KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090808

Selesema Babi tapi ramai sakit Melayu ?

Kesedaran umum mengenai penyebaran virus Selesema Babi atau A H1N1 masih rendah terutama orang Melayu. Mereka ingat nama penyakit Selesema Babi ini hanya boleh berjangkit jika makan , tersentuh atau berada berdekatan babi agaknya. Walhal virus ini sekarang merebak melalui sentuhan dan udara.

Akhir-akhir ini ramai yang dilaporkan mati assabab Selsema Babi ini orang Melayu.

Minggu lepas kawan saya pergi pasaraya Jayajusco di Seremban 2 yang kawasan di situ majoriti bukan Melayu, dia kata majoriti pengunjung di Jayajusco memakai topeng muka. Lepas tu dia pergi pasaraya Giant Senawang yang kawasan majoriti Melayu, boleh dikatakan tiada yang pakai topeng muka.

Sekolah anak saya di Seremban dah dua sekolah ada penularan wabak Selsema Babi ni , sekolah agama kerajaan pula tu. Satu sekolah tu ada dibekalkan sabun, satu sekolah tu tiada sabun, jadi saya suruh anak-anak bawa sabun sendiri.

Nampaknya kesedaran umum mengenai penyebaran Selsema Babi ini terutama orang Melayu boleh dikatakan ZERO.

Mungkin perlu tukar nama Selesema Babi ini ke Selesema Udara dan Selsema Sentuhan baru orang Melayu nak sedar agaknya.

Yang penting sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Selepas tu berdoa , solat hajat, bertawakkal dan seterusnya. Contoh doa di http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html

Tiada ulasan: