KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100423

Malaysia dah jadi negara KOBOI



Bawa motosikal tanpa lesen DAH TAK TERKAWAL

Kerajaan, Polis, JPJ, ibu bapa dah hilang punca. Remaja, pelajar sekolah termasuk pelajar sekolah rendah bawa motosikal dah terkawal lagi dah. Malaysia dah jadi negara tanpa undang-undang. Budak sekolah rendah lagi dah diajar ibu bapa melanggar peraturan jalanraya.

Malaysia dah jadi negara KOBOI.

Artikel sebelum ini :
Ibu bapa sekarang tak kisah anak melepak http://waghih.blogspot.com/2010/04/ibu-bapa-sekarang-tak-kisah-anak.html
Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html

***************************



Cegah budaya biar anak naik motosikal tanpa lesen
Berita Harian 23 April 2010

SEKARANG banyak kanak-kanak bawah umur tanpa lesen motosikal menggunakannya dengan bebas tanpa tindakan undang-undang tegas pihak polis trafik. Budaya ini patut dicegah dengan tegas kerana inilah salah satu punca berlaku masalah mat rempit.

Sejak kecil kanak-kanak sudah terdedah menggunakan motosikal seperti koboi yakni tanpa kemahiran dan pengetahuan undang-undang yang akhirnya membawa bahaya bukan saja kepada diri sendiri malah orang ramai. Kerana ingin menunjuk handal pada orang ramai terutama kawan-kawan akhirnya mereka sendiri yang kemalangan.

Taman perumahan dan juga kampung sudah meluas dengan budaya pengguna motosikal tanpa lesen dan bawah umur. Ibu bapa yang membiarkan kunci motosikal mereka diambil untuk diguna oleh anak-anak bawah umur ini patut didenda, kerana jika negara kita asyik memikirkan soal bagaimana nak tegakkan undang-undang pada kanak-kanak bawah umur, maka alasan seperti ini tidak boleh diterima.

Ibu bapa atau penjaga yang abai tanggungjawab patut didenda berat kerana menyebabkan budaya bahaya ini meluas.

MANGSA PENUNGGANG BAWAH UMUR,
Seremban.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cegahbudayabiaranaknaikmotosikaltanpalesen/Article

Ibu Bapa Perlu Lebih Tegas Terhadap Anak-Anak Yang Tiada Lesen Memandu

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada Khamis menggesa ibu bapa agar bersikap lebih tegas terhadap anak-anak mereka yang gemar memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa lesen.

Pengarahnya Datuk Suret Singh berkata berdasarkan statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), angka mereka yang berbuat demikian adalah tinggi dan ianya membimbangkan.

Statistik Ops Penyamaran oleh JPJ tahun lepas menunjukkan 41 peratus daripada 2,186 pemandu didapati tidak mempunyai lesen dan kebanyakannya berumur antara 16 dan 25 tahun.

"Angka ini tidak boleh diambil sebagai perkara remeh. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka ada lesen untuk memandu sebelum menggalakkan mereka membawa motosikal atau kereta," katanya kepada pemberita di sini.

Ketiadaan lesen memandu itu katanya menunjukkan seseorang tidak mempunyai latihan yang cukup daripada segi undang-undang jalan raya.

"Latihan dan pengalaman yang tidak cukup ini akan memudahkan mereka mengalami keadaan panik sekiranya terbabit dalam kemalangan jalan raya dan paling penting, tiada tuntutan kemalangan jalan raya bagi mereka," katanya.

Bagi menangani isu pemandu tanpa lesen ini, JKJR katanya akan melaksanakan beberapa langkah termasuk mengadakan kempen dan mesyuarat bersama pihak sekolah dan ibu bapa bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan lesen memandu.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=494432


2010/04/29
KUALA LUMPUR: The parents are sound asleep unaware that their teenage son has sneaked out of the house with the family car.


Joyriding children are becoming a common sight on the road.

The parents are rudely awakened at 3am by police with news of their worst nightmare -- their son has been involved in a serious accident.

This scenario is often played out in families with teenagers who are yearning to drive but are too young to have a licence.

Several parents shared with the New Straits Times their stories with the hope that other parents would be aware of the problem.

- Mother of four, Siti Hasbiah Ali, 45, gave her eldest son an earful for taking to the wheel without a licence.

She remembered clearly an incident a decade ago when her son, Yus Adi Azlee, then 16, wrecked her car after it skidded on a wet road and crashed into a ditch at Jalan Damansara.

"I lost my temper when he called to say that he had met with an accident. But he regretted driving the car without my permission and he has not done so since then. The accident taught him a valuable lesson."

But Hasbiah's headache did not stop there.

Her second son, Yus Izzat, one day complained that their neighbour spotted him driving his mother's car and ordered him to go home.

"I simply told him 'serves you right' before taking away the keys," she said adding that she used to hide all the car keys from her children but they somehow managed to find them.

- S. Shamalan from Paroi Jaya, recalled an incident about 10 years ago when his 16-year-old son sneaked out with his car and was involved in an accident with a police officer.

"He was arrested and taken to the police station. Two officers knocked on my door at 2.30am and told me what had happened. I was shocked. It was a nightmare," he said.

At that time, he said he couldn't help but think of the other possibilities which could have struck his son.

"I was really angry on the way to the police station but when I saw him safe, I mellowed," he said, adding that fortunately it was only a minor accident.



But the accident made a big hole in his pocket to repair both cars.

After a long chat with his son the next morning, Shamalan, 60, found out that the teenager had sneaked out many times before.

"He tried to justify his actions, saying he only drove around the housing area. But for my wife and I, it was still unacceptable. I often read about accidents, murders, car-jackings and I don't want similar things to happen to my son."

- For Nazleen Musa, 46, the rules are simple: no lessons, no licence, no driving. Fortunately her three children obeyed these rules.

"My husband and I put our foot down and made it very clear to our children that no one was allowed to drive without proper training and a licence," said the housewife from Taman Tun Dr Ismail.

She said the rule also applied to riding bicycles, especially when her children go on busy roads without proper safety gear.

There was one time, however, when her son Iqbal dozed off while driving and crashed the family car into a pillar in a tunnel.

"I was not angry at him for meeting with an accident because accidents do happen. But I was angry with him for lying to himself and me by thinking that he could drive although he was extremely tired."

- Publications executive, T. Saraswathy, 46, is confident that her 18-year-old daughter, who is about to get her licence soon, would not drive unless she was accompanied by an adult.

"Every parent should set certain conditions and I feel that we should reward them if they follow our instructions."

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/29mom/Article/index_html

20100422

Kolej UPM pula disambar petir

Sila dapatkan langkah keselamatan ketika kilat dan ribut petir di http://waghih.blogspot.com/2010/04/langkah-keselamatan-ketika-kilat-serta.html

Bangunan Kolej 11 UPM, Terbakar Disambar Petir
April 18, 2010

Guruh yang diselangi dengan kilat kemudian diikuti dengan hujan pada hari ini, menyebabkan sebuah kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia, terbakar akibat disambar kilat petang tadi. Sebahagian kecil bangunan Kolej 11 UPM, itu terbakar sebaik sahaja disambar petir, menyebabkan penghuni kolej keluar untuk menyelamatkan diri.

Tindakan pantas pihak bomba telah berjaya memadam kebakaran tersebut daripada merebak. Difahamkan, kebakaran berulang buat kali kedua, setelah pihak bomba selesai dan balik daripada tempat kejadian. Situasi tersebut menyebabkan warga siswi yang menghuni bangunan terbabit bertindak keluar dan menyelamatkan diri. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian masih tidak dapat dikenalpasti.

Walaubagaimanapun, beberapa warga siswi memaklumkan bimbang kejadian tersebut berulang dengan tanpa disedari, terutamanya pada waktu tengah malam.

http://promahasiswaupm.wordpress.com/2010/04/18/bangunan-kolej-11-upm-terbakar-disambar-petir/

LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KILAT SERTA RIBUT PETIR

Firman Allah :
Dialah yang memeprlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.


(Surah Ar Ra’ad :12-13)

DOA KETIKA RIBUT PETIR



POSTER KESELAMATAN KETIKA RIBUT PETIR

Dapatkan poster keselamatan ketika ribut petir di http://kilatmalaysia.blogspot.com/2010/04/poster-langkah-keselamatan.html

*************************************
LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KILAT SERTA RIBUT PETIR

Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.

Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu ( 9.6 km) dari tempat kita berada.

Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik “Flash to Bang” ( Kilat ke Guruh).

Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ).

Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.

Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.

A. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN
- Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plag dari soket dinding jika perlu.
- JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja
- Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.
- Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.

B. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH

- Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).
- Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.
- Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.
- Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.
- APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.
- DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.
- JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.
- JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf.
- JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya.
- JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.
- JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah.
- JANGAN berada ditempat berhampiran logam seperti Pagar, Tiang Talipon, Tiang Elektrik.
- APABILA berada dalam bot diatas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda DUDUK rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.

20100421

Rintihan penghuni rumah orang tua Rembau

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=193

****************************
Rintihan penghuni rumah orang tua
Sinar Harian 21 April 2010

REMBAU - Hidup sebatang kara dan tiada siapa mengambil tahu tentu menyedihkan apatah lagi terpaksa melalui hari tua seorang diri.

Itulah yang dilalui tiga sahabat di Rumah Sejahtera Rembau, dekat sini. Ketiadaan tempat tinggal dan saudara-mara untuk bergantung menyebabkan mereka memilih menetap di situ.

Melangkah masuk ke rumah itu sememangnya menyedihkan kerana keadaan di dalam tidak terurus, selain bau busuk menusuk ke hidung pastinya memberi petanda bahawa tahap kebersihan di rumah itu mendukacitakan.

Tidak tahu mana silapnya keadaan rumah itu sepatutnya dijaga rapi tetapi seolah-olah terbiar tanpa perhatian sewajarnya.

Penghuni, Jusof Talib, 76, berkata, dia sudah menjadi penghuni tetap selama sembilan tahun di rumah itu.

Dia yang tidak pernah berkahwin dan ditambah pula saudara-mara yang menjauhkan diri apatah lagi dia tidak memiliki sebarang harta menyebabkannya tinggal di sini.

Menurutnya, perasaan sunyi sering membelenggu dirinya walaupun ada penghuni lain di rumah ini tetapi tetap tidak sama jika bersama keluarga sendiri.

Jauh di sudut hatinya dia mengimpikan sebuah keluarga bahagia tetapi mungkin sudah suratan takdir dia hidup bersendirian hingga kini.

“Setiap hari yang dilalui sememangnya membosankan kerana hidup saya hanya tertumpu di dalam rumah ini.

"Jika terlalu bosan saya akan keluar ke pekan untuk membeli barang makanan,” katanya ketika ditemui di Rumah Sejahtera Rembau di Pekan Rembau, dekat sini.

Tiada pencen

Jusof berkata, dia tidak memiliki wang pencen kerana tidak memiliki kerja tetap dan terpaksa hidup bergantung harap pada orang lain. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan menetap di rumah orang tua supaya kehidupannya lebih terjamin.

“Di sini saya tidak keseorangan. Ada teman untuk berbual. Ada tempat tinggal berlindung daripada hujan dan panas. Setiap bulan ada terima bantuan.

"Cuma saya sedih kerana tidak memiliki kehidupan berkeluarga seperti orang lain kalau tidak mungkin hidup saya tidak sepi seperti sekarang,” katanya.

Dia tidak menafikan keadaan rumah ini tidak dijaga rapi dan kelihatan kotor terutama di bahagian dapur dan bilik air.

“Kami ini sudah tua. Kadangkala memang tidak sempat mengemas. Kami buat mana yang termampu sahaja. Ada juga pihak yang datang bergotong royong membersihkan kawasan rumah ini tetapi bukan selalu,” katanya.

Hidup merempat

Seselo Anthony, 76, pula berkata, dia tidak memiliki keluarga dan tiada saudara mara menyebabkan dia hidup sebatang kara. Sebelum menetap di rumah ini dia hidup merempat dan tidak memiliki tempat tinggal sempurna.

“Saya tidur di merata tempat. Kadangkala makan minum pun tidak terjaga sebab hidup seorang diri dan tidak memiliki pekerjaan menjadikan hidup saya tidak terurus. Kalau boleh saya tidak mahu menyusahkan sesiapa pun,” katanya.

Menurutnya, setelah tinggal di rumah itu hidupnya tidak merempat dan berasa selesa kerana memiliki tempat tinggal lebih baik berbanding sebelum ini terpaksa tidur di kaki lima.

“Saya tidak kisah hidup seorang diri sebab sudah biasa. Lagipun dari dulu lagi tiada siapa mengambil tahu mengenai diri saya.

"Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan akan tinggal di sini sampai nafas terakhir,” katanya.

Disisih keluarga


Penghuni rumah itu, Ng Chin Chan, 61, berkata, dia sudah menetap di rumah itu hampir tujuh tahun. Dia memiliki keluarga tetapi keadaan diri yang tidak sihat menyebabkan disisih daripada keluarga.

“Kini hidup saya hanya di sini. Keluarga pun sudah tidak ambil tahu. Walaupun sedih kerana dipinggirkan keluarga tetapi saya kuatkan semangat kerana hidup ini perlu diteruskan.

"Saya bernasib baik kerana masih ada tempat untuk orang seperti saya di sini,” katanya.

Menurutnya, dia menggunakan tongkat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain tetapi masih mampu menguruskan diri di samping dibantu dua rakannya jika tidak mampu melakukan sebarang kerja berat.

“Kadangkala rasa rindu kepada ahli keluarga tetapi saya lontarkan jauh. Kalau mereka masih mengambil berat mengenai saya tentu mereka datang melawat satu hari nanti terutama ketika menyambut Tahun Baru Cina. Tentulah sedih kalau terpaksa beraya seorang diri di sini,” katanya.

Terima elaun

Sementara itu, Setiausaha Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia Cawangan Rembau, RD Ramesh Patel berkata, rumah itu di bawah jagaan Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, setiap penghuni akan dibayar elaun sebanyak RM100 selain mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Penghuni di rumah itu perlu hidup secara berdikari kerana tiada pihak yang akan menjaga mereka sepanjang masa apatah lagi jumlah penghuni hanya tiga orang.

"Dulu penghuni rumah ini lebih daripada 10 orang tetapi ada yang sudah meninggal dunia dan pindah ke tempat lain," katanya.

Ramesh berkata, buat masa ini pihaknya tidak akan menerima penghuni baru sehingga bangunan itu dibaik pulih kerana terdapat kerosakan yang perlu diperbaiki.

"Sebelum ini pihak majlis menyediakan makan minum kepada penghuni di rumah ini tetapi mereka lebih suka membeli makanan di luar.

“Kita memberi wang elaun kepada mereka supaya dapat membeli barang makanan yang digemari,” katanya.

Beliau berkata, penghuni rumah itu sering menerima kunjungan luar seperti syarikat korporat yang ingin menyalurkan bantuan bersesuaian sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat terutama golongan susah dan warga emas.

“Pihak kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan pihak luar untuk memberi sedikit kegembiraan buat diri mereka.

"Kehadiran orang ramai menunjukkan warga emas yang hidup sebatang kara ini masih mendapat perhatian daripada masyarakat,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7594987.asp

20100420

Kem Motivasi Remaja 30 Apr Kuala Pilah

ISLAMIC MOTIVATION CAMP
Tarikh : 30 Apr – 2 Mei 2010 ( Jumaat, Sabtu & Ahad )
Tempat : Kem YKS Paint Ball Jungle Park, Kuala Pilah, N.Sembilan.

Sasaran penyertaan : 30 orang

Aktiviti Menarik : Permainan Sukan Paint Ball

Objektif Perkhemahan :
- Membangun potensi dalaman
- Membangun emosi kerohanian dalam mengerjakan ibadah
- Meyakini aqidah Islam adalah aqidah yang syumul
- Membiming anak-anak muda menjadi personaliti yang unggul
- Pembinaan kepimpinan dan jati diri melalui sukan

Untuk pertanyaan hubungi Pejabat YKSNS 06-4810092 atau e-mel maayks@gmail.com

Maklumat lanjut di http://yksn9.blogspot.com/2010/04/islamic-motivation-camp.html

Rayu bantuan rawat anak leukemia

Berhutang demi rawatan anak
Sinar Harian 20 April 2010

SEREMBAN – Kos rawatan mencecah RM70,000 menyebabkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mewah, di sini mungkin terpaksa melupakan impian untuk sembuh daripada leukemia.

G Logaarvind atau nama Islamnya, Amir Omar, 15, disahkan mengidap Pre-B Acute Lymphoblastic Leukaemia (caLLA Positive) sejak Julai tahun lalu.

Amir yang kini menjalani rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan (PPUKM) terpaksa bergantung hidup dengan ubat.

Lebih memilukan, keluarganya tidak mampu menjelaskan kos rawatan berjumlah RM20,000.

Bagaimanapun, keluarga remaja malang itu memerlukan bantuan kewangan keseluruhan mencecah RM70,000 untuk membiayai proses menjalani pemindahan sum-sum tulang dan rawatan ‘total body irradiation’ bagi memulihkan Amir.

Bapa Amir, Omar Abdullah, 46, berkata, doktor menasihatkan supaya proses pemindahan sum-sum tulang dilakukan segera.

Menurutnya, dengan gajinya kira-kira RM700 sebulan, dia tidak mampu menampung pembayaran keseluruhan rawatan.

“Saya hanya bekerja sebagai buruh am dan isteri yang sebelum ini berniaga nasi lemak terpaksa berhenti bagi menjaga dan memberi sokongan kepada anak saya yang masih menjalani rawatan kemoterapi secara jangka panjang di PPUKM,” katanya.

Beliau berkata, dia ada menerima bantuan daripada Majlis Kanser Nasional (Makna) sebanyak RM250 sebulan dan Baitulmal, bagaimanapun jumlah diterima itu masih tidak mencukupi bagi menampung pembayaran kos proses pemindahan sum-sum tulang anaknya.

“Saya terpaksa berhutang dengan pihak hospital bagi memastikan rawatan terus dijalankan ke atas anak saya,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media, di sini semalam.

Menurut bapa itu, anaknya mula menunjukkan tanda-tanda demam berpanjangan sejak Mei lalu selepas mengalami terjatuh ketika bermain bola.

“Apabila anak saya diperiksa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, doktor mengesahkan dia menghidap penyakit itu.

“Selepas itu, anak saya terus dibawa ke PPUKM bagi menjalani rawatan kemoterapi di sana dan kini berharap ada pihak yang sudi membantu menyalurkan bantuan kewangan kepadanya supaya proses pemindahan sum-sum tulang dapat dilakukan segera,:” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Omar di nombor 016-6707194 atau 019-2906532.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7592792.asp

20100419

Kursus Asas Perniagaan 26 ke 30 Apr Seremban

KURSUS ASAS PERNIAGAAN
Tarikh : 26 April - 30 April 2010 (Isnin - Jumaat)
Masa : 0800 - 1700
Tempat : Aras 3, Bangunan Seremban Plaza, Jalan Dato' Muda Linggi Seremban
Yuran : RM 200.00

Maklumat lanjut hubungi Pusat Usahawan MARA Negeri Sembilan (PUSMA)
Tel: 06-7626088 / Faks : 06-7626081
pusman9@gmail.com

http://pusman9.blogspot.com/2010/04/kursus-asas-perniagaan_14.html


BILIK CURVE UNTUK DISEWA
Pusat Usahawan MARA (PUSMA) Negeri Sembilan mempunyai dua lot bilik untuk disewa iaitu Bilik Curve dan Bilik Kuliah.

Bilik ini boleh digunakan untuk kegunaan seperti
1. Bilik Mesyuarat
2. Ruang makan bagi peserta kursus sekiranya menyewa di Bilik Kuliah.
3. Bilik Seminar

Kapasiti peserta 30-40 orang (selesa ).

Maklumat lanjut hubungi Pusat Usahawan MARA Negeri Sembilan (PUSMA)
Tel: 06-7626088 / Faks : 06-7626081

Tarif Sewaan:
Hari Bekerja ( Isnin - Jumaat ) - RM 100.00
Hari Minggu (Sabtu-Ahad) - RM 150.00
http://pusman9.blogspot.com/2009/12/bilik-curve-untuk-disewa.html

Jangan jadi jiran yang buta, pekak dan bisu

Jadilah jiran yang bertanggungjawab. Jangan jadi jiran yang buta, pekak dan bisu. Kalau ada jiran yang membiarkan rumah mereka semak samun samada berpenghuni atau tidak, laporkan sahaja terus kepada MPS secara on line di http://epublic.mpsns.gov.my kalau anda di Seremban.

******************************
MPS keluar 58 notis bersih premis
Sinar Harian 19 April 2010

SEREMBAN – Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengambil tindakan tegas terhadap pemilik rumah atau tanah kosong sekitar kawasan Senawang, dekat sini, yang didapati dipenuhi semak samun.

Ini termasuk mengeluarkan notis supaya pemilik premis melaksanakan pembersihan dan sekiranya pemilik mengabaikan notis tersebut, MPS akan bertindak melakukan kerja pembersihan dengan mengenakan kadar tertentu.

Yang Dipertua MPS, Datuk Abdul Halim Abdul Latif berkata, tahun ini sahaja, sebanyak 58 notis telah dikeluarkan kepada pemilik rumah dan tanah kosong sekitar Senawang yang mengundang rungutan jiran.

“Tahun lalu, MPS telah mengeluarkan 130 notis rumah dan tanah kosong kepada pemilik premis di sekitar Senawang. Tahun ini saja, sebanyak 58 notis telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Selain itu, katanya, MPS sentiasa memantau dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu didapati membuang sampah secara haram atau melonggokkan barang buangan di mana-mana kawasan.

Mengenai aduan penduduk mengenai masalah rumah kosong tidak berpenghuni yang dipenuhi semak samun serta sampah yang dibuang secara haram termasuk perabot terpakai di Taman Jasmin, Senawang, beliau berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera.

“Kita telah mengambil tindakan pembersihan pada 30 Mac ke atas sampah sarap haram yang dibuang segelintir individu tidak bertanggungjawab,” kata-nya.

Sinar Harian 26 Mac lalu melaporkan rungutan penduduk terhadap masalah tersebut yang dibimbangi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pengerusi Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) Zon Senawang, Mohd Ghazali Wahid berkata, semak samun yang tidak dibersihkan selain rumah dibiarkan kotor dalam tempoh agak lama berkemungkinan mewujudkan tempat takungan air yang tersorok.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7580916.asp

RON 95 Mudah Meletup Bila Kemalangan ?

Akhir-akhir ini banyak betul berita kereta terbakar apabila berlaku kemalangan. Kadang-kadang kemalangan yang kecil dan kereta yang baru dan tidak diubahsuai pun terbakar.

Adakah petrol RON 95 yang mula diperkenalkan di Malaysia pada Mei 2009 adalah salah satu punca kenapa kereta mudah terbakar bila kemalangan ?

Diharapkan ada kajian menyeluruh dilakukan terhadap fenomena yang berlaku ini.

Ikut komen-komen berkaitan RON 95 dan kereta terbakar apabila kemalangan di bawah ini :

KENAPA RON 95 MUDAH MELETUP ?
Saya akui, saya tidak mengetahui secara lengkap formula minyak RON 95 Malaysia. Namun, sebagai ahli Kimia, saya boleh la membuat sedikit hipotesis mengenai kandungan RON 95 Malaysia.
Ini bermakna, RON 97 kurang mudah terbakar daripada RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane yang tinggi. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena yang tinggi.
Sumber : http://marul77.blogspot.com/2010/02/kenapa-ron-95-mudah-meletup.html

MPV TERBABAS, TERBAKAR: ACHIK SPIN MAUT NAHAS NGERI
Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0417&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_39.htm&arc=hive


DUA PEMANDU MAUT, 2 PARAH
ALOR GAJAH 17 April – Dua terbunuh termasuk seorang daripadanya rentung manakala dua lagi parah apabila dua kereta bertembung dalam satu kemalangan di Jalan Solok Duku-Tanjung Bidara di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0418&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_07.htm&arc=hive

WANITA HAMIL NYARIS MAUT KERETA TERBAKAR
KUANTAN 15 Dis. - Seorang wanita hamil nyaris maut apabila kereta yang sedang diisi minyak oleh suaminya disambar api di sebuah stesen di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_40.htm

PEMANDU TOYOTA HARRIER RENTUNG DALAM NAHAS
SEREMBAN 21 Mac - Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Kilometer 279.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini malam ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0322&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive

TIGA NYARIS MAUT KERETA TERBAKAR DALAM KEMALANGAN
BUTTERWORTH 10 Jan. - Tiga nyaris maut apabila terperangkap dalam kereta yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Permatang Pauh dekat Ampang Jajar di sini semalam.
http://www.panducermat.org.my/Tiga-nyaris-maut-kereta-terbakar-dalam-kemalangan.html

LELAKI RENTUNG KERETA TERBAKAR DALAM KEMALANGAN
KUANTAN: Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar selepas merempuh sebuah kereta lain di Kilometer 139.9 Jalan Kuantan-Seremban dekat Rompin, semalam.
http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/2/7/mstar_jenayah/20100207180722&sec=mstar_jenayah

JABATAN KIMIA SIASAT PUNCA KERETA PERONDA TERBAKAR
KUALA LUMPUR 21 Mei – Kereta peronda Proton Waja yang terbakar dalam satu kemalangan selepas bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) malam kelmarin telah dihantar ke Jabatan Kimia.
http://www.panducermat.org.my/news-Jabatan-Kimia-siasat-punca-kereta-peronda-terbakar.html

LELAKI RENTUNG KERETA YANG DIPANDUNYA TERBAKAR
IPOH 26 Feb. - Seorang lelaki yang memandu sendirian rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar di Kilometer 19, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, dekat Pos Slim di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0226&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm&arc=hive

PELAKON RENTUNG DALAM KEMALANGAN MAUT SEMALAM
KOTA BHARU 19 Okt. - Dalam kejadian pukul 4.15 pagi semalam, Dayana bersama dua lagi rakannya rentung selepas kereta Proton Persona dinaiki terbabas lalu merempuh tembok jambatan di jalan itu. – Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1019&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm&arc=hive

ADUN TIOMAN PAHANG KEMALANGAN
Rakan saya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain, 36, cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terbakar di Batu 16, Jalan Pekan-Rompin, dekat Pekan, semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam tadi. http://angkasanuri.blogspot.com/2009/12/adun-tioman-pahang-kemalangan.html


4 BERANAK TERBUNUH KERETA TERBAKAR DALAM KEMALANGAN
Empat beranak terbunuh dengan tiga daripada mereka rentung manakala dua lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbakar dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM6.4, Jalan Parit Bunga-Tangkak, di sini, malam tadi.
http://mran3238.wordpress.com/2009/12/27/4-beranak-terbunuh-kereta-terbakar-dalam-kemalangan/


LAGI KERETA TERBAKAR. MUNGKINKAH KERANA RON95?
Kejadian berlaku kira- kira jam 7.30 pagi saya terserempak dengan kebakaran yang berlaku ke atas sebuah kereta di Sauk, jalan Kuala Kangsar- Lenggong berhampiran dengan kuari.
http://mtdchenderoh.blogspot.com/2009/10/lagi-kereta-terbakar-mungkinkah-kerana.html



KESELAMATAN MINYAK PETROL RON95 DIRAGUI ?
Tahun lepas, kawan saya kehilangan isteri dan dua anaknya di Jalan Batu Pahat - Air Hitam apabila keretanya dirempuh dari belakang oleh bas ekspres. Pada saya, penggunaan minyak RON95 ini perlu dikaji semula, mungkin ada bahayanya. Sebelum ini, perlanggaran sebegitu, tidaklah sampai terbakar. http://kadikluang.blogspot.com/2010/02/keselamatan-minyak-petrol-ron95-diragui.html


DUA RENTUNG DALAM KEMALANGAN BABITKAN PACUAN EMPAT RODA, PIKAP
December 22, 2009
RANAU: Dua rentung apabila kenderaan jenis pikap yang dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 14, Jalan Ranau-Telupid, kira-kira jam 10.15 pagi tadi.
http://fizz.gapuranetwork.net/2009/12/dua-rentung-dalam-kemalangan-babitkan-pacuan-empat-roda-pikap.html


Mei 12, 09 1:03pm
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter.
Apabila digunakan sepenuhnya pada 1 Septermber, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.
http://www.malaysiakini.com/news/104113

Gambar bogel tanpa seurat benang di sini

Itulah gambaran di akhirat nanti, yang pasti.

Tahu tak kita semua perkataan seperti inilah yang para pelajar sekolah rendah dan menengah guna apabila membuat carian di internet.

Para pendakwah , baik yang dibayar gaji oleh kerajaan , yang professional atau yang sukarela harus mempelbagaikan kaedah dakwah.

Ceramah di masjid kalau 100 orang yang hadir dah kira ramai. Penceramah pula kena ada tauliah pula, lebih-lebih lagi di N.Sembilan. Berapa ratus atau ribu masjid di N.Sembilan dan berapa ramai pula penceramah yang ada tauliah di N.Sembilan ?

Tapi para remaja yang melayari internet setiap hari mungkin mencecah puluhan ribu bahkan ratusan ribu. Siapa guru atau penceramah mereka di internet ini ? Apakah guru mereka atau penceramah di internet ini perlu tauliah dari Jabatan Agama ?

Oleh itu, bukalah mata wahai pendakwah semua. Orang yang mendengar ceramah kita hanya ratusan orang. Sedangkan pendakwah sesat di internet yang menyeru kepada maksiat dan kesesatan, penonton mereka mencecah puluhan dan ratusan ribu setiap hari.

Dari Aisyah, bahwa Nabi bersabda : “Kelak pada hari kiamat kalian akan dihimpun dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang, dan belum dikhitan.” ‘Aisyah mengatakan: Aku berkata, “Ya Rasulullah, para lelaki dan perempuan sama-sama telanjang ? Tentunya mereka akan saling melihat satu sama lain.” Maka beliau menjawab, “Urusan mereka pada saat itu jauh lebih menyibukkan, sehingga hal itu tidak lagi mereka hiraukan.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Kengerian dan kedahsyatan hari kiamat sampai-sampai membuat manusia tidak mempedulikan lagi apa yang ada di sekitarnya. Semua orang sibuk dengan urusannya masing-masing dan menantikan keputusan Rabbul ‘alamin terhadap mereka, ke surga ataukah ke neraka. Bisakah anda membayangkan kengerian itu?Ittaqullaaha ya syabaab! (bertakwalah kepada Allah, wahai para pemuda)
http://abumushlih.com/lelaki-dan-perempuan-telanjang.html/

Bercerita mengenai bogel dan telanjang tanpa seurat benang ini , ialah binatang.



Dan binatang yang cantik dan menarik dalam keadaan bogel ini umpama memakai Tuxedo ialah burung penguin.

Walaupun burung penguin ini hanya binatang, tapi mereka menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa lebih baik daripada manusia yang tidak berakal yang mengikut hawa nafsu semata-mata.

Bapa-bapa penguin ini sanggup mengeram dan melindungi telur-telur selama 4 bulan tanpa makan di kutub selatan yang teramat sejuk.

Apabila anak-anak penguin ini menetas barulah ibu-ibu penguin mengambil alih tugas membesarkan anak-anak.

Kalau manusia tak boleh nak jaga anak-anak , apatah lagi ada yang sanggup membuang atau membunuh anak-anak. Lebih baik jangan jadi manusia, kerana penguin pun lebih menyayangi anak-anak mereka. Penguin-penguin sanggup memikul amanah dan tanggungjawab yang Allah berikan kepada mereka untuk menjaga anak-anak mereka.

Sila lihat pengorbanan bapa-bapa penguin ini di video berikut http://www.youtube.com/watch?v=6AiCIZ9wM1o

20100417

Rayuan Rumah Perlindungan di N.Sembilan

Kalau kita tak mampu nak selesai masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya. Kita bantulah mereka yang sukarela membantu golongan yang memerlukan dan bermasalah ini.

Kalau tak mampu juga , sebarkanlah maklumat ini secara meluas dan berdoa agar Allah memberi pertolongan kepada mereka yang ikhlas dalam perjuangan.

***************************
TABUNG ASET YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN (YKSNS)

YKSNS adalah merupakan NGO yang ditubuhkan pada tahun 2003 dalam usaha membantu saudara baru dan juga golongan yang memerlukan. Untuk tujuan itu YKSNS telah membeli sebuah rumah di Taman Cemerlang, Kuala Pilah yang telah dijadikan rumah perlindungan dan juga tempat menjalankan aktiviti-aktiviti YKSNS.


Sumbangan untuk 1 kaki persegi ialah RM 143.85

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN Akaun Bank Islam 05030010135487

Untuk pertanyaan hubungi Ustaz Bukhari Safian 019-2373541 dynamic_bukhari@yahoo.com

Maklumat lanjut di http://yksn9.blogspot.com/2010/04/blog-post.html#links

Pengarah Tabung Aset YKSNS
KOMPLEKS TOK MUAR (Rumah Perlindungan)
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
22A, Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-4810092


YKSNS juga akan menganjurkan MALAM NUR INSPIRASI YKS 2010 di Kompleks Tok Muar YKSNS pada 24 Julai 2010 pada jam 8 malam hingga 11 malam.

VISI YKSNS : Membina masyarakat yang berkasih saying dan hubungan kemanusiaan yang tinggi

MISI YKSNS : Menjadi pertubuhan yang membangunkan aqidah, pendidikan, ekonomi serta memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat

AKTIVITI & PERKHIDMATAN :
1. Program Modal Insan
2. Urusan Penjagaan Saudara Baru Dalam Tempoh Perlindungan
3. Urusan Penjagaan Anak-Anak Terabai
4. Masalah Sosial Remaja
5. Kelas Pengajian Agama
6. Menyalurkan Bantuan
7. Program Jalinan Ukhuwwah Saudara Kita

GOLONGAN YANG DILINDUNGI :
1. Saudara baru
2. Golongan yang layak menerima zakat
3. Ibu tunggal

Kempen tak tonton TV 21 ke 27 Apr 2010

Kempen tak tonton TV demi anak-anak kita

Kempen tak tonton TV
Berita Harian 17 April 2010

Fomca sasar generasi muda

PETALING JAYA: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) akan mengadakan kempen 'Minggu Tidak Menonton Televisyen' di seluruh negara dengan menyasarkan golongan muda, pada 21 hingga 27 April ini. Penyelaras Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) Fomca, Datuk Paul Selva Raj, berkata usaha itu dilakukan berikutan kajian mendapati, kanak-kanak menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam sehari menonton televisyen, sekali gus membawa kepada gaya hidup tidak sihat.

“Dalam kajian pada 2005 membabitkan penggunaan peralatan berskrin termasuk televisyen, komputer dan telefon bimbit mendapati aktiviti masa lapang golongan muda ialah 87 peratus melayari internet, 73 peratus menonton televisyen, 42 peratus bermain permainan video dan 36 peratus menulis blog.

“Keseluruhannya, kesan negatif rentetan daripada masalah ini membawa kepada peningkatan masalah kegemukan, berat berlebihan serta diabetes yang membahayakan kesihatan jika tiada perancangan melakukan aktiviti lain bagi menggantikan masa menonton televisyen,” katanya di sini, semalam.

Semua pihak diminta mengurangkan penggunaan peralatan berskrin sebaliknya lebih banyak melakukan aktiviti aktif sebagai tanda menyokong kempen itu.

Risalah Minggu Tidak Menonton Televisyen diedarkan di Lembah Klang dan bandar utama manakala, pada hari terakhir kempen Fomca mengadakan sesi berkongsi pengalaman aktiviti apabila tidak menonton televisyen.

Sehingga kini katanya, sebanyak 5 tadika di seluruh negara menyatakan kesediaan mengambil bahagian dalam kempen ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KempentaktontonTV/Article

Pertandingan Tilawah Quran 3 Mei 2010 Seremban

PERTANDINGAN TILAWAH ALQURAN
PERINGKAT SARINGAN KE DAERAH SEREMBAN

Tarikh : 3 Mei 2010
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah , Paroi, Seremban

Peserta :
Dewasa Lelaki & Perempuan (18 tahun ke atas)
Remaja lelaki & perempuan (tidak lebih 18 tahun)

Syarat : Bermastautin di Daerah Seremban sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum Tilawah Al-Quran dijalankan

Tarikh tutup penyertaan : 29 April 2010

Sila dapatkan maklumat berikut di Pejabat Agama Daerah Seremban :-

1. Borang Pendaftaran
2. Syarat-syarat penyertaan
3. Ayat tilawah

Anjuran:
Pejabat Agama Daerah Seremban
Tel : 06-7672851

--------------------------------------------

KELAS TARANNUM AL-QURAN (Masjid Negeri , Seremban)

Hari : Sabtu (Minggu 1 & 3)
Masa : Selepas Solat Maghrib & Isyak
Tempat : Dewan Kuliah, Masjid Negri, Seremban
Peserta : Terbuka umum dewasa atau remaja atau kanak2
Tenaga Pengajar : Ustaz Haji Shamsuddin Bin Abdullah

-------------------------------------------

KELAS TARANNUM AL-QURAN (Masjid Bandar Baru Senawang)

Hari : Sabtu (Minggu 2 & 4)
Masa : Selepas Solat Maghrib & Isyak
Tempat : Dewan Kuliah, Masjid Bandar Baru Senawang
Peserta : Terbuka umum dewasa atau remaja atau kanak2
Tenaga Pengajar : Ustaz Haji Shamsuddin Bin Abdullah

20100416

Tulisan Putera Yamtuan Besar N.Sembilan

Satu penulisan yang bernas oleh Tunku Zain al-Abidin Tuanku Muhriz , putera kepada Yamtuan Besar Negeri Sembilan mengenai sejarah Kota Lukut, Port Dickson.

Untuk renungan generasi masa kini, kerana sejarah pasti berulang.

Dengan tajuk Looking to Lukut , pautan artikel tulisan Tunku ‘Abidin Muhriz di http://ideas.org.my/2010/03/looking-to-lukut/

20100415

Ceramah Us Zulkarnain Hamzah 16 Apr Senawang


CERAMAH MAULIDURRASUL
Oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Astro Oasis/Amani)

Tarikh : 16 April 2010 / Jumaat
Masa : 7.15 malam
Tempat : Surau Taman Kobena, Senawang, N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir


Buaya di pantai Melaka pula


Ada buaya di pantai Melaka pula.

Sebelum ini kisah buaya di pantai Port Dickson pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/koleksi-artikel-kisah-buaya-di-port.html

Jarak antara Port Dickson dan Kuala Sungai Baru melalui laut lebih kurang 15 km

********************
Buaya muncul di pantai
Berita Harian 15 April 2010

Penduduk dakwa reptilia hanyut ketika air sungai pasang

KUALA SUNGAI BARU: Penduduk Kampung Baru, di sini, gempar apabila buaya tembaga yang dianggarkan sepanjang empat meter muncul secara tiba-tiba di kawasan pantai di situ, baru-baru ini. Penduduk yang menyaksikan kelibat buaya tersebut mendakwa buaya tembaga berwarna kekuningan itu dikatakan tersesat dan hanyut dibawa arus ketika air pasang dari sungai Kuala Sungai Baru sehingga memasuki Pantai Tanjung Keramat. Seorang penduduk, Jariah Nekmat, 55, berkata, beliau tergamam sebaik terlihat kelibat reptilia itu yang muncul lebih kurang jam 12.00 tengah hari dengan separuh badannya timbul di permukaan dan bergerak perlahan menyusur pantai itu ketika air laut pasang.

"Pada mulanya saya terkejut juga sebab inilah pertama kali buaya muncul di laut, biasanya buaya hanya ditemui di sungai, tapi seumur hidup saya inilah pertama kali saya nampak dengan jelas buaya itu timbul di permukaan laut sebelum ia tenggelam semula.

"Tapi selepas beberapa minit melihatnya, timbul pula rasa seronok sebab bukan senang kita dapat melihat perkara unik seperti itu, kebetulan ia turut melibaskan ekornya di permukaan laut,” katanya.

Seorang nelayan pantai, Mustafa Puteh, 53, berkata, beliau hairan apabila buaya tembaga dewasa itu berlegar-legar di kawasan pantai Tanjung Keramat. Katanya, tidak pernah terlintas di fikiran penduduk, kawasan berkenaan menjadi laluan buaya sebesar itu.

"Saya perhatikan buaya itu berlegar-legar di kawasan Tanjung Keramat sekitar 15 minit sambil tenggelam dan timbul seolah-olah mencari tempat perlindungan.

"Ia mungkin terkejut dengan suasana laut dan cubaan naik ke darat didapati penuh dengan pasir, ada pula kelibat manusia, jadi saya fikir ia lebih selesa berlegar-legar di laut,” katanya.

Sementara itu, Sidang Kampung Baru, Yaakub Basiron, ketika dimaklumkan kewujudan reptilia itu turut terkejut dan mengarahkan anak buahnya memantau haiwan berkenaan bagi mengelak sebarang kejadian buruk menimpa penduduk.

"Saya bimbang kemunculannya boleh mendatangkan persepsi yang tidak baik di kalangan pengunjung pantai kerana buaya adalah sejenis hidupan liar yang ganas. Saya juga ingin menasihatkan penduduk supaya tidak cuba-cuba mengganggu buaya ini kerana bimbang ia akan bertindak ganas.

"Kita juga mahu pihak yang berkenaan membuat pemantauan di sepanjang kawasan pantai ini pada setiap masa kerana dikhuatiri buaya ini muncul semula selepas tersesat,” katanya.

Tinjauan Berita Harian pada hari berikutnya berjaya merakamkan aksi buaya berkenaan yang sedang bersidai di penghujung pantai berkenaan pada waktu senja sekali gus mengesahkan dakwaan penduduk kampung yang kini dalam keresahan.

Tambah membimbangkan apabila pihak yang mendakwa haiwan itu datang ke kawasan berkenaan kerana mencari pasangannya.

Beberapa pakar buaya yang mendakwa reptilia itu menuju ke sesuatu lokasi dengan tujuan khusus iaitu mencari pasangan untuk mengawan dan seterusnya bersarang di situ sebelum ia terus menjadikan kawasan terbabit sebagai tempat membiak.

Penduduk bimbang jika benar dakwaan itu, ia bermakna pantai berkenaan mungkin dihuni lebih daripada seekor buaya sekali gus mendedahkan mereka kepada bahaya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Buayamunculdipantai/Article

Konsert AZHAN ATAN 24 April 2010 PERAK


KONSERT NASYID KEMBARA SUFI VIII

Tarikh : 24 April 2010 / Sabtu
Masa : 8 malam
Tempat : Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak


Bersama Artis :
AZHAN ATAN (Juara Akademi Nasyid TV9 2008)
Kumpulan RABBANI
Kumpulan SOUTUL HAROKAH dari Indonesia

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian tiket hubungi :
Benjamin : 013-5014114
Maisarah : 013-5961684

Tiket Dewasa RM 10
Tiket Kanak-kanak RM7
Tiket VIP RM25

300 pembeli tiket terawal berpeluang menerima hadiah MISTERI pada malam konsert

Maklumat lanjut di http://kembarasufi.com/

Lagi mati akibat panahan petir di Malaysia


Tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya petir amat rendah. Malaysia adalah negara panahan petir ketiga tertinggi di dunia.

Maklumat lanjut mengenai risiko petir dan langkah keselamatan di http://kilatmalaysia.blogspot.com/

****************
Suami dipanah petir
Harian Metro 15 April 2010

TANJUNG TUALANG: Gerak hati seorang isteri yang tiba-tiba teringat kepada suaminya dan berasa tidak sedap hati membawa petanda duka apabila tidak lama selepas itu beliau dimaklumkan mengenai kematian suaminya akibat dipanah petir, petang kelmarin.

Bagi Rosmawati Wori, 46, lebih menyayat hati, suaminya, Zahari Din, 48, ditemui orang awam dalam keadaan tidak bernyawa dalam sampan di sebuah lombong tinggal di Sungai Durian, dekat sini, kira-kira jam 6.30 petang selepas dipanah petir ketika menjala ikan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suamidipanahpetir/Article/index_html

Koleksi artikel kisah buaya di Port Dickson

GAMBAR HIASAN

Berikut beberapa artikel berkatian serangan ke atas seorang pengunjung pantai di Port Dickson pada awal tahun 2010 yang didakwa ada kaitan dengan buaya :

Kaki hampir putus dek buaya di Port Dickson http://waghih.blogspot.com/2010/01/kaki-hampir-putus-dek-buaya-di-port.html

MPPD akui ada buaya di pantai Port Dickson http://waghih.blogspot.com/2010/01/mppd-akui-ada-buaya-di-pantai-port.html

Gambar buaya di Tanjung Tuan, Port Dickson http://waghih.blogspot.com/2010/01/gambar-buaya-di-tanjung-tuan-port.html

Serangan ikan yu di Port Dickson, tutup pantai http://pasns.blogspot.com/2010/01/serangan-ikan-yu-di-port-dickson-tutup.html

Adakah UBO yang menyerang pantai Port Dickson ? http://waghih.blogspot.com/2010/01/adakah-ubo-yang-menyerang-pantai-port.html

Yu harimau serang posmen di PD ? http://waghih.blogspot.com/2010/01/yu-harimau-serang-posmen-di-pd.html

MB N.Sembilan kata terumbu karang bukan buaya http://waghih.blogspot.com/2010/01/mb-nsembilan-kata-terumbu-karang-bukan.html

Buaya agresif musim mengawan Dis ke April http://waghih.blogspot.com/2010/01/buaya-agresif-musim-mengawan-dis-ke.html

Mungkin buaya sesat di Port Dickson http://waghih.blogspot.com/2010/01/mungkin-buaya-sesat-di-port-dickson.html

Buaya di PD, Utusan kata reptilia bukan buaya http://waghih.blogspot.com/2010/01/buaya-di-pd-utusan-kata-reptilia-bukan.html

Buaya atau jerung di pantai Port Dickson http://waghih.blogspot.com/2010/01/buaya-atau-jerung-di-pantai-port.html

20100414

Isi kuliah Sheikh Nuruddin Banjari di Seremban

( Ada orang tu tak suka ulama dari negara jiran datang Negeri Sembilan. Tak tahulah siapa yang dimaksudkan dan dari negara jiran mana. Macamana kalau Inul bikin konsert di Seremban, apakah orang itu akan beri permit? )

Dari Blog http://whitewakgreen.blogspot.com/


Perkongsian isi Kuliah Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki di Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng , Ampangan , Seremban pada 11 April 2010 :

- apa pun jua ibadah,yang mustahak adalah kita dengan sedaya upaya untuk menghindarkan diri dari sifat dan unsur ujub,riak,sum`ah dan ego.

- bersin juga nikmat pemberian Allah SWT

- Janganlah di pandang kecil sekiranya sesuatu perkara itu adalah perlakuan maksiat dan kesalahan di sisi Allah.

- Janganlah juga di pandang kecil sekiranya sesuatu perkara itu adalah perlakuan ibadah dan kebaikan kepada Allah SWT.

- Apakah nilai yang lebih besar lagi di akhirat kelak melainkan syafaat dari Nabi Besar kita Muhammad SAW.

- Jangan pandang kecil sesuatu ibadah walaupun hanya dengan memakai jam di tangan kanan kerana memuliakan tangan kanan untuk membuat perkara kebaikan.

- Jangan pandang kecil sesuatu ibadah walaupun hanya dengan melapik tangan kanan di bawah cawan ketika minum

- Janganlah memandang remeh dan rendah untuk mengutip saki baki makanan di tepi pinggan/talam,mungkin kerana perbuatan kita menghabiskan sisa makanan itu Allah jadikan asbab untuk kita mudah untuk berbuat ibadah dan mendapat maghfirah (keampunan) dariNya..

Isi kuliah sepenuhnya di http://whitewakgreen.blogspot.com/2010/04/permata-gemilang-1.html

Konvoi Viva GAZA 8 Mei 2010 Malaysia


KONVOI VIVA GAZA DAN PERHIMPUNAN PERDANA
Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat : Stadium Melawati Shah Alam.

Usaha Yang Digerakkan Oleh Gabungan NGO-NGO Dunia Demi Membantu Gaza Yang Kini Dibina Tembok Sekelilingnya Untuk Membunuh Rakyatnya

Anjuran : http://www.lifeline4gaza.org/ & http://www.vivapalestinamapim.blogspot.com/

Rombongan kapal dari Turki akan bergerak memecahkan tembok maut Israel. Bermula dengan konvoi dari seluruh Malaysia ke Stadium Melawati Shah Alam pada 8 Mei 2010 dan pertengahan Mei akan masuk ke GAZA.

AYUH ! BEBASKAN MEREKA DARI TEMBOK MAUT ISRAEL !

KONVOI NASIONAL UNTUK GAZA anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

MAPIM adalah komuniti penyelaras bagi inisiatif Malaysia untuk pembebasan Palestin.

Sasaran penyertaan 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia yang akan berkonvoi menuju ke Shah Alam.

Objektif program adalah sebagai tanda sokongan padu kepada umat Islam di GAZA, Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada umat Islam seluruh dunia mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa.

Penyertaan parti politik, NGO Islam, jabatan kerajaan, masjid-masjid seluruh Malaysia dan individu-individu prihatin dalam konvoi ini dialu-alukan.

Maklumat lanjut hubungi 019-4747141

BEBASKAN GAZA DAN SELAMATKAN AL-AQSA !

Bengkel Kata Kata Adat 24 Apr Rembau

Bengkel Pengacaraan Majlis Menggunakan Kata-kata Adat
Tarikh : 24 April 2010 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 5 ptg
Tempat : Pusat Kecemerlangan Pelajar (Bangunan Lama Sekolah Kebangsaan Undang Rembau)
Bayaran : RM50.00 (termasuk makan, minum dan nota kata-kata adat yang boleh digunakan di dalam pengacaraan majlis)

Bengkel ini akan dikendalikan oleh Prof Madya Dato' Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin , Ketua Jabatan Kesusasteraan, Fakulti Bahasa, UPSI, Tanjung Malim

Untuk pertanyaan sila hubungi Cik Habibah (017-6983919) , Cik Syahidah (017-3047515)
Tempat adalah terhad.

Anjuran : De Astana Shop

Maklumat lanjut di http://nagarinansembilan.blogspot.com/2010/04/bengkel-pengacaraan-majlis_14.html

20100413

Suami bawa isteri menagih dadah di N.Sembilan

Artikel saya sebelum ini : Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html

Utusan Malaysia 13 April 2010

JEMPOL 12 April - Seorang suami sanggup membawa isterinya ke dalam sebuah ladang kelapa sawit untuk 'melepaskan gian' menagih dadah di Air Hitam, Serting Hilir 5 dekat sini semalam.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan membawa isterinya sama-sama menagih dadah bersama beberapa penagih dadah lain.

"Seorang wanita yang berusia lingkungan 20-an itu ditahan bersama suaminya selepas ujian air kencing yang dilakukan mendapati mereka positif mengambil dadah," jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Ibu bapa sekarang tak kisah anak melepak


Artikel saya sebelum ini : Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html

Masyarakat kita , terutama orang Melayu macam dah tak kisah masalah remaja, gejala sosial, dadah, seks bebas di sekeliling mereka.

Orang Melayu kita hanya pandai menuding jari. Itu kerja polis, itu kerja guru, itu kerja Jabatan Agama, itu kerja menteri , dan itu dan itu.

Sampai bila tak akan selesai bermacam-macam masalah sekarang ini.

Buatlah apa-apa kempen sekali pun, selagi kita mengambil sikap tunggu dan lihat, kita menuju kehancuran.

Setidak-tidaknya buatlah perkara berikut untuk mengurangkan pelbagai masalah sekarang :

1. MOTOSIKAL – Tolonglah jangan beri anak berlegar-legar dengan motosikal kalau tiada lesen atas alasan nak beli beras dan sebagainya. Motosikal inilah punca utama pelbagai masalah di kalangan anak-anak. Kalau semua ibu bapa dapat kawal penggunaaan motosikal, ianya separuh dari masalah melepak, pergi cyber cafe main game atau judi, pergi hidu gam, merempit dsbnya.

2. SUKARELAWAN – Libatkanlah diri kita dengan kerja sukarela samada di surau, masjid, kampung, taman perumahan atau NGO, Pemadam http://www.pemadam.org.my/ , Bulan Sabit Merah dsbnya.

3. MASJID DAN SURAU – Makmurkan masjid dan surau di tempat kita dengan solat jemaah lima waktu. Apalah guna kita mengadakan bermacam-macam kempen, tapi perkara yang paling asas, iaitu sembahyang kita ambil mudah.

4. ROKOK – Pada mereka yang tidak dapat berhenti rokok, cuba jangan merokok di hadapan anak-anak , apatah lagi anak-anak kita sendiri. Kajian mendapati bahawa mereka yang terlibat dengan dadah bermula dari merokok. Tapi bukan semua orang yang merokok terlibat dengan dadah.

5. SPOT CHECK – Selalu buat spot check atau pemeriksaan mengejut terhadap anak-anak kita. Kalau hari sekolah, cuba balik rumah pukul 9 pagi, kalau suami isteri bekerja. Jangan terkejut ada anak-anak yang ponteng sekolah , balik rumah, membawa rakan-rakan ponteng sekolah mereka.

Di atas sebahagian peranan kita sebagai ibu bapa.

Peranan kerajaan, peranan agensi kerajaan , mana yang lemah kita tegur.

Tapi apa peranan kita ? Tunggu dan lihat ? Tak apa, Bukan anak kita ?

20100410

Teks Khutbah kilang Coca Cola N.Sembilan


Kepada para khatib khususnya di Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia amnya boleh rujuk laman web berikut untuk khutbah berkaitan risiko pembinaan kilang Coca Cola di N.Sembilan.

***********************
Khatib memilih untuk mengulas isu ini kerana rata-rata umat Islam seolah-olah lupa dengan penderitaan yang masih ditanggung oleh umat Islam di Gaza. Serangan besar-besaran telah dihentikan pada akhir Januari 2009 namun dengan berhentinya serangan tersebut ia tidak membawa apa-apa harapan kepada rakyat Gaza. Mereka terus dikepung, terus dikenakan sekatan ekonomi, terus dihalang dari mendapat bekalan makanan, ubat-ubatan, bekalan air bersih, bahan binaan dan bahan bakar.

Di kalangan rakyat US yang prihatin, usaha sedang dilipat gandakan untuk memboikot barangan yang dibuktikan telah menyumbang kepada ekonomi Isreal.

BEBERAPA BARANGAN PENGGUNA YANG POPULAR SEPERTI COCA COLA MENJADI SASARAN SEBAHAGIAN BESAR DARI MASYARAKAT ANTARABANGSA UNTUK DIBOIKOT KERANA SOKONGAN SYARIKAT-SYARIKAT INI KEPADA ISRAEL.

Khutbah sepenuhnya di laman web Palestine Center of Excellence (PACE)
http://lambaian-islah.blogspot.com/2009/12/cadangan-teks-khutbah-jumaat-pace-tahun.html

**************************

Tindakan menjadikan musuh sebagai kawan mengundang bahaya semata-mata mahu menjaga harta dan takhta sehingga kepentingan agama dan Negara diketepikan.

KITA TURUT MENYOKONG BANTAHAN TERHADAP PELABURAN BERJUMLAH RM1 BILION OLEH SYARIKAT COCA-COLA YANG BAKAL MENDIRIKAN KILANGNYA ATAS TANAH YANG DIBELI DARIPADA TABUNG HAJI DI NILAI, NEGERI SEMBILAN yang bukan sahaja mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia yang merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia malah syarikat Cola-Cola sememangnya jelas penyumbang utama kepada keganasan zionis yahudi di Palestin disamping mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara sebelum ini.

Khutbah sepenuhnya di http://ekhutbah.wordpress.com/2010/04/07/jahiliah-dipilih-rakyat-merintih/

“Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: “”Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!”
(Al-Nisaa` : 75)

**********************************
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
" HIDUP LEBIH MANIS TANPA GULA"

Bagaimana pun salah satu bahan makanan yang menjejaskan dan membahayakan kualiti hidup ialah gula. Penggunaan gula menjadi penyebab utama seseorang mengidap kencing manis.

Mengikut laporan Persatuan Daibetes Malaysia pada tahun 2009 dianggarkan di seluruh dunia terdapat kira kira 250 juta pesakit kencing manis dan pengidap penyakit ini akan mencapai 350 juta orang menjelang tahun 2025. Di negara kita, sehingga tahun 2009 pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dan menjelang tahun 2020 pula dijangkakan terdapat seramai 5 juta orang rakyat negara ini mengidap penyakit kencing manis jika pengidap kencing manis dan mereka yang berpotensi tidak mengambil langkah pencegahan.

Sumber : http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/upload/doc/Hidup%20Lebih%20Manis%20Tanpa%20Gula%20(Rumi%20).doc

20100408

Coca Cola, awas Pembohong di N.Sembilan


Saya mendapat khabar ada orang di Negeri Sembilan memberitahu orang ramai bahawa kilang Coca Cola di Nilai tu, kilang buat botol Coca Cola je, bukannya air Coca Cola.

Mula-mula saya tak kisah, tapi dah 2 orang yang berpengaruh menceritakan saya mengenai pembohongan ini, terpaksalah saya keluar balik laporan akhbar AP di bawah.

Orang yang menipu orang lain, mereka hanya menipu diri mereka sendiri.

Akibatnya ada yang keliru samada kilang Coca Cola terbesar di rantau ini yang akan beroperasi di Nilai , N.Sembilan hanya kilang buat botol Coca Cola bukan buat air Coca Cola.

Sebenarnya kedua-duanya. Kilang pembotolan air Coca Cola.

Sebelum ini Coca Cola bekerjasama dengan F & N untuk membotol air Coca Cola.

Sekarang Coca Cola akan buat sendiri.

Dibawah maklumat penuh :

***************************
Coca-Cola to open new bottling plant in Malaysia, invest $302 million over 5 years
By: EILEEN NG
Associated Press
03/16/10 8:10 AM EDT

NILAI, MALAYSIA — Coca-Cola said Tuesday it will build a new bottling plant in Malaysia and invest 1 billion ringgit ($302 million) over the next five years to boost growth in the Southeast Asian market.

The investment comes as the world's largest soft drink maker gets ready to end its franchise with a local bottler after sales remained stagnant over the years.

Coca-Cola Co. is expected to let its decades-long contract with a unit of Singapore's Fraser and Neave expire in September 2011. The contract, which covers mainly the bottling and distribution of Coca-Cola and Sprite brands, was worth 421 million ringgit ($127 million) a year.

Glenn Jordan, president of the company's Pacific Group, said in an interview with The Associated Press that a third of the 1 billion ringgit will be invested in an eco-friendly plant on a 30 acre (12 hectare) site in the southern state of Negeri Sembilan.
The rest will be plowed into sales and merchandising assets, product innovation and marketing to beef up the company's presence in Malaysia, where the annual per capita consumption of Coca-Cola is well below that of many countries in the region, he said.

The plant is expected to be operational by mid-2011, he said.

"This investment will enable us to support our core brands, Coca-Cola and Sprite, enhance our competitive edge and increase our geographic coverage," he said.

Jordan said Malaysian investors have 15 percent stake in the new bottling facility, with the Armed Forces Fund Board holding a 10 percent stake and private firm AAD Equity, led by former finance minister Daim Zainuddin, 5 percent.

The investment will directly create 600 to 800 new jobs at the bottling plant, and is expected to create between 6,000 and 8,000 jobs with local suppliers, he said.

Jordan said Coca-Cola's move to end its franchise with Fraser and Neave was an "amicable separation" as both companies have different growth strategies.

He said growth in Malaysia's nonalcoholic beverage market has been relatively slow at between 4 and 6 percent over the last five years, compared to double-digit growth in some other regional markets. He attributed this to a lack of aggressive competition and insufficient diversity in the product range.

"We are here to revolutionize the way we sell our products. We see a lot of opportunities here," Jordan said. He declined to give growth targets but said the company aims to achieve "healthy growth" and be more competitive in Malaysia.

At the groundbreaking ceremony of the plant earlier, Prime Minister Najib Razak welcomed Coca-Cola's long-term commitment to Malaysia.

"I take it as a strong signal that the world's most recognized brand is expanding in this important market and enhancing its contribution to the Malaysian market," he said.

Coca-Cola said last month that international sales added fizz to its fourth quarter, to lift profit up 55 percent.

Jordan said Asia contributed about 18 percent to Coca-Cola's global sales.

Rapid urbanization, rising affluence and a large youth population in Asia are driving sales and making the region one of the most important markets for Coca-Cola, he said.

Coca-Cola has said it expects Asia to be its biggest driver of growth in this decade, and has made large investments in emerging markets such as China and India.

Read more at the Washington Examiner: http://www.washingtonexaminer.com/economy/coca-cola-to-open-new-bottling-plant-in-malaysia-invest-302-million-over-5-years-87754242.html#ixzz0ixJvoDSL

APCO benda kecil, Coca Cola lagi bahaya

Apalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional duk bising-bising pasal APCO, 1Israel dan 1Malaysia. Benda kecil saja tu, benda yang tak nampak.


Ini benda yang nampak. Dah sah Coca Cola nak buka kilang terbesar di rantau ini di Malaysia. Dah sah Coca Cola banyak membawa keburukan kepada kesihatan, alam sekitar dan sumber air.
Dah banyak dakwaan Coca Cola penyokong utama Israel.

Kenapa tak bahasakan ini dalam parlimen ?

Orang besar dalam Coca Cola pasti tersenyum lebar , kerana orang Malaysia berbalah dalam parlimen mengenai Israel , tapi tak kaitkan dengan Coca Cola.

Betullah kata pepatah MENANG SORAK , KAMPUNG TERGADAI

Artikel mengenai Kilang Coca Cola di Malaysia , apa kesannya di http://waghih.blogspot.com/2010/04/kilang-coca-cola-apa-akibatnya.html

****************************

10 DALIL KENAPA COCA COLA PELRU DIBOIKOT
Ten Reasons to Boycott Coca-Cola

The Coca Cola Company has been denounced by various communities, organizations and grassroots movements for violating basic human and environmental rights.

We appeal for peaceful and non-violent action against and boycott of Coca Cola world wide.

This list of violations was put together by Carola Reintjes (IDEAS, Spain) and Sandeep Pandey (NAPM, India).

(1) HUMAN RIGHTS VIOLATIONS:
(2) THREAT TO PEACE:
(3) RACIAL DISCRIMINATION:
(4) DAMAGE TO ENVIRONMENT AND COMMUNITIES:
(5) HEALTH HAZARD:
(6) HAZARD TO ENVIRONMENT AND HEALTH:
(7) FARCE ABOUT EMPLOYMENT AND LABOUR JUSTICE:
(8) INVOLVEMENT OF CHILD LABOUR AND CONSCRIPTS:
(9) IILEGAL PRACTICES AND CORRUPTION:
(10) Coke and Pepsi threaten WHO over health report on sugar intake [18]
http://www.thesouthasian.org/archives/2005/ten_reasons_to_boycott_cocacol.html

COCA COLA MENGERINGKAN AIR DUNIA
Coca-Cola: drinking the world dry
Coca-Cola has been accused of dehydrating communities in its pursuit of water resources to feed its own plants, drying up farmers' wells and destroying local agriculture.

The company has also violated workers' rights in countries such as Colombia, Turkey, Guatemala and Russia.

Coca-Cola's operations rely on access to vast supplies of water, as it takes almost three litres of water to make one litre of Coca-Cola.

In order to satisfy this need, Coca-Cola is increasingly taking over control of aquifers in communities around the world. These vast subterranean chambers hold water resources collected over many hundreds of years.

Besides these issues, War on Want's Alternative Report on Coca-Cola also details how Coca-Cola is having a devastating impact of water resources elsewhere. In El Salvador, the company has been accused of exhausting water resources over a 25-year period.

In Chiapas, Coca-Cola is positioning itself to take control of the water resources. The Mexican government under Vicente Fox - himself a former President of Coca-Cola Mexico - has given the company concessions to exploit community water resources.

Coca-Cola's own workers have also suffered and the company is being increasingly associated with anti-union activities. The most notable case is in Colombia, where paramilitaries have killed eight Coca-Cola workers since 1990.

Coca-Cola is being sued on behalf of transport workers and their families for its part in the alleged intimidation and torture of trade unionists and their families by special branch police in Turkey.

In Nicaragua, workers of the main Coca-Cola union SUTEC have been denied the right to organise and the General Secretary of SUTEC, Daniel Reyes, believes the objective of this ongoing and escalating campaign is to crush the union.

Guatemalan workers have been struggling against Coca-Cola since the 1970s. In the years between 1976 and 1985, three general secretaries of the main union were assassinated and members of their families, friends and legal advisers were threatened, arrested, kidnapped, shot, tortured and forced into exile.

Source : http://www.waronwant.org/news/265-latest-news/15153-coca-cola-drinking-the-world-dry

Orang Cina pun marah pemabuk arak

Kalau tak tahu guna kemudahan awam. Baik dirobohkan saja tempat riadah , pondok dan wakaf yang Pihak Berkuasa Tempatan buat. Lebih banyak buruk dari baiknya.

Laporan Sinar Harian di bawah menyatakan kemarahan orang Cina di N.Sembilan orang minum arak yang menyalahgunakan kemudahan awam.

Sebelum ini pun saya ada tulis perkara sama di http://waghih.blogspot.com/2008/10/taman-kanak-kanak-tempat-pesta-arak-di.html

Juga beberapa artikel lain mengenai barah arak di Malaysia :
Ramai remaja belasan tahun ketagih arak di N.Sembilan http://waghih.blogspot.com/2009/12/ramai-remaja-belasan-tahun-ketagih-arak.html
Arak pemusnah bangsa dan keluarga 1Malaysia http://waghih.blogspot.com/2009/12/arak-pemusnah-bangsa-dan-keluarga.html
SOKONGLAH Gerakan 1Malaysia Bebas Arak dan Judi di laman Blog http://pmbaj.blogspot.com/
Kerajaan tak serius tangani remaja Melayu mabuk http://waghih.blogspot.com/2009/11/kerajaan-tak-serius-tangani-remaja.html
Saintis bukan Islam kata merotan ubat ketagihan arak, dadah http://waghih.blogspot.com/2009/08/saintis-bukan-islam-kata-merotan-ubat.html

*************************
Pondok riadah jadi syurga kaki botol
Sinar Harian 8 April 2010

TAMPIN – Pondok riadah didirikan bersebelahan sungai di jalan masuk utama Taman Clonlee, di sini, bagaikan syurga buat kaki botol.

Setiap hari, siang dan malam lokasi tersebut menjadi tempat melepaskan ketagihan kaki botol.

Pengerusi Keadilan Tampin Sentral, Jeffery Young berkata, beliau sudah beberapa kali menerima aduan penduduk taman berkenaan yang bimbang terhadap tahap keselamatan terutamanya anak gadis yang pulang bekerja di waktu senja.

Menurutnya, beliau sendiri sudah beberapa kali menyaksikan pergaduhan kecil di lokasi berkenaan membabitkan kaki botol yang mabuk dan bertindak liar sehingga menyebabkan membaling botol arak antara satu sama lain.

“Oleh itu, saya menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera memastikan lokasi riadah ini tidak menjadi sarang kaki botol melepaskan ketagihan.

“Malah, sekiranya tiada kaedah mampu membendung masalah ini, kita usulkan agar dirobohkan pondok riadah ini supaya tidak menjadi tumpuan kaki botol,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sekitar lokasi tersebut.

Sementara itu, Jeffery berkata, perkara itu sudah berlanjutan sejak setahun lalu, namun beliau berasa kesal kerana lokasi itu semakin menjadi tumpuan kaki botol tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Menurutnya, beliau berasa malu melihat perkara itu berlaku di hadapan mata lebih-lebih lagi apabila kaki mabuk bertindak di luar dugaan.

“Kita cadangkan supaya isu ini dibawa ke PBT, namun kita memilih mendedahkannya terlebih dahulu melalui Sinar Harian kerana percaya isu ini turut berlaku di lokasi lain di daerah ini.

“Malah, kita harap isu seumpama ini dapat diselesaikan sebaik mungkin bagi memastikan tiada perkara buruk berlaku kepada masyarakat setempat terutamanya penghuni Taman Clonlee,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7537370.asp

20100406

Bencana Petir di Malaysia semakin serius


Tahukah kita bahawa Malaysia adalah merupakan antara negara yang paling tinggi di dunia diserang petir dan kilat ? Maklumat lanjut pada Blog berikut http://kilatmalaysia.blogspot.com/

Masyarakat kita , ibu bapa dan anak-anak harus lebih prihatin akan bahaya kilat dan petir di Malaysia dan apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.

*****************************
SK Peria terbakar dipanah petir
Utusan Malaysia 6 April 2010

KUALA KRAI 5 April - Sebuah blok bangunan dua tingkat Sekolah Kebangsaan (SK) Peria di sini, kerugian kira-kira RM500,000 selepas musnah dalam kebakaran yang dipercayai akibat disambar petir hari ini.

Kebakaran di blok utama bangunan itu menyebabkan empat bilik darjah, makmal, guru dan pejabat pentadbiran hangus termasuk pelbagai peralatan pejabat.

Pengarah Pelajaran negeri, Che Hussain Awang berkata, api yang marak pada pukul 4.30 petang itu turut memusnahkan semua alat bantu mengajar termasuk 15 komputer riba dan 10 LCD.

"Kebakaran berlaku kira-kira sejam selepas 150 pelajar dari darjah empat, lima dan enam selesai mengikuti kelas tambahan petang ini.

"Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku kerana semua murid telah pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Menurut beliau, hujan lebat termasuk ribut petir dipercayai menjadi punca berlakunya litar pintas tersebut.

Ujarnya, kebakaran berkenaan disedari oleh Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd. Nor Hashim yang kemudian segera menghubungi bomba.

Jelasnya, sesi persekolahan di sekolah yang menempatkan 315 pelajar dan 29 guru itu bagaimanapun tidak terjejas.

"Lima bilik darjah di blok bersebelahan tidak terjejas, oleh itu kita akan menempatkan semua pelajar di situ.

"Bantuan juga akan disalurkan oleh jabatan dan kita akan mendapatkan peruntukan Kementerian Pelajaran untuk membaik pulih dan membekalkan peralatan," katanya lagi.

Kebakaran di sekolah itu merupakan yang terbesar berlaku di negeri ini sejak dua tahun lalu.

SK Peria kini dalam proses pembesaran, melibatkan pembinaan dua blok bangunan setinggi empat tingkat yang dijangka siap Disember ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_30.htm

Penagih dadah wanita membimbangkan


Utusan Malaysia 6 April 2010

JEMPOL 5 April - Enam orang penagih dadah wanita adalah antara 109 yang ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah ini sepanjang bulan Mac lalu.

Perangkaan yang dikeluarkan oleh Pegawai AADK daerah, Zakryel Arip itu menunjukkan kecenderungan wanita terhadap dadah kian membimbangkan.

"Perkembangan ini perlu disekat dan kita tidak mahu dadah menular di kalangan wanita kerana ia akan menjuruskan kepada permasalahan yang lebih besar.

"AADK daerah Jempol juga akan bertindak lebih serius terhadap gejala ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zakryel juga memberitahu daripada 109 yang ditahan itu, 73 orang disahkan positif.

"Kita bimbang, angka penagih wanita akan bertambah dan ia boleh memberi impak kepada kesihatan, kekeluargaan dan pekerjaan mereka," tegasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

20100405

Akhbar Melayu galakkan Maksiat Judi


Semalam saya menghantar anak saya gunting rambut di Senawang.

Belek-beleklah akhbar Harian Metro Ahad 4 April 2010. Lama dah tak baca akhbar bercetak Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro dan Kosmo, hanya baca di internet.

Memang dah agak ada iklan judi. Tapi tak sangka sekarang ini sampai 4 muka penuh ilan judi dalam Harian Metro.

Nampaknya sampai bila-bila tak akan selesai masalah judi di kalangan orang Melayu. Akhbar berbahasa Melayu begitu seronok mempromosikan judi.

Pemimpin Melayu pun langsung tak kisah , dan tak dengar suara langsung pemimpin Melayu minta akhbar Melayu buang iklan judi dari akhbar mereka.

Lebih lanjut Kempen Boikot Akhbar Melayu selagi iklan judi disiarkan pada http://pmbaj.blogspot.com/

Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah

Itulah luahan seorang ustaz yang menyampaikan kuliah malam tadi. Kampungnya di Pahang begitu serius penagihan dadah, hinggakan boleh dikatakan setiap isi rumah ada tidak kurang seorang penagih dadah.

Ini masalah 1Malaysia, bukan di Pahang sahaja. Pahang yang ditadbir BN ialah negeri tertinggi peningkatan penagih dadah pada tahun 2009 iaitu 195%. Sementara Kelantan yang ditadbir PAS kedua tertinggi iaitu 183%.

Majoriti ialah orang Melayu, orang Islam. Dadah tak kenal engkau anak orang UMNO ke, engkau anak orang PAS ke, engkau anak orang PKR ke.

Melayu terlalu fanatik politik, akhirnya Melayu hancur.

Sampai bila masalah dadah di Malaysia ini tak akan selesai , selagi politik diutamakan , agama dan bangsa dikesampingkan.

Ini adalah masalah kita bersama , tanpa mengenal sempadan fahaman agama, bangsa dan politik.

Nak salahkan PAS , negeri yang Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri paling parah masalah dadah. Nak salahkan UMNO, negeri yang ditadbir Tok Guru pula kedua tertinggi.

Yang salah ialah semua kita. Sikap majoriti orang Melayu samada terlalu fanatik politik, atau terlalu tak kisah apa yang berlaku sekeliling kita.

Saya dimaklumkan di sebuah tempat di Negeri Sembilan ini menjadi pusat dadah sintetik dan yang terlibat semua anak-anak Melayu , yang menjadi user dan juga pusher.

Ada anak-anak yang pergi tahfiz menjadi penagih tegar , apatah lagi anak-anak yang terbiar.

Ada orang PAS di Kelantan tidak mahu menyertai badan sukarela membanteras dadah kerana kata segelintir kecil mereka ini masalah UMNO.

Ada suara kecil ahli JIM di Pulau Pinang tidak mahu menyertai badan sukarela membanteras dadah kerana menyangkakan ianya sayap UMNO.

Itulah sikap orang kita, semua orang salah, dia sahaja betul.

Kita tengok sahaja kempen pilihanraya kecil di Hulu Selangor nanti, ada tak sesiapa mengetengahkan masalah penagihan dadah yang makin kritikal terutama di kalangan orang Melayu dalam saat bajet AADK , bajet Bahagian Narkotik banyak di potong tahun 2010 ini.

Artikel saya sebelum ini mengenai masalah dadah di Malaysia :

Dadah parah di N.Sembilan, siapa salah
http://waghih.blogspot.com/2010/04/dadah-parah-di-nsembilan-siapa-salah.html

Melayu makin hancur dek dadah, Cina bagus
http://waghih.blogspot.com/2010/03/melayu-makin-hancur-dek-dadah-cina.html

Paroi kawasan hitam penagihan dadah
http://waghih.blogspot.com/2010/03/paroi-kawasan-hitam-penagihan-dadah.html

Rawat penagih dadah dengan Selawat
http://waghih.blogspot.com/2010/03/rawat-penagih-dadah-dengan-selawat.html

Saintis bukan Islam kata merotan ubat ketagihan arak, dadah
http://waghih.blogspot.com/2009/08/saintis-bukan-islam-kata-merotan-ubat.html


*************************

Bilangan penagih bangku sekolah membimbangkan
Sinar Harian 28 Apr 2010

SEREMBAN – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Sembilan mendedahkan kira-kira 30 peratus daripada 529 suspek dikesan positif dadah pada saringan awal sepanjang Januari hingga April tahun ini merupakan penagih baru.

Pengerusinya, Datuk Abd Samad Ibrahim berkata, statistik itu amat membimbangkan kerana segelintir penagih baru masih berada di bangku sekolah.

“Kajian menunjukkan penagih kalangan pelajar sekolah lebih cenderung menggunakan dadah sintetik.

“Kerajaan Negeri dan Pemadam Negeri Sembilan memandang serius gejala kurang sihat ini serta bertekad menggandakan usaha memeranginya habis-habisan,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan Karnival Gaya Hidup Sihat Tanpa Dadah di Wisma Negeri, dekat sini, semalam.

Dalam pada itu, menurut Abd Samad, karnival berkenaan akan berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kepayang dekat sini, pada 3 hingga 11 Mei depan.

Jelas beliau, program anjuran bersama Pemadam Negeri Sembilan dan SMK Bukit Kepayang itu bertujuan menerapkan semangat anti dadah pelajar sekolah menengah dan rendah sekitar Seremban.

“Program bakal dijayakan kira-kira 2,000 pelajar mewakili 13 sekolah. Pelbagai aktiviti menarik diatur sepanjang program berlangsung.

“Lebih menarik, artis terkenal yang juga Ikon Pemadam Negeri Sembilan, Hattan, sanggup meluangkan masa menghiburkan pengunjung karnival,” katanya.

Menurut Abd Samad, penganjuran karnival berkenaan akan diteruskan di daerah lain sekitar negeri ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7621677.asp