FREE MARKET – Kumpul dan Agih , Sama
Merasa
Muslimat Rembau akan mengadakan Program
Free Market iaitu edaran barang-barang terpakai kegunaan harian yang
masih elok kepada golongan yang memerlukan sekitar Senawang pada 21
November 2015 secara percuma.
Untuk menjayakan program ini, orang
ramai yang mempunyai barangan keperluan harian yang terpakai yang
masih elok, berfungsi, tidak cacat dan sebagainya seperti kasut, beg
tangan, telekung, sejadah, rehal, Al Quran, majalah ilmiah, bahan
bacaan ilmiah, pinggan, gelas, periuk, sudu, cawan, seterika, kipas
angin, radio, televisyen, basikal dan sebagainya bolehlah menghantar
ke pihak penganjur sebelum 20 November 2015.
Pastikan barangan terpakai tadi dalam
keadaan baik, tidak kotor, bersih, bukan barangan yang hendak
dibuang.
Mereka yang ingin menjayakan program
ini sila hubungi Puan Rusilah 0193572101.
Pusat pengumpulan barangan terpakai ini
ialah di No 6, Jalan Ros Merah 5, Taman Kobena, Senawang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan