KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090803

Tanah Adat Perpatih, renungan untuk Anak N.Sembilan

Ketika ayah saya sedang mendapatkan rawatan mencuci lukanya di Hospital Tampin, saya berbual dengan emak saya mengenai tanah adat. Emak saya adalah sedikit tanah adat di Kota , Negeri Sembilan , rasanya lebihkurang 1 ke 2 ekar. Tanah adat ini diwarisi bersama kakak dan sepupu perempuan emak saya.

Kalau mengikut adat , tanah ini akan diwarisi oleh kakak saya dan sepupu serta dua pupu perempuan yang lain. Tanah dulu ada rumah pusaka arwah nenek saya. Sekarang dah tak ada lagi. Tanah pun dah semak samun lama terbiar , juga ada tanah sawah sedikit , juga lama terbiar. Kadang-kadang ada pihak sewa buat projek pertanian.

Saya tanya emak saya , geran tanah tu atas nama siapa. Emak saya kata atas nama arwah nenek dan geran pula pada sepupu dia , nama pada geran pun belum tukar lagi.

Saya kata pada emak saya daripada kita tanggung dosa tanah tersebut tidak dipindah nama kepada pewaris yang masih hidup , baik emak serahkan sahaja bahagian emak pada sesiapa di kalangan waris yang layak. Bagi saja emak , tak payah kita ambil tanah tu. Buat susah anak cucu sahaja nanti nak menentukan siapa yang sepatutnya menjaga tanah tersebut. Kesian pada arwah nenek dan orang tua kita yang meninggalkan tanah tapi belum ditukar nama dan tidak dijaga.

Tanah dah ada yang bukan tanah adat yang kita ada ni cukuplah.

Untuk renungan anak Negeri Sembilan semua, untuk renungan Buapak, Undang dan Yamtuan. Fikirlah ke mana kita di Negeri Sembilan ini. Saya bukannya hendakkan tanah adat, malahan saya suruh emak saya serahkan sahaja tanah adat yang dia ada hak atasnya pada saudara perempuannya secara percuma agar kita tidak menanggung dosa.

Cubalah anak-anak Negeri Sembilan dalam Negeri Sembilan ini dan di luar Negeri Sembilan tengok kampung halaman. Siapa yang tinggal di kampung halaman sekarang ? Orang tua-tua yang tak larat. Anak-anak jarang sekali balik untuk menjenguk orang tua yang uzur.

Orang tua ini hendak mewariskan tanah mereka begitu sukar sekali kerana perkara ini telah lama terabai.

Tidak terkilan ke anak Negeri Sembilan tengok , kita di Negeri Sembilan ini ada tanah adat , tak perlu menumpang , tak perlu berebut rumah murah , tak perlu berebut rumah pangsa. Tapi sayang , tanah di kampung terbiar, rumah di kampung terbiar. Malahan orang tua di kampung terbiar.

Masalah tanah adat di Negeri Sembilan yang terbiar sampai bila-bila tak akan selesai , selagi semua pihak dari pemerintah adat hingga ke anak buah tidak mencari jalan penyelesaian. Janganlah berbincang di dewan seminar sahaja masalah tanah adat ini , turunlah padang sikit , tengok tanah dan rumah terbiar , tengok geran terbiar , tengok cukai tanah terbiar , tengok orang-orang tua terbiar.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah perlantikan Undang Luak Sungai Ujong dan AlShahbandar sekarang sah disisi adat perpatih seperti yang di jelaskan dalam perlembagaan N9? Apakah nas-nas ia sah atau tidak sah? Dan apakah ini memberi kesan yang terlalu besar dari aspek daulah YDP Besar?

Kudin

LutRios berkata...

salam...utk pengetahuan...sebarang hartanah pusaka mesti dikeluarkan kuasa..caranye dgn pergi ke pejabat daerah rembau..utk mengetahui jumlah lot harta pusaka, anda sbgi pemegang harta (anak lelaki) mesti pergi 'trace' dekat pejabat daerah ats penama arwah nenek anda...setiap lot tanah yg di'trace' memerlukan bayaran....setelah sume lot2 di'trace', lot2 tanah perlu disenaraikan dalam borang keluar kuasa utk tanah pusaka...lot2 tanah pusaka ini terbahagi kepada 3,tanah pusaka rumah,tanah pusaka sawah dan tanah pusaka kebun...sebarang tanah faraidh tidak termasuk dlm senarai tanah pusaka...borang bole didapati di pejabat daerah rembau(BORANG KELUAR KUASA TANAH PUSAKA)....setelah senarai dibuat, pergi berjumpa dengan dato lembaga suku bersama2 ahli keluarga perempuan mak anda dan juga sepupu perempuan dan mak cik anda utk berbincang dengan datuk lembaga suku tentang pembahagian harta pusaka mengikut waris2 yg menuntut hak...setelah mendapat persetujuan dan mencapai kata sepakat datuk lembaga dan ahli keluarga,tanda tgn datuk lembaga perlu diturunkan...kemudian borang yg telah ditandatangan perlu diserahkan kpd pejabat daerah utk panggilan keluar kuasa pembahagian harta pusaka....panggilan keluar kuasa akan ditentukan oleh pegawai daerah rembau....jangkamasa panggilan lebih kurang 1 bulan ke 2 bulan..surat panggilan keluar kuasa akan dihantar kpd sume penama2 waris2 yg menuntut dan juga pemegang hak iaitu anda sbgi anak lelaki...setelah selesai perbincangan dgn pegawai daerah,lot2 tanah baru boleh ditukarkan nama kpd pemilik seperti yg telah dipersetujui semasa perbincangan awal dgn dato lembaga suku bersama2 dgn ahli2 keluarga perempuan yg menuntut hak lot2 tanah pusaka....saya dah menguruskan hal tanah pusaka arwah nenek saya utk dibahagikan kpd 2 iaitu ibu saya dan mak saudara saya....seingat saya penurunan hak pusaka itu masih lagi perlu diturunkan kpd mak dan makcik anda sbb mereka masih hidup...apabila mereka dh tiada baru boleh proses keluar kuasa semula dijalankan utk diturunkan kepada adik beradik perempuan anda dan sepupu2 perempuan belah makcik anda...se eloknya semua tanah rumah pusaka,tanah dusun dan tanah pusaka sawah perlu dibahagikan sama rata utk mengelakkan berlaku pertelingkahan....kalau ibu anda xmemerlukan bahagian tanah tersebut, pihak makcik anda perlu membyr beli bahagian ibu anda dan semua hak milik tanah tersebut akan terpulang kepada makcik anda...tetapi sekiranya kakak anda berkehendakkan tanah tersebut,hak milik tanah pusaka perlu diturun separuh kepada ibu anda dahulu dan meletakkan penama kakak anda sebagai pewaris harta dan anda sebagai pemegang harta dan pemakan hasil....ini adalah utk megelakkan pertelingkahan berlaku antara kakak anda dgn ank2 perempuan makcik anda kelak..sekiranya pakcik adik beradik mak anda masih hidup,beliau juga berhak utk memakan hasil dari tanah tersebut dan perlu meletakkan name beliau kedlm geran nanti...sila usahakan segera secepat mungkin sementara ibu anda masih ada...sekian...

LutRios berkata...

utk pengetahuan...xperlu tunggu geran dari sepupu mak anda...anda boleh terus pergi 'trace' semua lot2 tanah arwah nenek anda di pejabat daerah rembau dengan syarat tahu nama sebenar nenek anda, ic nenek anda n mak anda pernah membuat bayaran cukai tanah nenek anda di pejabat daerah rembau....bole balik tanye resit2 pembyran kalu2 masih mak anda simpan....segala operasi 'trace' tanah akan dikenakan charge perkhidmatan oleh majlis daerah rembau....INGAT...INI TANAH ARWAH NENEK ANDA..!~!tiada kaitan dgn sepupu mak anda...sepupu mak anda mempunyai harta pusaka mereka sendiri kenapa mereka mahu menyimpan geran tanah nenek anda?sy berasa musykil di sini,adakah arwah moyang perempuan anda sudah menurunkan hak pusaka kepada arwah nenek dan adik beradik perempuan nenek anda yg lain?anda boleh cek bile dpt 'trace' lot2 tanah arwah nenek anda nanti...kalau dh ada name nenek anda,maknanya sudah diturunkan kpd nenek anda...so sepupu2 mak anda xbole rampas atau masuk cmpur urusan harta pusaka nenek anda...in case kalu moyang dulu xsempat turunkan ats name nenek anda,anda terpaksa cek dgn nenek2 saudara anda,kalu mereka pon dh tiada,anda kene cek dgn sepupu2 perempuan mak anda sbb mereka yg pegang geran..anda mesti tuntut hak nenek n mak anda...apabila selesai keluar kuasa bersama pegawai daerah,sume lot2 tanah akan dikeluarkan geran2 baru dgn penama2 waris baru iaitu mak dan makcik anda dan dengan automatik geran2 lama akan terbatal....harap maklum....

LutRios berkata...

kalau sepupu mak anda tidak mahu beri kerjasama, anda boleh mengadu kepada dato lembaga suku anda,atau pon terus mengadu kepada Undang rembau...buatlah temujanji kay...selamat mencuba..!