KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081211

Tanah runtuh, banjir, kenapa tak rujuk ulamak ?

Rakan sekerja saya sering menghadiri kuliah mingguan ulamak terkenal Negeri Sembilan yang mendapat pengiktirafan kerajaan negeri. Kami panggil ulamak tersebut Dato. Dato sering berpesan kepada anak muridnya supaya banyakkan berzikir , jaga solat , baca Al Quran dan sebagainya.

Sebelum kejadian banjir besar yang melanda Johor dan Pahang beberapa tahun sudah , beberapa ulamak Negeri Sembilan termasuk Dato telah dapat merasakan bahawa sesuatu yang buruk akan melanda negara. Lalu diajarkan anak-anak muridnya amalan tertentu , ayat Al Quran, zikir agar ALLAH swt melindungi negara ini, tidak menambah burukkan lagi banjir tersebut yang hampir mengkaramkan beberapa kawasan.

Pada tahun ini Dato serta alim ulama di N.Sembilan sekali lagi merasakan sesuatu yang buruk juga akan melanda negara. Lalu diajarkannya anak-anak muridnya mengamalkan zikir , bacaan ayat Al Quran , solat tertentu.

Segala apa yang berlaku, baik bala, musibah, mala petaka, ianya sudah tersurat dan merupakan ketentuan Ilahi. Semuanya ada didalam Al Quran, termasuk kajian saintifik mahupun fenomena alam semulajadi.

Ayat Al Quran ada menyatakan bahawa tangan manusialah yang melakukan kerosakan di muka bumi. Ayat Al Quran juga ada menyatakan gunung ganang dan bukit bukau adalah merupakan pasak kepada bumi.

Kalau dulu orang nak buat rumah mereka bukan sahaja rujuk pada arkitek, jurutera, malah mereka akan rujuk juga pada alim ulamak samada pembangunan sesuai dilakukan di kawasan tertentu. Tetapi sekarang pandangan alim ulamak dipandang sepi, kerana kita berfikiran alim ulamak ini tak tahu apa-apa pasal geologi.

Bala, musibah, tanah runtuh, banjir adalah peringatan untuk kita semua, walaupun kita tidak terkena musibah tersebut. Peringatan kepada kita semua agar kita memerhatikan keadaan sekeliling kita, adakah kita peka dengan persekitaran dan kejiranan kita. Adakah kita mengamalkan sikap tegur menegur , atau berpeluk tubuh, atau tunggu dan lihat, atau tuding menuding jari.

Tiada ulasan: