KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151111

Mana saya nak cari duit bayar denda



Sesiapa yang terjumpa kad pengenalan Sdr Adli Isham harap dapat hubungi beliau 019-6255349 , jika tidak sama-samalah kita bantu saudara kita ini yang terpaksa buat beberapa kerja untuk menampung kos rawatan anaknya yang tersayang, kerana terpaksa membayar sebanyak RM1,000 denda untuk buat kad pengenalan baru. Siapa yang hendak membantu saudara kita ini boleh hubungi terus beliau atau hubungi saya 0122267406 (Rozmal)

'Mana saya nak cari duit bayar denda'
11 November 2015


SEREMBAN - "Saya pun tak tahu macamana nak cari duit bayar denda ni," kata Adli Isham Abas, 36, yang bingung memikirkan cara untuk mendapatkan wang untuk dibayar kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bapa kepada seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) itu bukan saja kehilangan dompet, sebaliknya lebih meresahkan apabila kerana terpaksa menyediakan RM1,000 untuk membayar denda bagi membuat kad pengenalan baharu kerana sudah lebih tiga kali hilang.

"Tolonglah, siapa jumpa kad pengenalan saya, isteri dan anak harap dapat pulangkan," katanya.

Menceritakan kejadian minggu lalu, Adli Isham berkata, dia percaya dompet yang diletakkan di dalam beg pinggangnya tercicir ketika di kawasan letak kereta di Kemayan Square di sini.

“Saya hanya sedar dompet saya hilang ketika mahu mengisi minyak di Jalan Tuanku Antah.

“Saya periksa dalam kereta pun, tak ada. Jadi saya pergi semula ke kawasan tempat saya parkir sebelum itu, tapi malangnya tak jumpa apa-apa pun,” katanya.

Selain kad pengenalan, katanya, di dalam dompetnya itu terdapat pelbagai dokumen penting lain seperti kad OKU anaknya, kad kahwin, kad bank dan wang tunai RM2,500.

Menurutnya, disebabkan dia tiada kad pengenalan, ia menyukarkannya berurusan untuk menyelesaikan masalah lain.

“Saya pun baru saja mula bekerja selepas kesihatan anak saya makin pulih. Tapi sedihnya tiba-tiba jadi macam ini pula.

“Nak buat kad pengenalan baru, saya kena bayar denda RM1,000 dulu. Sudahlah cukai jalan kereta saya nak tamat tempoh bulan ini, manalah saya nak cari duit,” katanya ketika hadir ke pejabat Sinar Harian di sini, semalam.

Sehubungan itu, Adli Isham amat berharap agar ada individu berhati mulia menjumpai dompetnya supaya dapat memulangkannya.

“Kepada sesiapa jumpa dompet saya atau kad pengenalan dan dokumen saya yang lain, harap dapat hubungi saya di talian 019-6255349,” katanya.

Tiada ulasan: