KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081204

Siapa kata Adat Perpatih tak boleh diubahsuai ?

Senario rumah terbiar , tanah terbiar sudah menjadi perkara biasa di N.Sembilan terutamanya di Rembau , Kuala Pilah , Jelebu , Johol dan lain-lain daerah yang mengamalkan sistem Tanah Adat Perpatih. Salah siapa ? Salah pengamal adat atau mereka yang diamanahkan ? Kenapa pula bila nak buat Projek Landasan Kereta Api Berkembar boleh pula Tanah Adat ini dijual ?

Kenapa pula bila nak diberi ( bukan jual pun ) tanah ini kepada ahli keluarga perempuan yang bukan dari perut yang sama ianya tidak boleh diubahsuai , sedangkan mereka ini hidup merempat memerlukan tanah dan rumah ? Salah siapa ? Siaplah jawapannya nanti dalam kubur dan di hari akhirat ? Apatah lagi hendak diberikan pada adik beradik lelaki yang tiada rumah dan tanah.

Oh Negeri Sembilan , banyak rumah terbiar akibat sistem Tanah Adat, banyak rumah terbengkalai akibat projek perumahan tidak siap.

Tanah Adat Punca Kemiskinan Di N.Sembilan ? http://waghih.blogspot.com/2008/08/tanah-adat-punca-kemiskinan-di.html

Generasi muda mahu adat perpatih diubahsuai http://rozmal.blogspot.com/2008/08/generasi-muda-mahu-adat-perpatih.html

Perbandingan di Terengganu
http://waghih.blogspot.com/2008/10/buat-surau-guna-duit-sendiri-jangan.html

Beberapa gambar rumah terbiar di N.Sembilan
http://psittacula.wordpress.com/2007/02/27/rumah-lama/

*******************************
Projek kereta api berkembar diperjelas
Sinar Harian 3 Disember 2008
REMBAU – Satu majlis pembentangan taklimat berhubung Projek Landasan Kereta api Berkembar Elektrik yang menghubungkan Seremban – Gemas diadakan melibatkan pemilik tanah di Dewan Merdeka Baru, Majlis Daerah Rembau, kelmarin.

Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Mohd Sidek Ahmad berkata, bagi pelaksanaan projek yang dijangka siap awal Januari 2012 , masyarakat akan mendapat manfaat daripada segi penjimatan masa perjalanan Seremban ke Gemas dan memberi peluang pembangunan kepada negeri ini.

Menurutnya, di Daerah Rembau ini, ia melibatkan pengambilan tanah sebanyak 326 lot yang dimiliki lebih 800 tuan tanah.

“Disebabkan jumlah tuan tanah yang ramai, sesi taklimat seperti ini dapat menjelaskan lagi keadaan sebenar, dan juga memberi peluang kepada pemilik tanah mengemukakan sebarang pertanyaan, pendapat dan kemusykilan.

“Sesi taklimat akan dijalankan lagi, dan selepas ini melalui Jabatan Penilaian Harta akan menilai berapa pampasan yang akan diberikan kepada pemilik tanah.

“Pemilik tanah mempunyai hak terhadap tanah mereka dan sekiranya mereka tidak bersetuju, mereka boleh mengemukakan bantahan selepas tempoh tiga bulan Borang H, disampaikan kepada semua pemilik tanah,” katanya.

Projek landasan kereta api itu kelak yang dijangka siap 2012, akan melibatkan pembinaan lima buah stesen di negeri ini iaitu di Senawang, Sg Gadut, Rembau, Tampin dan Gemas selain di Batang Melaka, Melaka.

Kira-kira 50 pemilik tanah hadir mendengar penjelasan yang disampaikan beberapa wakil termasuk daripada konsultan projek, KLIA Consultant dan beberapa wakil Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) serta Pegawai Daerah Rembau, Mohd Rawi Baharom berhubung pengambilan tanah rizab untuk projek pembangunan oleh kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan.

Terdahulu, majlis taklimat ini sudah berjalan sejak minggu lalu dalam memberi penerangan kepada tuan-tuan tanah yang terlibat agar mereka lebih jelas mengenai status projek landasan kereta api tersebut.

Melalui sesi taklimat ini juga, kerajaan memutuskan akan membayar pampasan di atas tanah dan juga kediaman yang diambil bagi Projek Landasan Kereta api Berkembar Elektrik sepanjang 98km yang dijangka siap menjelang Januari 2012.

Konsultan yang dilantik memaklumkan, Daerah Rembau mempunyai kepadatan penduduk yang ramai dan daripada 98km projek tersebut, hampir 20km melibatkan jajaran di bahagian Rembau.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2215203.asp

Tiada ulasan: