Saya dihubungi oleh satu keluarga di Johor Bharu, yang kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pendapatan bulanan tidak cukup untuk
menampung keperluan keluarga, walaupun isteri membantu menambah pendapatan
belanja dapur, dengan sewa rumah, duit motosikal, perubatan anak ulang alik ke
hospital dan sebagainya, itu pun masih ada perbelanjaan keperluan yang
tertunggak atau tertangguh.
Baru-baru ini, satu-satunya kenderaan iaitu motosikal yang
digunakan untuk mencari rezeki telah ditarik kerana tunggakan bayaran sekitar
RM700 untuk 5 bulan. Tidak pasti lagi berapa perlu bayar untuk ambil semula
motosikal ini.
Untuk guna basikal di bandaraya besar, adalah tidak sesuai
dengan pekerjaannya.
Kepada mereka yang ingin membantu keluarga ini sila hubungi
saya 0122267406 (Rozmal)
“Luaskan Kuasamu”
- Beraja ke Johor, Bertali ke Siak, Bertuan ke Minangkabau -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan