KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090806

Rumah terbiar jadi rumah perlindungan golongan susah

Tak perlu nak belanja berjuta-juta ringgit untuk buat Rumah Perlindungan untuk membantu golongan yang memerlukan serta keluarga yang susah , miskin dan sebagainya yang tiada tempat berteduh. Tahniah diucapkan kepada Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan kerana telah berjaya menjadikan kuarters kerajaan yang terbiar sebagai Rumah Perlindungan.

Di N.Sembilan khususnya dan Malaysia amnya terlalu banyak rumah terbiar samada di kampung mahupun taman perumahan, baik milik individu , bank mahupun kerajaan.

Marilah kita menyokong uasaha pertubuhan kebajikan seperti Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan ini dan yang sewaktu dengannya agar gejala sosial dan pelbagai penyakit masyarakat dapat diubati.

Pertubuhan seperti ini sentiasa memerlukan bantuan daripada semua pihak baik kerajaan BN atau PR , pihak swasta serta individu.

Berita sepenuhnya di Blog YKSN9 http://yksn9.blogspot.com/2009/07/laporan-program-gotong-royong.html

Tiada ulasan: