Saya amat bersetuju dengan langkah ini
kerana terlalu ramai diluar sana, keluarga-keluarga miskin yang
menunggu giliran untuk masuk ke PPR.
Penghuni PPR liat bayar sewa bakal
diusir
22 Nov 2015
Penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR)
di seluruh negara yang masih liat membayar sewa bakal berdepan
tindakan pengusiran selepas Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam
Negara dibentuk pada tahun depan.
Perbadanan yang diwujudkan bagi
menggantikan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu telah
diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ogos
lalu dan perinciannya akan dibentang kepada Kabinet tidak lama lagi.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata,
perbadanan tersebut ditubuh khusus bagi mengurus dan menyelenggara
lebih 100,000 unit PPR di seluruh negara termasuk berkaitan dengan
bayaran sewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan