KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081205

Terima kasih Menteri Besar N.Sembilan

Terimakasih diucapkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan kerana prihatin dengan nasib para peniaga di Bazaar MAINS Seremban. Semoga YAB Dato Seri mendapat haji yang mabrur. Semua cadangan yang diberikan sebelum ini bukanlah milik sesiapa , bukan milik saya , bukan milik peniaga Bazaar MAINS , bukan milik Sdr Zulkefly Mohamad Omar , jika cadangan itu baik ianya datang dan diilhamkan dari ALLAH swt.

Sepakat Membawa Berkat !

Layari Blog Bazaar MAINS http://bazaarmains.blogspot.com

( Rujukan sebelum ini : Faktor Bazaar MAINS kurang pengunjung http://waghih.blogspot.com/2008/10/faktor-bazaar-mains-kurang-pengunjung.html )

Kepada semua muslimin dan muslimat , Selamat Menyambut Hari Raya Idil Adha. Semoga ALLAH mencurahkan perasaan kasih sayang di kalangan umat Islam di Malaysia ini , khususnya di Negeri Sembilan

**********************

Promosi Bazar MAINS

Utusan Malaysia 5 Dis 08. SEREMBAN 4 Dis. - Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai langkah untuk menarik perhatian orang ramai berkunjung ke Kompleks Bazar MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) di sini yang dikatakan semakin sepi.

Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan berkata, antara usaha yang sudah dijalankan adalah memindahkan Pasar Malam MPS dari Jalan Lee Sam ke Jalan Datuk Abdul Rahman berhadapan bazar tersebut.

"Selain itu kita juga meneruskan usaha promosi bazar tersebut melalui pelbagai program dan aktiviti termasuk melengkapkan ia dengan kemudahan Internet WiFi bagi menarik perhatian lebih ramai pengunjung," katanya, di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, usaha lain yang bakal dilaksanakan adalah mewujudkan laman web bazaar, memasang papan tanda arah di mengadakan iklan di akhbar serta majalah.

Dalam usaha membantu pihak MAINS selaku pihak pengurusan yang menanggung kerugian, kata beliau, pihaknya akan melaksanakan pelbagai pembaharuan termasuk memohon pengecualian cukai pintu dan tanah daripada pihak berkuasa tempatan.

"Sehingga kini MAINS mengalami kerugian kerana kadar sewa yang rendah kerana pemberian 50 peratus subsidi peniaga di samping terpaksa menanggung kos penyenggaraan sepenuhnya.

"Usaha lain yang bakal diadakan untuk mengatasi kerugian tersebut adalah mewujudkan ruang niaga dan tapak gerai untuk menjana tambahan pendapatan bagi mengurangkan kerugian," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Tiada ulasan: