Ramai juga yang tanya saya macamana nak selesai pinjaman Ah
Long. Terus terang saya katakan, saya dan rakan-rakan tidak dapat hendak
membantu mereka untuk menyelesaikan pinjaman mereka. Apa yang kami boleh bantu
ialah sekiranya mereka tiada bekalan makanan, perlukan perbelanjaan
pengangkutan untuk mendapatkan rawatan, sedikit bil api air tertunggak, bayar
yuran sekolah anak dan sebagainya bolehlah kita pakat-pakat dengan kawan-kawan
kumpul duit.
Ada yang mengadu dia cuma pinjam Ah Long RM7,000 , tapi
bunga saja setiap bulan RM500, kalau nak selesai bayar pinjaman Ah Long perlu
bayar setiap bulan pokok RM800, tanpa ada lewat atau tertangguh. Sekiranya dia
tak bayar pokok RM800 secara tetap setiap bulan, selamanya dia akan bayar RM500
setiap bulan, sehinggalah dia dapat bayar pokok RM800 secara tetap setiap
bulan.
Saudara mara, rakan taulan, jiran tetangga memang susah kita
nak minta pinjaman atau beri pinjaman. Siapa yang ada buat pinjaman pada orang
lain, pandai-pandailah mengurus kewangan. Bersyukurlah sekiranya ada yang
membantu kita beri pinjaman, jangan ambil kesempatan atas bantuan orang lain,
kerana mereka yang meminjam dari Ah Long sudah terjebak dalam beban hutang yang
bertimpa-timpa, tiada kesudahan.
Tolonglah rakan-rakan, teman-teman, saudara-saudara,
jiran-jiran tak kira apa bangsa di luar sana, tolong, tolong jangan buat
pinjaman Ah Long. Kalau ada tanah, ada kereta, ada motosikal dan sebagainya
lebih baik jual dari buat pinjaman Ah Long. Lebih baik minta sedekah dari buat
pinjaman Ah Long.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan