TABUNG KEBAJIKAN

TABUNG KEBAJIKAN

20081204

Merawat pelbagai penyakit melalui bekam

Kawan saya Ustaz Abdul Hadi di Seremban Jaya adalah merupakan pengamal rawatan bekam. Bekam adalah merupakan kaedah perubatan yang diamalkan dan disarankan oleh Rasulullah saw. Tempat rawatan bekam beliau ialah di rumah teres setingkat jalan bertentangan dengan stesen minyak Petronas di Taman Seremban Jaya. Untuk wanita akan dibuat oleh isteri beliau atau sahabat isteri beliau. No tel Ust Hadi untuk temujanji 013-6697374 , atau boleh hubungi sahabat saya lagi seorang Sdr Sharizal 017-2218189.

Kalau dari Lebuhraya keluar di Tol Senawang. Lepas keluar tol jumpa lampu isyarat pertama masuk kanan. Terus dalam lebih kurang 2 km akan jumpa stesen Petronas sebelah kiri. Tempat rawaran bekam Ustaz Hadi deret rumah teres sebelah kanan.

*********************
Berbekam makin popular

Utusan Malaysia 1 Nov 2008. SEREMBAN 31 Okt. - Seorang pengamal rawatan tradisional di Seremban Jaya dekat sini menawarkan perubatan secara berbekam iaitu salah satu bentuk rawatan alternatif kepada mereka yang menghadapi pelbagai jenis penyakit.

Pengamal rawatan tradisional berkenaan, Abdul Hadi Mohd. Isa berkata, sejak beliau menawarkan khidmatnya lima tahun lalu sambutan yang diberikan oleh orang ramai terutama masyarakat setempat amat menggalakkan.

Malah, katanya, kebanyakan mereka yang pernah menggunakan khidmatnya akan mengulangi rawatan beberapa kali selepas merasakan keberkesanan rawatan tersebut terhadap penyakit yang dihadapi.

''Rawatan ini dengan izin Allah boleh mengubati pelbagai jenis penyakit kecuali Aids dan Hepatitis B. Ia merupakan sejenis rawatan yang telah wujud sejak beribu tahun dahulu.

''Lebih istimewa lagi ia merupakan cara perubatan yang pernah diamalkan oleh Rasulullah dan para Sahabat baginda. Saya terpanggil untuk meluaskan teknik ini kepada masyarakat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malah, Abdul Hadi berkata, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi telah menyatakan ketika Rasulullah dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda menemui malaikat yang menyuruh umat Islam menggunakan bekam untuk tujuan kesihatan.

Beliau berkata, fungsi bekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor yang mengandungi toksid dan jika dibiarkan boleh merosakkan sistem badan.

''Toksid adalah endapan racun yang tidak boleh ditapis oleh tubuh manusia. Ia berpunca daripada pencemaran air dan udara, zat pewarna dalam makanan, pengawet, perisa makanan, sayur yang diracun serta gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan menagih dadah.

''Bagi menghilangkan toksid rawatan secara berbekam adalah cara paling sesuai. Ia selamat tanpa kesan sampingan yang ketara," katanya lagi.

Beliau berkata, secara umumnya terdapat empat jenis bekam iaitu bekam basah, bekam kering, bekam luncur dan bekam tarik.

''Bekam basah bertujuan mengeluarkan darah kotor, bekam kering adalah untuk keluarkan angin manakala bekam luncur bertujuan melancarkan perjalanan darah di bahagian kedua urat belikat.

''Kaedah bekam tarik pula digunakan untuk menghilangkan sakit kepala," katanya lagi.

Mengenai alat untuk berbekam pula beliau menggunakan alat bekam moden yang perlu dipastikan tahap kebersihannya setiap masa bagi mengelakkan jangkitan.

''Setiap kali selesai digunakan alat tersebut akan direbus di dalam air mendidih 100 darjah Celsius selama 15 minit bagi menjamin kebersihannya. Sarung tangan dan jarum yang telah digunakan akan dibuang," ujarnya.

Berhubung caj yang dikenakan, beliau berkata, setiap rawatan dikenakan bayaran sebanyak RM60.

''Namun begitu jika pesakit saya di kalangan mereka berpendapatan rendah saya tidak akan kenakan bayaran tetap sebaliknya mereka boleh membayar setakat mereka mampu," tambahnya.

Mengenai rancangan masa depannya pula, beliau berhasrat untuk memiliki sebuah pusat rawatan tradisional yang lengkap.

''Saya bercita-cita memiliki sebuah pusat rawatan yang bukan sahaja menyediakan rawatan berbekam tetapi juga menyediakan pelbagai rawatan alternatif yang lain yang semuanya berasaskan pada herba," katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan khidmat berbekam boleh menghubunginya di talian 013-6697374.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1101&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm&arc=hive

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalu x silap saya ustaz hadi ada portal dia sendiri..bole x bagi kalau tahu..tq