KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110915

Pengorbanan TUDM, prihatinkah kerajaan kita?



Tahun 1960an dan 1970an adalah kemuncak Angkatan Tentera Malaysia menjalankan operasi membanteras pengganas komunis. TUDM memainkan peranan yang penting untuk memberi bantuan udara kepada anggota Tentera Darat. Pesawat seperti Allouette, Nuri, Caribou, Dart Herald, Tebuan adalah menjadi nadi kepada TUDM ketika itu dan amat banyak berjasa kepada negara. Saya sendiri pernah menaiki pesawat Dart Herald di awal tahun 1970an.

Diakui juruterbang TUDM begitu cekap untuk mengharungi sebarang keadaan cuaca dan sebarang permukaan landasan.

Lapangan Terbang TUDM di Sungai Besi hanya akan menjadi sebutan sejarah kerana ianya akan dibangunkan untuk tujuan komersial. Apa akan jadi kepada Muzium TUDM di Sungai Besi yang kurang dikunjungi rakyat Malaysia, tiada siapa yang tahu akan nasibnya.

Dengan penjualan Lapangan Terbang TUDM Sg Besi yang penuh bersejarah itu , sepatutnya didirikan sebuah Muzium TUDM yang lebih hebat lagi dari Muzium Tentera Darat yang terdapat di Port Dickson untuk tatapan generasi akan datang, agar mereka dapat menghargai perjuangan anak bangsa dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Terdapat beberapa blog yang begitu menarik, lebih menarik lagi dari laman web TUDM yang memaparkan sejarah dan perkembangan terkini TUDM. Antaranya ialah Blog bekas juruterbang Nuri di http://xnuripilot.blogspot.com/ , bekas anggota Allouette http://xgunship.blogspot.com/ dan blog http://malfly.blogspot.com/ . Blog-blog seperti ini seharusnya diberi pengiktirafan yang sewajarnya kerana mereka memaparkan sejarah aviasi negara tanpa mengharapkan sebarang upah wang ringgit, tetapi untuk tatapan anak bangsa.

Blog http://malfly.blogspot.com/ melahirkan rasa sedih yang teramat sangat apabila pesawat Dart Herald yang dulunya milik TUDM yang kini berada di England akan dilupuskan. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan pesawat Dart Herald ini yang telah banyak berjasa dalam penentangan terhadap pengganas komunis.

Kalau nak hargai para pejuang negara, hargai semua, jangan setakat Bukit Kepong saja.



Kisah Good Bye Dart Herald: There Goes Our Very Own Flying Heritage di http://malfly.blogspot.com/2011/09/good-bye-dart-herald-there-goes-our.html

2 ulasan:

HAFIZAL berkata...

habis tanah malaysia kena gadai

Tanpa Nama berkata...

Harap Kerajaan Malaysia di bawah PM Najib jangan lah menganak-tirikan anggota2 tentera sejak zaman darurat yang menentang pengganas2 Komunis sehinggalah ancaman itu reda; jangan hanya mengenang jasa anggota polis sahaja....

Bekas anggota2 Komunis PKM yang zalim menentang anggota2 keselamatan dahulu pun di 'bayar' dengan harta di Selatan Thailand; cuba lihat (lawat) blog mereka:

http://matamin02.blogspot.com/search/label/Kampung%20Perdamian