OKU bukan cacat, mereka ialah Orang Kelainan Upaya. Mereka
ada kelebihan tertentu jika digilap.
InsyaAllah, esok 1 Disember 2015 kami akan membantu seorang
pemuda dari Kg Seberang Batu Hampar Hilir yang pekak dan bisu untuk menjalani
latihan gunting rambut di gerai berhampiran Masjid Jamek Pekan Rembau.
Ibu dan ayah pemuda 23 tahun ini telah meninggal dunia. Dia
kini dijaga oleh pakciknya yang mempunyai penyakit kencing manis di mana
sebahagian anggota kakinya telah dipotong. Pakciknya mempunyai pencen sekadar
cukup untuk belanja perubatan dan duit makan mereka.
Kami bercadang untuk mencari penaja dengan memberi elaun
latihan sebanyak RM180 sebulan.
Mereka yang ingin menaja pemuda ini sila hubungi saya
0122267406 (Rozmal)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan