Pembukaan Pusat Pengumpulan Barangan Bantuan Mangsa Banjir
Jabatan Amal Rembau akan membuka Pusat Pengumpulan Barangan
Bantuan Mangsa Banjir di Pusat Aduan Rakyat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya,
Senawang bermula Sabtu, 28 November 2015. Waktu pengumpulan ialah dari jam 5
petang hingga jam 11 malam pada setiap hari.
Hanya barangan yang disenarai ini yang diterima untuk
mengelakkan lambakan barangan yang tidak perlu serta memudahkan pengurusan,
iaitu :
1. Makanan dalam tin
2. Biskut dalam tin
3. Lampin pakai buang bayi/dewasa
4. Tuala pakai buang wanita
5. T shirt dewasa sahaja yang tidak lusuh, bersih dan
dilipat kemas
6. Kain pelikat/batik yang tidak lusuh, bersih dan dilipat
kemas.
Untuk penghantaran sumbangan sila hubungi :
Zul 0173072965
Mislim 01118741156
Tiada ulasan:
Catat Ulasan