KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081221

Hadapi Gawat Ekonomi dengan Berbelanja bukan Menabung

Ketika negara diambang kegawatan ekonomi atau mungkin tempias kegawatan ekonomi dunia adakah kita harus berbelanja atau menabung ? Jawapannya ialah kepada mereka yang berkemampuan haruslah berbelanja , bukannya menabung. Ini adalah teori ekonomi yang mudah yang diajar oleh Rasulullah saw.

Cuba lihat berapa harta dan wang simpanan yang ada pada Rasulullah yang ditinggalkan untuk anak cucu baginda apabila baginda wafat ? Hampir tiada , kecuali Al Quran dan As Sunnah. Apa sahaja harta yang diperolehi oleh baginda , dihadiahkan kepada baginda , diamanahkan kepada baginda , baginda akan belanjakan dengan cara berhemah kesemuanya.

Begitu juga kita sekarang ini. Kita harus berbelanja dan hanya menabung sekadar yang perlu. Kepada mereka yang mempunyai tabungan yang lebih atau berkemampuan haruslah menggerakkan ekonomi setempat dengan cara berhemah.

Sekiranya di tempat kita tiada kelas Al Quran dan Fardu Ain untuk kanak-kanak maka kita belanjakanlah duit kita untuk membina bangunan tambahan di surau. Kontraktor yang membina bangunan tambahan akan mendapat rezeki tambahan. Guru-guru KAFA atau SARA yang mengajar pun akan mendapat elaun dari Jabatan Agama. Kanak-kanak di taman perumahan kita akan mendapat didikan agama yang sempurna. Apabila kanak-kanak berkumpul maka para peniaga goreng pisang dan peniaga keropok lekor pun akan mula tumbuh.

Yang pentingnya tabungan dunia tadi akan berubah ke tabungan akhirat.

Ini adalah contoh mudah menghadapi kegawatan ekonomi yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw lebih 1400 tahun yang lalu.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430 HIJRAH

Banyakkan cermin diri serta beristighfar
Kurangkan bercakap dan mengkritik
Banyakkan bekerja , berfikir dan memberi sumbangan

InsyaALLAH akan selamat , aman dan makmur Malaysia yang tercinta

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah pada pautan berikut http://www.islam.gov.my/program/doamaalhijrah.html

2 ulasan:

anaklangkawi berkata...

Alhamdullillah..
Mmg.. ternyata ini yg patut dibuat oleh kerajaan.. bukannya membuat perbelanjaan defisit..

perlunya seperti zaman Tun dimana ekonomi perlu dirancakkan (seperti pembinaan Putrajaya & KLIA) ketika itu..

Tanpa Nama berkata...

ada gak orang pas yang cerdik yer....hehehehe. pandai pon...kalau berbelanja dalam negara...duit tu akan rolling utk org kita jugak...

tapi ada MB PAS yg tak cerdik ni pi beli kereta toyota camry...konon boleh 'jimat' duit rakyat....duit tu bukan je tak dapat pusing dalam negara ni...tp dah terlepas pi negara matahari terbit tu....kalau dia beli kereta nasional...duit tu dpt gak la pusing dlm negara ni...duit dpt kat proton...pekerja proton boleh dpt gaji...duit gaji tu boleh berbelanja beli mcm2 barang...termasuk la pisang goreng...

heran sungguh hujah MB PAS ni...dia kata beli camry boleh jimat duit rakyat....hahahahaha. aku ingatkan nak jimat duit rakyat dia akan angkut gen2 ke...persona ke...saga blm ke....savvy ke...myvi ke...atau paling jimat...kancil....tak sangka lak dia tibai camry utk jimatkan duit rakyat....muahahahahahaha.

apa pun...tahniah gak la kat sedara rozmal pasai boleh berfikir jauh skit...