KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090808

Gangguan bekalan air di Seremban 11, 12 Ogos 09

SEREMBAN 6 Ogos - Beberapa kawasan sekitar daerah ini akan mengalami gangguan air selama 24 jam mulai pukul 8 malam pada 11 Ogos ini hingga 8 malam keesokannya.

Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains), Zulkifli Ibrahim berkata, gangguan disebabkan kerja-kerja pengalihan paip air ekoran pembinaan Lebuh Raya Kajang - Silk (LEKAS) di Batu 6, Jalan Jelebu dekat sini.

Beliau berkata, kawasan terlibat ialah keseluruhan bandar Seremban, Seremban 2, Bandar Baru Nilai, Kuarters KLIA, Felda LBJ, Felda Sendayan, Kampung Gadong, Nilai 3, Taman Semarak, Pekan Lama Nilai, Kawasan Industri Berat Nilai dan sekitar Jalan Labu.

Seluruh Senawang, Taman Tuanku Ja'afar, Jalan Tampin, Jalan Port Dickson, Taman Tasek Jaya serta Kawasan Industri Tasek Jaya, Lenggeng dan kawasan sekitarnya termasuk Mantin, Pajam, Nilai, Staffield Golf Resort dan Ulu Beranang juga mengalami gangguan bekalan.

Ia juga melibatkan Rasah, Jalan Rasah, Hospital Tuanku Ja'afar, Rasah Jaya serta taman-taman perumahan di sekitar Rasah ke Mambau akan mengalami gangguan bekalan air sepanjang tempoh tersebut.

Jelasnya, orang ramai yang memerlukan bekalan air boleh menghubungi talian bebas tol SAINS 1-800-88-6982 atau 06-7653000, 06-7653001 dan 06-7639100.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

Tiada ulasan: