KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151113

YAPEIM perlu contohi MAINS



Kecoh isu YAPEIM sekarang. Media sosial telah melakukan penghakiman ke atas YAPEIM sebelum YAPEIM sempat memberi penjelasan, sebelum sempat mana-mana agensi berkaitan menyiasat. Orangramai telah mula membuat permohonan memberhentikan potongan gaji bulanan.

Dalam dunia media sosial sekarang, peranan setiap agensi menguasai media sosial adalah penting. Pada saya MAINS atau Majlis Agama Islam Negeri Sembilan adalah antara agensi yang terbaik menyebarkan maklumat aktiviti mereka dari masa ke semasa, untuk meyakinkan umat Islam bahawa mereka melaksanakan amanah mereka sebaik mungkin.

Mana-mana agensi pasti ada kelemahan mereka walau sebaik mana mereka. Mereka tidak boleh lagi bergantung kepada akhbar perdana atau berita perdana untuk mempromosi aktiviti mereka. Mereka perlu menguasai media sosial dengan cara yang kos efektif. 


Tiada ulasan: