasis)
Ustaz Nor Azamir bin Alias ( Timbalan Mufti N.Sembilan)

Tarikh : 27 Mei 2010 / Khamis
Masa : 9 malam
Tempat : Tapak bekas Kem Paroi , Seremban

Pengerusi : Ustaz Amran bin Awaluddin (ILIM)

Semua Dijemput Hadir

SEMPENA COOP FEST ZON SELATAN
Tarikh : 27 – 30 Mei 2010 ( Khamis – Ahad )
Masa : 10 pagi – 10 malam
Tempat : Tapak bekas Kem Paroi , Seremban

Anjuran :
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
Tel : 06-7635551
http://www.skm.gov.my/

Taklimat Usahawan 22 Mei 2010 Seremban

Unit Perancang Ekonomi, Negeri Sembilan dengan kerjasama Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) akan mengadakan Taklimat Perbiayaan Usahawan Bumiputera Negeri Sembilan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat : Dewan Theatrette, Wisma Negeri, Seremban

Usahawan baru dan yang ingin mengembangkan lagi perniagaan dijemput hadir.

Bagi siswazah yang mempunyai sijil, diploma dan ijazah (menganggur) juga di jemput hadir.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Encik Mohd Zulazly Bin Samat di talian 06-7659969 (UPEN.NS) dan Cik Noorhazreen Binti Ab Ghani 03-27851412 (PUNB)

Maklumat lanjut di http://www.punb.com.my/index.php?ch=bm_train&pg=bm_train1_perantis

20100511

Fahami dan kenali senjata digunakan PDRM

Ayah saya pernah mewakili Malaysia dalam Sukan SEA di Singapura awal tahun 70an dalam acara menembak. Dia bersama pasukan menembaknya tak silap saya memenangi 5 pingat emas dalam acara menembak.

Tapi dulu atlit Malaysia mewakili negara yang menang pingat emas tak ada dapat ganjaran puluhan ribu atau ratusan ribu ringgit macam sekarang ni. Tapi mereka merasakan satu amanah dan tanggungjawab untuk mewakili negara.

Jadi kalau tanya bab senjata ni, kenalah tanya ayah saya. Saya ni sekadar menang jatuh piring peringkat sekolah je. Itu pun guna SLR 7.62mm, pokak telingo dan sakit bahu guna SLR ni.

Senjata adalah merupakan nyawa kepada anggota tentera dan anggota polis. Setiap anggota tentera dan anggota polis telah dilatih menggunakan senjata mengikut prosedur.

Ingat senang-senang nak tembak orang. Kalau senjata rosak sekali pun , pemilik senjata akan menghadapi lembaga siasatan (Board of Inquiry). Pernah sekali pistol ayah saya rosak semasa kemalangan, dia terpaksa menghadapi lembaga siasatan , walhal dia seorang pegawai dan ianya hanyalah kemalangan yang tak melibatkan kecederaan apatah lagi kematian.

Bukan senang nak tembak target sebenarnya. Apatah lagi target yang sedang bergerak dan diwaktu malam. Pernah saya lihat seseorang menggunakan pistol untuk menembak anjing liar pada jarak 2 meter saja. Rasanya lebih 3 das tembakan, tak kena langsung anjing tersebut. Dan orang tadi adalah orang yang terlatih.

Ayah saya pernah menembak ular yang sedang bergerak pada jarak 5 meter menggunakan pistol Browning atau mungkin HK (dah lupa). Tembakan yang ketiga barulah kena ular tersebut.
Kepada ahli parlimen , wakil rakyat dan ahli politik yang ingin tahu mengenai senjata ini , tanyalah orang berpengalaman terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan media.

Perhatian kepada boss-boss, terutama Pak Menteri , Ayah saya semasa jadi ketua dulu (sekarang dah pencen) , dia akan mempertahankan tindakan anak buah dia. Kalau anak buah dia benar dia akan membela, kalau anak buah dia bersalah , dia pastikan dia akan diadili, bukan dimalukan atau dihina. Bukankah itu apa yang Islam anjurkan ?

Berikut beberapa senjata standard PDRM :

Pistol : Smith & Wesson .38


Pistol : Beretta 92

Pistol : Beretta Px4 Storm Will replace S&W .38 service revolver

Pistol : Glock 19

Pistol : Walther P99 Replaced the S&W .38 service revolver

Submachine gun : Heckler & Koch MP5

Senapang : Colt M16A1

Jangan usik air bawah tanah di Malaysia

Pakar-pakar kata jangan usik air bawah tanah di Malaysia ni. Tapi di Negeri Sembilan , mereka tak nak dengar nasihat pakar-pakar.

Pakar-pakar dah kata bandaraya Bangkok dan Mexico City mukabuminya tenggelam kerana pengambilan air dari bawah tanah yang tidak terkawal.

Pakar-pakar juga kata, kos ambil air bawah tanah adalah lima kali ganda lebih tinggi dari ambil air di permukaan.

Tak tahulah, mungkin orang Negeri Sembilan lagi pakar, dari pakar-pakar tadi agaknya.

*****************************
'LEAVE WATER IN GROUND FOR THE FUTURE'
New Straits Times 11 May 2010

KUALA LUMPUR: Malaysia should protect and properly manage all its surface water supply before resorting to groundwater, a prominent scientist has warned.

Professor Dr Chan Ngai Weng of Universiti Sains Malaysia said better management of rivers, river basins and water catchments could avert a water crisis from hitting the country.


But, he said, proper management must be complemented with sustainable consumption which Malaysians still have a lot to learn from.

"Groundwater should be left to the future generations," he said at a Water Resource Management seminar at the National Institute of Public Administration (Intan) at Bukit Kiara yesterday.

Chan was among the presenters at the first session, themed "Water Resource Management: A Crisis".

At present, 97 per cent of Malaysia's water supply comes from surface resources especially rivers.

"We still have lots of rivers. What we need to do is tell our consumers to start saving (water)," Chan said.

"We should also gazette all our water catchment areas and make recycling water mandatory."

Chan does not have an issue with small scale use of groundwater such as wells in villages. It is projects that tap groundwater on a mega scale that worries him.

"If we start mining groundwater (in a big way), there is no control.

"Even if we have to do it, we must make sure we don't use more than its recharge ability," he said.

Chan explained that the recharge ability is the time it takes the groundwater to replace what was taken out.

He warned that cities like Bangkok and Mexico city were sinking because of extensive over-pumping being carried out in these cities.

Cost-wise, groundwater is also five times more expensive than surface water.

Other speakers in the same session, Irrigation and Drainage Department, Water Resources and Hydrology division director Hanapi Mohamad Noor, Water and Energy Consumer Association secretary-general S. Piarapakaran and Universiti Kebangsaan Malaysia Institute for Environment and Development Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin agreed that it was timely for water management to be streamlined.

All three speakers in the seminar argued that the current framework was "too sectorial".

"Without an integrated water management, policies can't be implemented in a holistic way," Raja Zaharaton said.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/13maja/Article/index_html

****************************
NEGERI SEMBILAN TEROKA SUMBER AIR BAWAH TANAH

24 Mac 2010 SEREMBAN: Negeri Sembilan akan meneroka sumber air bawah tanah bagi menampung keperluan air bersih di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan.

Beliau berkata, sumber air itu diperlukan berikutan bekalan air di permukaan seperti sungai dan empangan semakin terbatas ekoran cuaca panas dan pengurangan taburan hujan di beberapa kawasan tadahan air di negeri ini.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/24/mstar_berita/20100324163950&sec=mstar_berita

***********************
SUMBER AIR BAWAH TANAH

SEREMBAN 24 Mac - Catuan air oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) baru-baru ini telah membawa kepada cadangan untuk mencari sumber air bawah tanah sebagai alternatif baru pada masa depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, satu arahan telah dibuat kepada Sains supaya segera membuat kajian untuk mencari punca air yang terdapat di dalam tanah untuk dipam keluar pada waktu yang diperlukan.

"Ketika ini kita sedang menggali lombong besar untuk dijadikan kolam takungan di Kuala Sawah, Rantau yang berkeluasan 80.9 hektar," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Kalaulah semua macam posmen, aman negara


Kalaulah semua kita , dari pemerintah hingga ke rakyat mempunyai sikap macam posmen ini, pasti aman negara.

*******************
Keluar wang sendiri pasang nombor rumah

Harian Metro 5 Mei 2010

KUALA KANGSAR: Seorang posmen layak digelar pekerja paling komited ketika bertugas kerana dia bukan saja memenuhi skop kerjanya dengan menghantar surat dari rumah ke rumah sebaliknya sanggup mengeluarkan wang sendiri bagi membuat nombor pendaftaran untuk setiap rumah di kawasan tugasannya.

Bagi Mohamad Kalib Awang, 50, usaha murni itu dilakukan bagi memudahkannya menghantar surat milik penduduk tanpa sebarang kerumitan dan kelewatan kerana kebanyakan kediaman penduduk di Kampung Ngok Beluru dan Kampung Ribu berdekatan Beluru, di sini, tiada nombor pendaftaran rumah.

Kebiasaannya, setiap sampul surat tertera alamat sebuah rumah dan apa yang menjadi masalah ialah posmen sukar mencari rumah pemilik surat dengan tepat kerana pemilik gagal menampal atau melekatkan nombor rumah mereka.

Mohamad Kalib berkata, sejak dua minggu lalu, dia sudah menyiapkan kira-kira 20 nombor pendaftaran rumah milik penduduk kampung dan akan melengkapkan 20 lagi rumah di kawasan sama dalam masa terdekat.


Katanya, dia mengeluarkan wang poket RM50 bagi membeli peralatan membuat nombor pendaftaran rumah itu seperti kad manila membuat ruangan nombor, tin semburan cat dan pelekat nombor untuk ditampalkan pada petak ruangan yang disembur.

"Saya akan menyembur cat hitam pada satu ruangan petak pada dinding luar rumah penduduk sebelum menampal pelekat nombor pendaftaran tertentu yang berwarna putih bagi mewakili setiap rumah," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, dia sudah bertugas dengan Pos Malaysia Bhd selama 19 tahun dan masalah ketiadaan nombor pendaftaran rumah sentiasa berlaku terutama di kawasan pedalaman.

Mohamad Kalib berkata, kadangkala, dia juga pernah dimarah penduduk kerana kelewatan surat yang dihantar disebabkan nombor pendaftaran rumah yang tidak lengkap. Menurutnya, jika posmen tidak berjaya menghantar surat ke alamat yang tepat, surat berkenaan dikembalikan ke pejabat pos terdekat dan tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk.

Katanya, dia menyedari tugas membuat nombor pendaftaran rumah itu bukan tanggungjawabnya, sebaliknya berharap ia memudahkan posmen yang ditugaskan di kawasan itu menjalankan tugas tanpa masalah.

Sementara itu, Ketua Kampung Beluru, Mior Taha Shaharim, 65, berkata sikap bertanggungjawab seperti ditunjukkan Mohamad Kalib harus dipuji dan boleh dijadikan contoh baik kepada masyarakat.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keluarwangsendiripasangnomborrumah/Article

SEMINAR HARI IBU & GURU

SEMINAR HARI IBU & GURU
TARIKH : 16 Mei 2010 (Ahad)
TEMPAT : PASTI Al-Ikhwan , Taman Paroi Jaya, Seremban
MASA : 8 pg – 12 t/hari
Yuran Penyertaan RM5
Muslimat dijemput hadir

Ceramah 1 : “Ke Arah Pembentukan Keluarga Sakinah Baiti Jannati”
Oleh :
Ustazah Ummi Badariah bt Hamdan
Ustazah Hjh Jamilah bt Shamsudin

Ceramah 2 : “Cabaran Mendidik Anak Masa Kini,
Peranan Wanita Sebagai Ibu & Guru”

Hubungi pasti.alikhwan@gmail.com atau Cikgu Suriyaton 016-3734077