Lepas ni ramailah ibu bapa akan hantar anak sekolah di
kampung, terutamanya di Rembau. Kenapa? Adakah sekolah di bandar banyak masalah
sosial? Ibu bapa di bandar macam-macam ragam dengan guru? Nazir terlalu kerap
memantau sekolah bandar? Bilangan murid terlalu padat untuk setiap kelas di
bandar?
**********************
1,806 calon NS peroleh 5A, 7A
SEREMBAN 17 Nov. 2015 - Seramai 1,806 orang atau 10.5
peratus calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi semua
jenis sekolah di Negeri Sembilan memperoleh keputusan penuh 5A atau 7A
sebagaimana yang diumumkan pada hari ini.
Dalam pencapaian peringkat daerah pula, menunjukkan daerah
Rembau, Gred Purata terbaik apabila memperoleh 2.05 berbanding 2.10 pada tahun
lalu.
Sementara itu 10 sekolah yang mencapai keputusan cemerlang
di Negeri Sembilan adalah SMK Batu Kikir (Model Khas - ada penempatan pelajar
sekolah rendah di SMK ini); SK Pulapah (Jempol); SK Kampung Batu (Rembau); SK
Seremban 2A; SJK(C) Kg. Baru Gedok; SK Kuala Kepis; SK Puteri; SK Rembang
Panas; SJK(T) Ladang Sungai Kelamah dan SK Sungai Dua Kuala Pilah.
1 ulasan:
Tak ada yang tahu bagaimana markah diproses. pemeriksa hantar kertas yang diperiksa. Tak tahu bagaimana grading dilakukan.Samada diketegorikan luar Bandar dan Bandar.Adakah lojik seperti diumumkan Terengganu boleh mengalahkan KL Penang Melaka/?
Catat Ulasan