KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090803

Bila nak buat Hospital Rembau ? Klinik Desa tak mesra warga emas

Pada 27 Julai 2009 yang lalu ayah saya ditimpa kemalangan ketika melakukan kerja di rumahnya di Kg. Bongek , Rembau. Saya ketika itu sedang bekerja di Senawang. Jiran ayah saya telah menghantar ayah saya ke Hospital Tampin yang jauhnya lebih kurang 17 kilometer. Ini adalah kerana di Rembau tiada hospital yang ada hanya klinik kesihatan.

Dalam perjalan saya hampir sampai ke Hospital Tampin , saya diberitahu memandangkan ayah saya agak serius dia terpaksa dibawa ke Hospital Seremban menggunakan ambulan. Lalu saya bergeraklah ke Hospital Seremban. Mujur ayah saya dibawa dengan ambulan terus mendapat rawatan dan dimasukkan ke wad. Ini adalah kerana untuk mencari tempat meletak kereta adalah amat sukar sekali di Hospital Seremban , dan kalau ada pun terpaksa berjalan menaiki bukit dan beberapa anak tangga ( macam nak naik Gua Batu Caves agaknya ).

Saya hanya mampu bersabar dan bersyukur kerana ayah saya mendapat rawatan yang agak baik di Hospital Tampin dan Seremban dengan layanan yang agak baik dan mesra dari semua kakitangan hospital. Walaupun ayah saya layak untuk mendapat wad kelas pertama tapi ianya penuh , ayah saya kata tak apalah wad kelas ketiga pun boleh juga , ada ramai pesakit lain, tak sunyi sangat. Ayah saya kata sejak lepas perang , Hospital Seremban macam ni lah keadaannya.

Saya bersyukur kerana semuanya berjalan lancar walaupun ayah saya ditimpa kemalangan. Namun hati saya terdetik , bagaimana keadaan mereka yang lebih tidak bernasib baik ? Warga emas , orang kampung yang tiada kemudahan kenderaan nak berulah alik ke hospital , atau kalau ada kecemasan ?

Terutama sekali orang-orang di Rembau , sedangkan Rembau ialah tempat bermulanya Negeri Sembilan ini. Tiada Rembau tiadalah Undang yang Empat , tiadalah Yamtuan, tiadalah Negeri Sembilan ini. Tapi sehingga ke hari ini masih tiada Hospital di Rembau.

Apakah suara orang-orang Rembau ini tidak ada kekuatan di peringkat kerajaan pusat dan parlimen ?

Itu bab Hospital Rembau yang entah bila hendak siap.

Bab Klinik Desa pula satu hal. Di Rembau ini banyak Klinik Desa yang baru didirikan , tapi malangnya ianya tidak mesra warga emas. Nenek saya yang berumur sekitar 90 tahun baru-baru ini luka dah berkudis di kaki. Ayah saya nak bawa ke klinik swasta. Saya tanya kenapa tak bawa sahaja di Klinik Desa Kg. Gadong (Takkan tak tahu Kg Gadong , tempat Khairy Jamaluddin) . Ayah saya kata – Macamano nak bawa , kono naik tanggo tinggi , Wan (nenek) kau tak laghat nak naik do.

Saya sendiri tak pernah pergi Klinik Desa Kg Gadong dua tingkat yang baru siap tu. Tak pasti ye ke tidak tempat rawatannya tingkat atas. Apalah guna buat Klinik Desa di kawasan kampung dua tingkat , padalah kawasan tanah begitu luas boleh buat padang bola. Alangkah baik kalau buat Klinik Desa satu tingkat. Kalau buat di bandar tu lainlah , tanah terhad. Sedangkan di kampung-kampung di Rembau ni begitu ramai warga emas dengan pelbagai penyakit , lumpuh , stroke , lemah jantung dan sebagainya.

Orang Rembau , orang Rembau. Fikirlah sendiri , kita ni macam tersisih saja.

Tiada ulasan: