KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081202

Tangani AIDS HIV cara Iran yang diiktiraf dunia

AIDS HIV adalah merupakan satu lagi bala , musibah , bencana yang melanda Malaysia. Semua pihak harus memainkan peranan mencegahnya dari pemimpin hinggalah ke rakyat biasa. 91 peratus penghidap HIV di Pahang adalah orang Melayu (Sebanyak 7,756 orang atau 91 peratus daripada 8,523 penghidap penyakit HIV di Pahang merupakan kaum Melayu. – Utusan Malaysia 19 Nov 08 ). Iran berjaya menanganinya , mengapa tidak Malaysia ?

Rujukan : Utusan

Malaysia Perlu Contohi Iran Dalam Mencegah HIV

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Malaysia perlu mempelajari kaedah mencegah HIV daripada Iran yang diiktiraf sebagai berjaya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon.

Beliau berkata program mencegah penyakit Aids oleh Iran adalah antara yang termaju di dunia.

"Konsep klinik segitiga yang merangkum perkhidmatan untuk rawatan dan pencegahan jangkitan melalui aktiviti seksual, penggunaan suntikan dadah dan HIV/AIDS adalah sesuatu yang Malaysia ingin tahu," kata Noriah dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh ketua setiausaha kementerian itu, Datuk Faizah Mohd Tahir pada majlis perasmian seminar mengenai pendekatan bersama Malaysia-Iran dalam mencegah, memelihara, merawat dan menyokong HIV/AIDS di sini, Isnin.

Malaysia juga perlu mengamalkan aspek yang menjurus kepada kerohanian dalam menghapuskan stigma dan diskriminasi terhadap mereka yang positif HIV selain dalam meningkatkan kaedah mencegah HIV, kata Noriah.

Prof Dr Mohammad Esmaeel Akbari dari Universiti Perubatan Shahid Behesti, pula berkata kaedah mencegah HIV cara Barat mungkin tidak berapa berkesan.

"Dalam Islam, kita bertanggungjawab terhadap diri kita dan masyarakat. Stigma dan diskriminasi tidak patut berlaku dalam jendela Islam kerana sebagai orang Islam, kita juga bertanggungjawab terhadap anggota masyarakat.

"Para ulama juga perlu memainkan peranan penting dalam mendidik orang ramai mengenai pencegahan HIV kerana ia tidak boleh menumpukan kepada aspek fizikal kesihatan semata-mata tetapi juga pada aspek kerohanian," kata Dr Mohammad Esmaeel dalam ucaptamanya.
Pengerusi Pink Triangle Foundation, Hisham Hussein bersetuju bahawa pemimpin agama mempunyai peranan dalam mencegah HIV dan diskriminasi kerana mereka mempunyai pengaruh yang luas di kalangan masyarakat.

-- BERNAMA http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=375543

Tiada ulasan: