Pantau tiga taman di Senawang. Kejadian cubaan samun di
sekitar Senawang, kelmarin menjadi viral di facebook.
20 November 2015
SEREMBAN – Tiga taman di Senawang iaitu Taman Matahari
Indah, Taman Senawang Indah dan Taman Bandar Senawang akan dipantau berikutan
berlaku cubaan samun sekumpulan lelaki terhadap seorang penduduk di sini,
kelmarin.
Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun
berkata, polis akan membuat rondaan dan pemantauan di kawasan berkenaan bagi
mengelak kejadian jenayah berlaku.
"Tiada laporan polis dibuat tetapi kita telah dapatkan
cerita sebenar daripada mangsa dan kejadian mungkin berulang.
"Apapun kita akan pantau berdasarkan apa yang dikatakan
terutama di kawasan disebutkan mangsa," katanya di sini, semalam.
Kelmarin, dalam laman sosial facebook milik seorang penduduk
mendakwa, dia melihat sebuah Toyota Corolla berwarna putih yang dinaiki empat
lelaki berhenti di depan rumahnya, lebih kurang jam 7 pagi.
Salah seorang lelaki keluar dari kereta berkenaan dengan memegang
besi paip atau parang.
Bagaimanapun, lelaki tersebut melarikan diri apabila melihat
mangsa sedang memegang cangkul.
Susulan kejadian itu, mangsa meminta semua penduduk di Taman
Matahari Indah, Taman Bandar Senawang dan Taman Senawang Indah agar sentiasa
berhati-hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan